Hari ini, Ahad menerusi insta story ibu pengacara terkenal Neelofa, Nor Kartini Noor Mohammed memberi bayangan. Seakan anak ketiganya sudah pun dirisik guru, pelakon dan pendakwah, Hariz Ismail atau PU Riz.
Dikatakan, keluarga selebriti dan usahawan ternama, Neelofa menerima kunjungan PU Riz. Dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti itu. Bagi menyempunakan acara merisik.
Majlis yang berlangsung sederhana itu dihadiri jumlah tetamu dari kalangan keluarga terdekat, yang terhad bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Kira-kira 20 orang tetamu yang hadir.
Sementara di insta story ibu Neelofa berkongsi berita gembira mengenai anaknya,
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu ya Rabb.. saat yang ku tunggu-tunggu dah pun tiba. Kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayangan ku..
Aku yakin dengan ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya. Yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya..
Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menkadi tetamu istimewamu di syurga mu nanti. Intan permatuku, setiap detik dan setiap saat mama love you very much.”
Bakal Disatukan Penghujung Mac 2021
Sumber keluarga memaklumkan, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.
Keduanya difahamkan akan disatukan sebagai suami isteri penghujung Mac 2021 nanti. Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.
Hubungan kedua pasangan selebriti ini mula hangat diperkatakan apabila kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor memuat naik foto Neelofa dan PU Riz berpakaian sedondon dalam majlis perkahwinan adik Neelofa baru-baru ini.
Tidak berperikemanusiaan. Gara-gara bercinta dengan isteri orang, boleh dikatakan ‘kekasih gelap’, sanggup ambil keputusan ‘bodoh’ dengan sembelih dan tanam di lereng bukit.
Dunia akhir zama, sanggup lakukan apa saja untuk cari kebahagiaan yang sementara dan selebihnya sengsara seumur hidup.
Kes ini bukan berlaku di negara luar tapi di Subang Jaya, Selangor. Dikatakan kejadian ini berlaku hampir setahun yang lalu. Akhirnya, temberang seorang lelaki uang dipercayai membunuh dan menanam mayat suami kekasih gelap nya terbongkar di sebuah banglo di daerah ini pada Mei tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada orang awam berkaitan pengakuan seorang lelaki warga India yang membunuh rakan senegaranya sebelum menanam mayat mangsa jam 4.45 petang pada 2 Februari lalu.
Menurutnya, pengakuan berkenaan dibuat di kawasan Ampang Jaya sebelum sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjalankan soal siasat lanjut terhadap suspek.
“Suspek kemudian menunjukkan lokasi kejadian mangsa berusia 25 tahun dibunuh pada Mei tahun lalu iaitu di lereng bukit di belakang sebuah banglo di Subang Jaya.
“Kejadian bunuh itu berlaku di banglo berkenaan yang dijadikan sebagai pusat jagaan orang tua dengan mangsa dipercayai dikelar di leher menggunakan pisau,” katanya dalam kenyataan.
Wan Azlan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan pihak forensik menemui bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut badan mangsa.
“Susulan itu, kami menahan isteri mangsa dan kekasihnya yang juga warga India serta dua wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 35 tahun yang bekerja di pusat jagaan orang tua berkenaan bagi membantu siasatan.
“Semakan dilakukan mendapati kedua-dua suspek warga India tidak mempunyai pasport dan kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya.
Beliau berkata, motif pembunuhan itu dipercayai disebabkan mangsa mengetahui hubungan sulit antara suspek dengan isterinya.
“Suruhanjaya Tinggi India ada membuat laporan polis mangsa hilang pada Mei 2022 selepas menerima aduan daripada ahli keluarganya di India yang memaklumkan lelaki itu tidak dapat dihubungi.
“Setakat ini, senjata pembunuhan dalam kejadian ini (pisau) masih belum ditemui dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah di daerah ini boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut,” katanya.
Mingguan Wanita : Bila dah terbongkar dan takut, ambil jangan singkat untuk membunuh. Kejam sungguh.
Sumber: Harian Metro
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Mudah je rupanya mak-mak nak buat simpanan pelaburan ASB.Tak perlu lagi susah payah nak cari parking, nak beratur ambil nombor, ramai orang mahupun kena tunggu di bank.Bukan apa, kadang kala kerana sebab-sebab tersebut lah yang membuatkan usaha nak menyimpan tu jadi ‘gagal’.Kini, segalanya boleh dilakukan dihujung jari, pemindahan duit ke ASB boleh dibuat melalui Maybank2u.Sekaligus boleh membantu mak-mak untuk menyimpan secara konsisten setiap bulan untuk simpanan pelaburan jangka panjang.
Perkongsian bermanfaat ini dikongsikan olehFarain Mohammad sebagai rujukan;
“Nak buat simpanan ASB kena pergi bank? Sekarang segalanya di hujung jari jee. CARA DAFTAR (add favourite) dan SIMPANAN ASB melalui Maybank2u.Bawah ni ada dua-dua step ye. Step paling lengkap. Cara-cara ada pada setiap gambar. Rajin-rajin baca caption. Ikut je step tu. Untuk daftar dan cara simpanan.”
P/s : Pastikan dah ada nombor ahli dan buku ASB.
Dah tak payah susah susah beratur dekat bank. Selamat menyimpan untuk hari tua.
Semoga bermanfaat!
STEP UNTUK MENDAFTAR (add favourite) ASB melalui M2U:
1. Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my
2. Pilih ruangan “investment”
3. Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu
4. Pilih ‘Add’ untuk daftar akaun ASNB
5. Pilih product nama “Amanah Saham Bumiputera”
6. Baca dan fahamkan akaun pengesahan (declaration). Klik kotak kecil dibawah dan klik “next”
7. Isikan Nombor Ahli ASB, Jenis ID, Nombor ID, dan Nama Ahli. Klik ‘continue’
8. Semak butiran maklumat dan isikan nombor TAC. Klik ‘confirm’ untuk sahkan langganan
9. Jangan lupa simpan pengesahan untuk simpanan (screenshot)
**kalau ‘accepted’ bermakna dah boleh transfer simpanan ASB melalui m2u. Okay jom pergi next step untuk buat simpanan pula.
Pengorbanan seorang ayah semestinya memberi kesan yang mendalam untuk setiap anak. Sempena hari bapa, selebriti yang juga pelakon Lufya Omar atau nama sebenarnya Lutfyah binti Sheikh Omar menerusi perkongsian di entri laman Instagramnya bercerita tentang ayahnya. Terlalu besar pengorbanan insan teristimewa ini dalam hidup Lufya.
Sebagai ketua keluarga, terlalu banyak jasa dan pengorbanan seorang bapa memang tidak ternilai harganya.
Ayah Lufya Terbaik!
“Cerita ni agak sensitif tentang ayah fya. Masa fya kecil fya selalu rasa tak dpt kasih sayang seorang bapa. Sebab walid saya tak pergi sekolah macam bapa lain ambil report card anak, saya dapat no 1 tapi dia tak datang ambik cuti untuk tengok anak dia terima hadiah di sekolah.
“Fya rasa walid tak sayang pada anaknya.! Dia tegas dan kata-kata yang keluar dari mulut dia bila jumpa kat rumah balik-balik suruh jaga solat, ngaji, dan selalu jam 3-4 pagi dia akan ketuk bilik saya dan mengaji depan pintu supaya fya bangun tahajud!
Ayah Besarkan Anak-Anak Dengan Titi Peluh Yang Halal
“Tapi bila fya meningkat dewasa dan melalui pengalaman hidup berumahtangga yang gagal, baru fya sedar yang bapa aku ni seorang bapa yang TERBAIK di dunia ni.
“Dia besarkan kami dengan hasil titik peluh yang halal. Jam 5 pagi setiap hari dia dah keluar ke pasar untuk menjual ayam. Kami dibesarkan semua cukup makan dan pakai. Sampai busuk-busuk kuku bapa fya.
“Hari Raya pun die akan kerja sebab ramai org nak order ayam. Walid cukup rajin bekerja menampung keperluan keluarga. Duit dia untuk anak-anak dia. Cukup makan, susu, pakaian baik, rumah sendiri, dan tak pernah meminta bantuan dari keluarga.
“Adik beradik fya semua belajar tinggi ada yang belajar sampai Jepun. Setiap kali puasa sehari dia kasi RM 10 untuk didik anak-anak dia berpuasa sebelum baligh.
Walid Didik Kami Kuat Dengan Agama Supaya Kamu Berjaya Dunia Akhirat
“Rupanya fya baru sedar yang Walid didik kami kuat dgn agama supaya kami berjaya dunia dan akhirat. Dia tak banyak cakap bukan die tak sayang tapi dia penat dan dia memang seorang yang tak pandai meluahkan kasih sayang.
“Sebenarnya dia sangat sayang pada anak-anaknya. Dia bekerja keras dan rezeki dia bertambah-tambah selepas tu. Dalam umur yg agak muda pun Walid dah retired dan ‘melepaskan’ dunia.
“Walid maafkan kakak kalau kakak nakal dulu tapi kakak janji sekarang kakak nak jadi anak yang paling berjaya dunia dan akhirat. Selamat Hari Bapa Walid,” luah Lufya.
Hargailah Kasih Sayang Seorang Ayah- Pengikut Instagram
Mingguan Wanita : Perkongsian Lufya tesebut sememangnya menyentuh hati dan perasaan. Sebagai seorang anak hargailah ibu dan ayah anda.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Isu abang bas 'crush' murid sekolah rendah, sebagai ibu Diana Danielle puas hati dengan tindakan polis. Hari ini heboh mengenai pemandu bas yang memuatnaik...