Siapa sangka, dalam usia 24 tahun, dia sudah memulakan karier yang cukup hebat dalam bidang Perundangan dan memegang jawatan sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Tidak dinafikan, kerjaya sepenuh masa ini adalah atas pilihan sendiri, pejabat yang selesa dan gaji yang lumayan. Namun semua itu tidak mampu memberi kepuasan dalam dirinya.

Akhirnya, selepas dua tahun membina karier professional dengan jawatan sebagai Peguam Persekutuan gred L44 di Jabatan Peguam Negara, akhirnya Siti Nor Aishah Mohamed Huri, atau lebih dikenali sebagai Aishah Huri, 33 tahun meletak jawatan untuk memberi dirinya peluang dalam menikmati kebebasan hidup, masa dan kewangan dengan memulakan perniagaan online produk Sahajidah Hai-O.

Aishah Huri Jihad Ekonomi Demi Mencapai Lebih Banyak Impian

Keputusan Sendiri

Menurut Aishah Huri, dia mengambil tindakan untuk memulakan perjalanan perniagaan online separuh masa atas keputusan dirinya sendiri.

“Satu prinsip yang saya pegang waktu itu adalah saya tidak perlu persetujuan orang lain untuk berjaya. Tetapi yang lebih penting persetujuan diri sendiri untuk buat sehingga mengecapi kejayaan cemerlang,” katanya.

Selama dua tahun, Aishah Huri menjalankan perniagaan separuh masa hanya dua jam sehari, walaupun pada masa yang sama dia tetap memberi fokus kepada kerjaya tetapnya.

IKLAN

“Pada Oktober 2015, penat lelah terbalas apabila berjaya mencapai pangkat tertinggi sebagai Crown Diamond Manager. Tahun berikutnya merangkul Excellence Award 2016 dan Excellence Award 2017. Sehingga 2019, saya telah melahirkan lapan orang Crown Diamond Manager dalam pasukan,” katanya yang beruntung kerana mendapat kehebatan ilmu dan sistem daripada hasil acuan pasangan Mentor yang berjiwa besar dan berhati Mulia CDM Norazlin Nordin dan CDM Arifin Shah.

Malahan, sejujurnya apa yang diperolehi oleh Aishah Huri sepanjang tujuh tahun dalam bidang ini bukanlah pada Pin Pangkat atau ‘Award’ yang diterima tetapi yang lebih penting adalah jumlah orang yang peroleh kebahagiaan dan kenikmatan hasil dari keuntungan niz dan peningkatan kualiti diri mereka sepanjang terlibat dalam perniagaan ini.

Terima Kritikan

Sebelum ini, Aishah Huri pernah memegang jawatan yang berkredibiliti tinggi dalam masyarakat dandianggap sudah menjamin masa depan. Namun, tiada siapa yang boleh menduga, dia akhirnya memilih untuk terjun ke dalam perniagaan MLM tanpa mempedulikan tanggapan skeptikal tentang perniagaan ini.

IKLAN
“Peguam buat MLM?? Saya banyak menerima kritikan berbanding dengan dorongan positif. Namun, saya sangat berterima kasih kepada mereka yang memilih untuk menolak kejayaan saya ke depan dengan cara melemparkan suara kritikan. Dari situ, saya belajar memperbaiki diri dan berfikiran matang untuk lebih optimis dan kuat dalam membuktikan kejayaan itu benar-benar ada di depan sana,” katanya yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Lebih membanggakan buat Aishah Huri apabila hasil yang diperolehi dan dikongsi daripada perniagaan jualan langsung ini dapat membiayai perubatan buah pinggang dan jantung ibunya. Pada masa yang sama, memastikan dua orang adiknya mendapat pendidikan tertinggi Sarjana dan Sarjana Kedoktoran, menghadiahkan masing-masing sebuah kereta import kepada ibu bapa mentua dan suami serta pakej umrah pada tahun 2017.

“Inilah yang membuatkan saya sangat terharu kerana daripada cabang perniagaan yang dianggap picisan telah berjaya membina masa depan yang besar untuk orang yang saya kasihi dan sayangi,” katanya yang mempunyai rekod pendapatan sehingga enam angka setahun.

Aishah Huri Jihad Ekonomi Demi Mencapai Lebih Banyak Impian
Aishah Huri bersama mentor yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bisnes yang diceburi.

Peluang Besar

Tanpa sedari, Aishah Huri telah lapan tahun dalam industri MLM ini. Dalam jangka masa ini, ia bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya ia lebih mencabar kerana perlu fikir terus mengekalkan dirinya dalam top rank.

IKLAN

“Bagi saya untuk kekal lama dalam industri ini kena ada minat dan disertai dengan kesungguhan. Kita buat apa yang perlu bukan sekadar apa yang kita suka,” katanya yang menggunakan kemahiran semasa karier terdahulu untuk menyakinkan pelanggan dan rakan kongsi sehingga mencapai jualan tujuh angka sebulan.

Dia yang dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan diberi pendidikan sewajarnya oleh ibu bapa telah menggunakan kelebihan dirinya untuk mengecapi kejayaan memeperolehi pendapatan lima angka sebulan. Paling mengujakan adalah peluang melancong ke luar negara dengan pakej mewah secara percuma. Dengan dua hingga tiga kali setahun bersama ratusan lagi rakan bisnes dalam Smart Tycoon Group.

Aishah Huri Jihad Ekonomi Demi Mencapai Lebih Banyak Impian

“Sejak 2013 hingga 2019, saya telah mengaut kesemua tiket secara percuma bagi Pelancongan VVIP ke15 buah negara yang tidak mungkin saya dapat tinggalkan jejak kaki dengan duit simpanan sendiri. Paling teruja kerana dapat pergi bersama-sama rakan kongsi. Inilah kejayaan yang sangat manis buat saya,” kata isteri kepada Azizan bin Abrahim, 34 tahun dan ibu kepada Amrina Rasyada, 6 tahun mengakhiri perbualan.

Aishah Huri Jihad Ekonomi Demi Mencapai Lebih Banyak Impian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI