Sudah tersurat barangkali, walaupun sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Siti Elizad redha denga napa yang telah berlaku.
Allah pinjamkan nikmat minggu lepas, kemudian dirinya keguguran. Namun Siti Elizad tetap akan teruskan rawatan IVF sehingga impiannya untuk bergelar seorang ibu termakbul.
Allah Pinjamkan Nikmat Minggu Lepas
Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin, 36, akur dengan ketentuan Yang Maha Esa apabila mengalami keguguran, baru-baru ini.
Siti Elizad yang menjalani proses pengambilan telur untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu berkata dia hanya dapat merasai perasaan wanita hamil buat seketika.
“Allah bagi nikmat rasa jadi ibu itu pada minggu lepas. Tapi, Dia dah ambil balik. Terjentik sungguh ‘rasa’ itu.
“Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyallah, dia punya gembira tak tau nak kata, sebab dah lama menanti, tapi kandungan tak kuat dan bleeding alami pendarahan.
“Tak tau nak gambarkan perasaan macam mana dan terduduk seketika,” katanya.
Enggan mengalah dengan mudah terhadap usaha dan perjuangannya untuk mendapatkan zuriat sendiri, Siti Elizad berkata mungkin belum rezeki lagi.
“Tak mengapa, insyallah ada rezeki lain. Husnuzon. Bersangka baik. Saya tak kan pernah berputus asa. Saya akan selalu positif dan teruskan berdoa.
“Kepada doktor, kita akan jumpa lagi pada Januari 2021. Terima kasih juga kepada semua yang banyak beri sokongan dan doakan terbaik dalam perjalanan saya ini,” katanya.
Ads
Siti Elizad Akan Teruskan Rawatan IVF
Sementara itu pada entri di Instagram Story, Elizad memohon maaf kepada rakan-rakan yang menghubunginya kerana tidak menjawab panggilan termasuk membalas kiriman mesej mereka.
Katanya, bagaimanapun sekarang dia lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, dengan memberi fokus pada kerjaya di konti radio dan lakonan.
Apapun, Elizad akan tetap meneruskan kaedah IVF itu sehingga impiannya untuk bergelar ibu jadi kenyataan dan dimakbulkan Allah selepas berusaha dan bertawakal.
Siti Elizad bertemu jodoh dengan Shamsul Baharin Rahman pada 2015. Bagaimanapun, selama lima tahun berumah tangga, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
MW: Semoga perjuangan dan impian Siti Elizad untuk bergelar ibu dipermudahkan serta dimakbulkan Allah. Amin.
Pasangan suami isteri ini bagaikan bertimpa-timpa ujian hidupnya. Meneruskan kelangsungan hidup sebagai pengutip besi buruk dan suatu hari, suami ditangkap kerana ada laporan mengatakan dia mencuri barang orang, yang disangkanya sudah dibuang.
Walaupun nampak melarat hidup mereka, akhlak di sisi tuhan mereka pelihara sebaiknya. Soal sedekah menjadi rutin sejak mula mendirikan rumah tangga. Tak pernah sekali pun dilupa akan dermanya. Ke tabung surau masjid itulah sedikit rezeki yang ada dikongsikan dengan orang lain.
Kisah pertemuan, Ustazah Asma Binti Harun dengan pasangan suami isteri ini benar-benar menyentak rasa. Biarpun ujian mereka hebat, tapi tidak sesekali mereka meminta-minta.
Ujian Mereka Bertimpa-timpa
Malam ini saya menerima panggilan daripada seorang wanita, menangis teresak-esak, disamping kedengaran 2 anak kecilnya juga menangis.
“Ustazah, tolong kami.. Suami saya ditangkap tadi, ada report mengatakan suami mencuri barang orang, kami ingat besi tu barang orang tak nak, jadi kami ambik untuk dijual.”
Ujian mereka bertimpa-timpa. InsyaAllah ini hanya salah faham, doakan boleh selesai dengan baik esok. Mereka adalah pengutip besi buruk dan barang terpakai untuk kelangsungan hidup.
Akak Tak Buat Apa-apa, Cuma Sedekah Kat Surau
Pasangan ini Allah temukan beberapa hari lepas ketika sedang dalam kuliyah di sebuah surau. Waktu itu kelibat isterinya saya nampak menaiki anak tangga, lalu melakukan sesuatu di satu sudut dan bergegas turun. Saya minta izin daripada jemaah untuk berhenti sekejap lalu terus mengejar wanita tersebut yang telah masuk ke dalam kereta lalu menahannya.
Kereta yang hampir roboh. Tingkap semua dah tiada. Daun pintu dah tinggal rangka. Mata saya tertangkap kepada himpunan barang terbuang di bahagian tempat duduk belakang.
“Maaf tanya, akak buat apa tadi?”
Dengan wajah yang takut tergagap-gagap dia jawab, “Akak tak buat apa-apa, akak cuma bagi sedekah kat surau, masukkan duit dalam tabung tu.”
Bila saya palingkan wajah, ya Allah.. Memang benar ada tabung disitu. Allahu Allah… Orang susah seperti ini turut bersedekah..
Saya sedikitpun tidak syak dia mencuri dan lain-lain. Tujuan dikejar kerana nampak seperti orang susah yang memerlukan bantuan. Saya terus bertanya, “Akak perlukan bantuan tak?”
Cepat dia jawab, “Kami datang bukan cari bantuan, alhamdulillah Allah bagi cukup, kami boleh usaha, jangan bimbang.” Sambil 2 orang anak kecil di ribanya.
“Akak dan suami kerja apa?”
“Kami kutip sampah, barang terbuang, besi dan apa saja yang boleh dijual, suami OKU, accident takde orang nak ambik kerja, jadi inilah cara kami cari rezeki.”
Dalam keadaan kelam kabut, saya minta dia ambik no tel dan hubungi saya semula dan maklumkan bahawa bersama saya ada duit sumbangan orang ramai.
Pengutip Besi Buruk Ini Bukan Golongan Suka Meminta-minta
Dua hari menunggu akhirnya dia telefon, rupanya mereka sedang berfikir-fikir samada mereka layak atau tidak untuk terima bantuan.
Sesampai di rumah mereka, kosong tiada barang, ada longgokan alat bertukang, besi dan barang terbuang. Kami sama bersimpuh sambil bertanya lanjut.
Rupanya si suami sebelum ini kerja buruh kasar, jatuh daripada atap rumah 2 tingkat. Kerana itu jalannya dah tidak tegap, bermasalah pada tulang belakangnya. Manakala parut di tangan kesan accident kena langgar lari, ada beberapa besi dipasang. Sekarang masih buat kerja buruh, tapi semakin kurang orang nak ambik dengan keadaannya.
Sewa rumah tertunggak tak mampu untuk dibayar, begitu juga bil api bil air. Mereka memang benar susah, namun masih ada dalam rutin mereka bersedekah.
Bila ditanya, si isteri menjawab, “Kami dah amalkan daripada awal kahwin lagi, sebab itu pesan emak saya, setiap hari mesti buat sedekah, walaupun dengan RM1.” Allahu.. mereka betul berpegang dengan yakin.
Pasangan yang baik, menunaikan solat, boleh baca quran. Sebaik sampul dihulur, mereka masih ragu-ragu, berulang kali suami isteri ini bertanya : “Betul ke kami layak untuk terima bantuan?”, mereka bukan golongan yang suka meminta-minta.
Jika Anda Mahu Sampaikan Sumbangan
Sekarang suaminya sedang ditahan di balai, saya juga tak boleh buat apa-apa malam ini, sekadar memberi kekuatan dan kesabaran kepada si isteri. InsyaAllah esok akan buat sesuatu untuk membantu. Mereka 3 beranak sangat bergantung hidup dengan pencarian suaminya.
Jika ada sesiapa yang ingin menyampaikn sumbangan, khusus kepada pasangan ini boleh pm saya (Ustazah Asma Binti Harun). Saya tidak boleh sertakan maklumat mereka secara terbuka disini supaya tidak timbul isu-isu lain.
Si suami pernah ada rekod jenayah ringan, pernah beberapa ketika di dalam tahanan, kes salah faham, bergaduh dan pukul. InsyaAllah dah berubah, dapat dilihat keikhlasan suaminya apabila berulang kali menangis sambil berdoa, berjanji dan mengucapkan terima kasih tanpa henti kerana percaya padanya.
Mereka bukan orang asal sini, bawa diri untuk tinggalkan tempat asal untuk mula kehidupan baru. Tidur tepi jalan dan merata tempat itu biasa bagi mereka. Jika ikutkan lagi mudah jika saya letak nama penuh dan acc no.
Suaminya. Tak perlu nak pm, sedang saya juga tidak punya banyak masa. Namun itulah permintaan mereka. InsyaAllah semua akan di PM.
Doakan Ustazah Dapat Bincang Cara Baik
Malam tadi saya sendiri dah hubungi i.o sarjan yang handle kes ini, mungkin kerana dah ada rekod jenayah, jadi cerita lain pula. Dia perlu direman beberapa hari, kecuali pengadu tarik balik. Doakan hari ini kami dapat jumpa pengadu, bincang di luar dengan cara baik.
Lokasi : Negeri sembilan. Urusan permohonan bantuan agak sukar, kerana mereka kerap berpindah. InsyaAllah mungkin di sinilah tempat tetap mereka.
InsyaAllah pihak berwajib telah menjalankan tugas mereka dengan baik. Saya pernah bertugas di agensi kerajaan dan bagaimana mereka melakukan tugas. Jadi usah kaitkan dengan mengatakan mereka tidak jalankan tugas. Anggap ini tanggungjawab bersama.
Innallilahiwainailaihirojiun. Setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia. Dikhabarkan ayah kepada Pendakwah terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa telah kembali ke rahmatullah jam 12 tengah malam tadi akibat sakit tua.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ustazah sendiri di akaun Instagram beliau.
Ayahanda yang kami cintai, Ustaz Tuan Haji Musa Bin Salleh telah kembali ke hadrat Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang lebih kurang jam 12 tengah malam ini (tadi). Semoga perjalanan ini dipenuhi rahmat, cinta, maghfirah dan seluruh kenikmatan yang abadi.
Mohon Iringan Doa
Dalam perkongsian tersebut, ustazah juga ada memohon agar mendoakan roh ayahandanya agar beroleh kesejahteraan dan kedudukan tertinggi di sisi Rasullah SAW.
Makluman juga kepada seluruh saudara mara, anak-anak murid abah dan semua kenalan abah. Mohon iringan ayahanda kami dengan gugusan doa agar insan budiman ini memperoleh kesejahteraan dan kenikmatan dan kedudukan yang tinggi di sisiNYA bersama junjungan Rasulullah SAW.
Insya Allah kami update untuk makluman semua lokasi pengurusan jenazah dan solat jenazah nanti.
Mingguan Wanita : Innallilahiwainailaihirojiun. Semoga roh ayahanda tercinta dikurniakan rahmat dan keampunan Allah SWT. Dan semoga diberi ketenangan dan kedamaian buat ustazah sekeluarga.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Rindu bapa ini masih bersisa. Baru empat hari, permata hatinya, Muhammad Sher Harraz seusia empat bulan meninggalkan ayahnya, Hazmeer Hassan (pelawak Chot) dan ibunya, Siti Zafirul Azzah Moh Idris.
Dan kala kerinduan datang bertamu, doa mak ayahlah jadi peneman anak syurga ini. Bermain-main di taman syurga Ilahi.
Malah itulah yang diharapkan ibu yang ditinggalkan ini. Sebagaimana kongsi ibunya beberapa hari lalu di instagram.
“Baru lepas ziarah anak syurga. Mommy, daddy rindu Sher Harraz. Kalau nak tahu, Sher Harraz sebelah kubur dengan pakcik Mommy.”
“Bermain-mainlah sayang dengan adik mommy. Hanya doa kami kirimkan pada awak sayang.” luah ibu yang dalam kerinduan ini.
Ketika mengimbas memori lalu inilah pelawak Chot dari kumpulan XOXO ini berkongsi satu berita sedih. Memori yang memberinya petanda awal akan pemergian anak kesayangannya.
Tentang hadiah kemenangan berupa set kelengkapan jenazah yang diterimanya beberapa bulan lalu.
“Waktu ini saya dinobatkan juara bagi pertandingan ‘PENCARIAN DJ MELAKA FM’. Kami dihadiahkan dengan set kelengkapan jenazah.”
“Waktu ini isteri saya masih sarat lagi mengandung. Sekitar 3 ke 4 bulan lagi waktu ni.”
“Kami baru sedar ada hikmahnya hadiah utama di saat itu. Rupa-rupanya PAKAIAN PERTAMA DAN TERAKHIR BUAT ANAKANDA KAMI.”
Benarlah kehadiran setiap anak itu ada rezekinya. “Terima kasih anakku sebab bagi mommy dan daddy rezeki juara dan ada di tahap ini.”
“Sesuatu yang tak mudah nak dilupakan.” Zahir Chot dalam instagram miliknya semalam.
Dan ketika ditemubual mstar, penyampai radio Melaka FM ini memaklumkan yang set kelengkapan pengurusan jenazah itu tak sempat digunakan untuk menguruskan jenazah anaknya.
Namun, Chot percaya itulah hadiah yang Allah mahunya simpan sebagai kenangan untuknya mengingati cinta hatinya mereka.
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.