Kredit foto: Harian Metro

Biarpun bergelar ibu tunggal dan dalam masa yang sama membesarkan anak-anak, wanita cekal ini tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap mak dan ayahnya yang terlantar sakit. Apatah lagi kedua mak dan ayahnya merupakan orang kelainan upaya(OKU) fizikal.

Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul. Selain anak-anak, mak dan ayahnya bergantung harap pada Intan Zulina Osman. Namun dirinya tidak pernah mengeluh malah tetap cekal melunaskan tanggungjawabnya sebagai “anak” kepada orang tuanya dan ibu kepada “anak-anaknya”.

Akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan kehidupan mereka sekeluarga agak terjejas apabila dirinya tidak dapat keluar bekerja seperti biasa.

Menjadi Tempat Bergantung Harap

Ibu saya akan mengetuk tin manakala bapa saya pula hanya mampu menggamit jika mereka perlukan sesuatu,” kata Intan Zulina Osman, 34 tahun.

Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini berkata, menjadi rutin hariannya sejak 18 tahun lalu menguruskan kedua ibu bapanya Siti Zabedah Saidin, 74, dan Osman Jusoh, 80, yang juga orang kurang upaya fizikal terlantar.

Katanya, dia hanya mencari rezeki dengan mengambil upah membuat kuih karas dengan pendapatan kira-kira RM25 sehari namun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia hilang pekerjaan itu.

Kini saya menampung hidup dengan menjual pembersih tangan dan membantu mempromosi rakan berniaga makanan dalam talian.

IKLAN

“Saya tak boleh bekerja luar kerana perlu menguruskan ibu bapa saya, jadi apa saja kerja yang mampu buat dari rumah, saya akan buat asalkan jadi duit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kodiang Lama Luar, Kubang Pasu, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Dua Kali Bergelar JANDA, Ibu Tunggal Ini Rasa Bahagia Hidup SOLO

Ibu Tunggal Ini Pernah Minta Sedekah Demi Mahu Bagi Anak Makan

IKLAN

Anak Banyak Membantu

Intan atau lebih mesra dipanggil Kak Chik berkata, dia sangat bersyukur mempunyai anak-anak yang dapat membantunya menguruskan kerja di rumah.

Katanya, anaknya yang sulung Aiman Haikal Aidi Fikri, 15, banyak membantu mendukung nenek dan datuknya untuk mandi setiap hari dan menyuap makanan.

Bercerita lanjut, Intan berkata, bagi menampung perbelanjaan anak-anak yang bersekolah, dia turut menerima tempahan membuat kuih raya ketika Ramadan.

 

IKLAN

Bagaimanapun, pada tahun ini hasratnya terbantut apabila ketuhar yang dibeli rosak awal Januari lalu.

Mujurlah ibu bapa saya mendapat bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM500 sebulan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM350 sebulan. Wang itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang, susu serta ubat-ubatan mereka.

“Anak-anak saya pula mendapat bantuan bulanan RM100 sebulan daripada JKM. Duit itu dapat digunakan untuk menampung duit poket mereka ke sekolah,” katanya yang juga anak tunggal.

Bagi orang ramai yang ingin membantu Intan Zulina, dia boleh dihubungi menerusi nombor telefon 011-26437074.

Sumber: Harian Metro

MW: Semoga ibu tunggal ini tabah menghadapi ujian dan dikurniakan kekuatan dalam menempuhi liku-liku hidup. Sesiapa yang ingin membantu keluarga ini dapatlah kiranya menghubungi nombor di atas. Hulurkan bantuan, ringankan beban. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI