Budaya merajakan suami ini bukanlah benda baru. Malah masih ada lagi ibu-ibu yang mana anak perempuannya baru bergelar isteri, dipesan supaya jangan susahkan suami sebaliknya jika mampu, buatlah ke semua kerja rumah sendirian tanpa melibatkan suami. Alasannya tak manis pula bila si suami tu disuruh-suruh dan diarah-arah isteri. Nanti dikatanya suami ikut telunjuk kata isteri.
Sebaliknya kalau kita ikuti kisah-kisah Rasulullah S.A.W menyantuni isteri-isterinya lain pula kisahnya. Baginda suami yang ringan tulang, tak lokek menyumbang tenaga membantu isteri dan menjahit sendiri pakaiannya yang koyak. Jika masakan si isteri kurang sempurna,penuh berkias Rasulullah S.A.W sampaikan supaya isteri tidak terasa kerana faham penat lelah si isteri yang memasak. Begitulah tingginya akhlak Rasulullah sebagai seorang suami.
Menurut perkongsian saudara Mohd Fhais apa yang diulas ini adalah benar. Sebenarnya untuk mendidik lelaki yang budiman haruslah bermula sedari mereka kecil. Apabila mereka terbiasa melihat tiada layanan istimewa melibatkan gender sepanjang mereka dibesarkan, Insyallah satu hari nanti mereka bakal menjadi suami, bapa dan juga anak lelaki yang membahagiakan orang tuanya, isterinya dan juga anak-anaknya.
Ayah Buat.. Anak Ikut.. Mak Jadi Mangsa
Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.
Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.
Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!
Ads
Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.
Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.
Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.
Ads
Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.
Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.
Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!
Anak lelaki akan jadi imam keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.
Ads
Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.
Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin.
Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.
Tidak dapat dinafikan urutan pada bahagian-bahagian tertentu dapat memberikan kelegaan, ketenangan sekaligus mampu meredakan keletihan pada tubuh badan. Apatah lagi jika urutan dilakukan dengan penuh kasih sayang oleh suami/isteri tersayang. Dalam satu sesi ceramah oleh pendakwah bebas dan penceramah motivasi Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, 52 ada berkongsi teknik urutan untuk kebahagiaan suami isteri.
Menurut moderator yang terkenal dengan rancangan program Semanis Kurma ini, terdapat 7 teknik urutan ‘cakaran harimau’ yang disusuli dengan ‘urutan labah-labah’ boleh diamalkan oleh para isteri agar sentiasa dicintai dan menjadi ‘bidadari’ kepada suami.
Berikut merupakan 7 langkah Teknik Urutan Cakar Harimau yang dikongsikan oleh Dato’Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood;
Langkah Pertama (Bahagian Tengkuk):
Isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.
Langkah Kedua (Bahagian Bahu):
Langkah kedua pula ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan.
Langkah Ketiga (Bahagian Tulang Belikat)
Langkah ketika dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.
Langkah Keempat & Kelima
Merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’, menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.
Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.
Langkah Keenam
Seterusnya, menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.
Langkah Ketujuh
Langkah ketujuh ini sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’.
Apa yang menarik urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri tetapi juga oleh suami jika mereka mahu disayangi oleh isteri masing-masing. Menurutnya lagi, kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan terbabit sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja.
Gunakan Minyak Aroma Terapi
Ustazah turut mengingatkan ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi. Kata Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri.
Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood berkata, beliau rasa terpanggil untuk menyampaikan petua ini sebab ramai yang tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran ALLAH ada menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik’.
“Ini bermakna sentuhan dan belaian manja dan kasih sayang ternyata mampu merapatkan hubungan suami isteri kerana `a’syir,’ (bergaul) di dalam ayat tersebut bermakna bersentuh-sentuhan. Jadi kaedah urutan dan sentuhan seumpama itu amat baik untuk diamalkan,” ujarnya.
Tambah Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, cuba bayangkan jika anak menangis diusap dan dibelai maka tangisan itu ia akan terhenti serta merta, apatah lagi pasangan suami isteri.
“Urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri sebaliknya oleh suami sebagai menghargai pengorbanan isteri dan dengan itu terbentuklah slogan `rumahku syurgaku,’ kerana masing-masing mendapat layanan terbaik,” katanya.
Jadi buat para isteri, boleh mencuba teknik urutan cakar harimau yang diajar oleh Dato Ustazah Siti Nor Bahyah ini pada suami tersayang.Bukan sahaja dapat pahala eksta dapat hilangkan keletihan diri suami sekaligus mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Sekarang ni tak kira usia, muda-muda pun ramai yang meninggal dunia. Paling menyedihkan, ramai yang tidak sedar mereka sebenarnya menghidap pelbagai penyakit kronik. Ada yang kena sakit kronik seperti darah tinggi, kolestrol, sakit jantung dan diabetes.
Tidak dinafikan di Malaysia memang kurang kesedaran untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Sebab itu, bila penyakit dikesan ada yang sudah di peringkat akhir. Sikap kita yang ambil mudah soal makan dan tidak menjaga kesihatan menjadi salah satu punca kita menghidap pelbagai penyakit.
Disebabkan ramai golongan muda yang berdepan dengan masalah kesihatan, kajian dilakukan oleh ahli bijak pandai di Jepun. Hasil kajian amat mengejutkan, kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan oleh penyakit rohani.
Kita gagal mengawal emosi dengan baik. Inilah yang mencetus stres, emosi yang negatif membuatkan tubuh dan minda kita menjadi lemah. Misalnya darah tinggi bukan sahaja disebabkan pengambilan makanan masin malah ramai penghidap penyakit ini berdepan dengan tekanan hidup yang melampau.
Begitu juga jika kita sering sedih, emosi yang tidak sihat ini membuatkan gangguan kepada pernafasan. Stres juga penyumbang kepada penyakit kanser.
Justeru, kita mestilah mengubah gaya hidup. Amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat, lakukan senaman ringan setiap hari.
Paling penting kita mesti set minda agar sentiasa berfikiran positif. Hati juga kena bersih dan bersangka baik dengan Allah. Perbaiki cara kita berfikir dan hati kita. Buang jauh-jauh perangai negatif seperti hasad dengki, cemburu, dendam, fitnah, ego, sedih yang keterlaluan, marah dan baran.
Jom muhasabah diri, sebelum salahkan orang lain. Kita kena audit diri sendiri dulu.
8 Tip Rawat Emosi Untuk Hindari Sakit Kronik
Redha dengan ketentuan Allah.
Sebelum tidur maafkan diri dan orang lain.
Rancang kerja atau urusan sebelum tidur.
Berdoa urusan dipermudah.
Sentiasa bersyukur.
Bersedekah atau berkongsi rezeki.
Senyum selalu.
PALING PENTING, SOLAT! JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH, PASTI ALLAH AKAN MENJAGA HUBUNGAN KITA DENGAN MANUSIA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mentua selepas anak berkahwin harus menghormati privasi anak menantu. Ada pasangan suami isteri menerima tawaran ibu bapa mentua untuk tinggal bersama. Tanpa memikirkan keselesaan pasangan, tawaran diterima umpama pucuk dicita ulam mendatang.
Mentua Bebas Masuk Bilik Anak Menantu
Tapi, pernah tak terfikir soal keselesaan dan privasi suami isteri? Bab aurat sudah tentunya terbatas kerana ada adik-beradik lain yang tinggal sekali. Lagi merimaskan bila mentua masuk ke bilik tanpa kebenaran. Ramai para-para suami ambil remeh dalam hal sebegini.
HUKUM IBU MASUK BILIK ANAK LELAKI YANG DAH BERKAHWIN TANPA IZIN/KEBENARAN ANAK ATAU MENANTU PEREMPUANNYA
SUAMI JANGAN AMBIL MUDAH.
SOALAN : Apakah hukum ibu masuk bilik anak lelaki yang dah berkahwin tanpa izin anak atau menantu perempuannya?
JAWAPAN : Dia sebenarnya ada hukum juga. Jangan pakai modal syurga suami di bawah telapak kaki mak, syurga isteri bawah telapak kaki suami. Kalau begitu sampai ke tua isteri terseksa.
ADA JAWAPANNYA, KALAU BENDA YANG MEMUDARATKAN ISTERI, MASAM MUKA DENGAN MAK MERTUA KE,ADIK IPAR KE, KAKAK IPAR KE, ABANG IPAR KE DAN SEGALA IPAR YANG ADA TU SUAMI HARAM KUMPULKAN ISTERI DALAM RUMAH TU. DIA WAJIB BAWAK ISTERI PINDAH. DALAM BAB KAHWIN HATI ISTERI KENA JAGA JUGAK.
Kalau isteri tak bahagia sebab sikap keluarga suami kena pindah. Nak kahwin kena belajar. Jangan sebab syurga suami bawah terlapak kaki ibu dia, isteri seksa jiwa raga. Haramlah perbuatan sebegitu. Ada benda kita bertolok ansur, ada benda tak boleh bertolak ansur. Jangan ambil mudah perkara sebegini.
Suami Wajib Bawa Isteri Pindah
JAWAPAN TANYALAH USTAZ : Anak lelaki kena bagi tau mak. Sebab bilik ini privacy. Kalau betul mak dia bagi guna bilik itu untuk anak dan menantunya, jadi mak dia kena tahu adab. Bilik tidurkan memang privacy space.
Kalau mak dia kata rumah “aku ikut pandai aku la”
Maknanya si anak kenalah pindah dengan segera. Lagi pun anak-anak yang sudah berkahwin ini tak boleh duduk tinggal dengan mak ayah. Kena belajar hidup sendiri. Melainkan kalau mak ayah itu uzur. Anak- anak boleh duduk sekali sebab nak jaga mak/ayah.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.