Kalau nak datang rumah orang baik rumah saudara mara, kawan-kawan, apatah lagi jiran, mesti kita akan beritahu terlebih dahulu. Bukan untuk mereka siapkan hidangan sedap-sedap tetapi sebagai persediaan terutamanya keadaan rumah.
Namun, ada juga yang datang rumah orang dengan ‘terjah’. Bukan niat untuk tidak mahu beritahu tapi mungkin ada alasan lain, tuan rumah beria-ia sediakan makanan pula.
Tak kurang juga dengan kurang sedia tuan rumah dengan keadaan rumah yang mungkin tak berapa sedap mata memandang. Maklum saja dengan anak yang masih kecil atau ramai. Semuanya ini bergantung pada diri kita.
Apa yang lebih penting, tak kiralah nak ‘terjah’ datang rumah orang atau beritahu, kita sebagai tetamu kena jaga mata dan jaga mulut, sebab kita tak tahu cara dia kendalikan keadaan rumah itu.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Farizal Radzali ini ada benarnya teutamanya bila nampak rumah orang itu yang mungkin tidak kena dengan mata kita. Jangan mengata dan mengutuk ye…
Kita ini, kalau pergi ke rumah orang, mata tu tapis sikit, mulut pun jaga sikit.
Ads
Bila nampak rumah orang berselerak, jangan cebikkan bibir, mana kita tau dia dah kemas banyak kali tapi anaknya masih selerakkan.
Kalau nampak rumah orang tak berkilat meghelip macam rumah kita, jangan jeling semacam, mana kita tau dia tak sempat sebab anaknya ramai & suaminya tak membantu kerja rumahnya.
Bila nampak anak orang tak terurus kat rumah sendiri, jangan suka-suka nak perli, mana kita tau maknya tak sihat dah berapa hari.
Kalau nampak isteri bercakap nada tinggi kat suaminya, jangan terus menghukum isteri itu jahat suami itu dayus, mana kita tau itu cara mereka sejak berkahwin berbelas tahun yang lalu.
Bila nampak suami buat kerja rumah, jangan kata suami takut isteri, mana kita tau itu memang rutin dalam rumahtangga mereka.
Kalau nampak semua yang buruk di rumah orang, jangan terus bandingkan dengan rumah kita….
Mana kita tau, orang yang rumahnya tak sekemas rumah kita, tapi dia rajin memasak berbanding kita.
Ads
Kita tak tahu, suami dia tak serajin suami kita membantu kita, mungkin anak dia lebih ramai dari anak kita. Anak kita 1 anak dia 5, lepas tu nak bandingkan rumah kita lebih kemas.
Jangan Mengata
Jangan cepat kata orang pemalas kita rajin, mana kita tau rumah dia buruk tapi hati dia cantik.
Rasulullah saw, bila dia memberi salam mahupun memanggil orang di rumah orang lain, baginda akan berdiri di tepi dinding, bukan di tengah pintu yang akan dibuka oleh tuan rumah. Dengan cara itu, baginda takkan terus nampak keadaan dalam rumah orang tu setelah pintu dibuka.
Lagi, andai terlihat orang lain yang dirundung masalah, jangan terus ajar dia untuk ikut cakap kita.
“Dah tau laki tu jahat, kawin buat apa?”
“Kalau aku la, aku terus minta fasakh”
“Jika aku, aku tak buat mcm kau”…
Kalau aku itu, ini… Itu kalau kita. Cara hidup kita, keluarga kita, cara membesar kita, hati kita, segalanya, konfem ke sama dengan dia? Kita tak duduk kat tempat dia.
Jadi jangan kata ‘kalau aku’ sebab sekarang ni bukan pasal kita tapi pasal dia.
Ads
Cerita Berbeza
Setiap kehidupan ada cerita yang berlainan. Jangan sesekali bandingkan kehidupan orang dengan kita. Mungkin dia kurang di satu bahagian tapi dia lebih satu bahagian lain.
Begitu juga kita. Tak ada yang sempurna. Selagi mereka bahagia, biarkan. Tak perlu canang ke seluruh kampung pasal keluarga orang lain. Kita nampak sama tapi sebenarnya tak serupa.
MANA KITA TAU.
Kalau rumah yang kita selalu pergi, memang tak pernahnya kemas & bersih, tegurlah cara baik. Kalau menegur pun tak tau nak cara baik, biarkan je la. Bukan rumah kita yang dia selerakkan.
Jadi, jangan stres dengan seleraknya rumah orang. Sebab kita tak tau mungkin ada orang lain pun sedang memperkatakan tentang kita.. MANA KITA TAU.
manusia tak maksum.
MW: Begitulah, kita tak tahu cara kehidupan dia, tak perlu nak mengata atau mengutuk, masing-masing ada kehidupan tersendiri.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Masalah hubungan intim, suami isteri jangan malu nak berbincang. Dalam sesebuah perkahwinan, hubungan intim antara suami dan isteri memainkan peranan penting dalam membina kasih sayang, kepercayaan, dan keharmonian rumah tangga.
Masalah Hubungan Intim, Suami Isteri Jangan Malu Nak Berbincang
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa ada kalanya pasangan menghadapi masalah dalam aspek ini, sama ada disebabkan oleh faktor emosi, kesihatan, tekanan hidup, atau komunikasi yang kurang efektif.
Komunikasi Terbuka: Kunci Penyelesaian
Ramai pasangan yang menghadapi masalah hubungan intim memilih untuk berdiam diri kerana malu, takut menyinggung perasaan pasangan, atau menganggap ia adalah perkara remeh. Namun, sikap ini hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Komunikasi terbuka dan jujur adalah langkah pertama yang perlu diambil. Suami isteri perlu berbincang tentang perasaan, keinginan, dan keperluan masing-masing tanpa rasa takut atau segan. Dalam perbincangan ini:
✅ Gunakan nada yang lembut dan penuh kasih sayang – Elakkan menyalahkan pasangan atau bercakap dalam keadaan emosi yang tegang.
✅ Dengar dengan teliti dan empati – Berikan ruang kepada pasangan untuk meluahkan perasaan mereka tanpa gangguan atau kritikan.
✅ Cari penyelesaian bersama – Jika ada perbezaan pendapat atau kehendak, cuba cari titik tengah yang boleh menggembirakan kedua-dua pihak.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Intim
Masalah hubungan intim boleh berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya:
🔹 Tekanan dan Keletihan – Tekanan kerja, masalah kewangan, dan bebanan rumah tangga boleh mengurangkan keinginan untuk bersama.
🔹 Masalah Kesihatan – Penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, atau masalah hormon boleh menjejaskan prestasi dan keinginan seksual.
🔹 Perubahan Emosi dan Psikologi – Tekanan, kemurungan, atau pengalaman trauma boleh menyebabkan seseorang hilang minat terhadap hubungan intim.
🔹 Kurang Keintiman Emosi – Jika hubungan suami isteri tidak mesra atau kurang perhatian, ia boleh mempengaruhi hubungan fizikal mereka.
Dapatkan Bantuan Jika Perlu
Jika masalah berlarutan dan menjejaskan keharmonian rumah tangga, dapatkan bantuan daripada pakar. Jangan anggap mencari rawatan atau kaunseling sebagai sesuatu yang memalukan.
Jumpa doktor – Jika masalah berkaitan dengan kesihatan fizikal, berundinglah dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan yang sesuai.
Kaunseling perkahwinan – Pakar kaunseling boleh membantu suami isteri memahami masalah mereka dengan lebih mendalam dan mencari penyelesaian yang sesuai.
Amalkan gaya hidup sihat – Pemakanan seimbang, senaman, dan rehat yang mencukupi boleh membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, sekali gus memberi kesan positif terhadap hubungan intim.
Masalah hubungan intim bukanlah perkara yang harus dipandang remeh, tetapi ia juga bukan sesuatu yang tidak boleh diselesaikan. Dengan komunikasi yang jujur, pemahaman antara pasangan, dan usaha untuk mencari penyelesaian bersama, hubungan suami isteri boleh menjadi lebih erat dan bahagia.
Jika perlu, jangan segan mendapatkan rawatan atau nasihat pakar. Ingat, perkahwinan yang bahagia memerlukan usaha daripada kedua-dua belah pihak.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak menangis jangan suruh berhenti segera, emosi mereka boleh terbantut, silap-silap perkembangan emosinya boleh terus terhenti.
Jadi mak, ayah bila berdepan dengan sikap anak yang mengada-ngada dan kuat menangis, jangan disuruh berhenti melulu. Sebaliknya ikuti langkah yang dikongsikan Mohd Fhais Salim ini baik-baik.
Anak Menangis
“Diam, jangan mengada-ngada boleh?”
Depan mata saya kejadian ni berlaku.
Kasihan.. Seorang anak menangis kerana takut di paksa pegang arnab, lepas tu kena marah dan di arah berhenti segera.
Sebaliknya cuba cara ni ( rapport ) : 1 – Kita datang dekat pada anak 2 – Pandang muka anak dengan tenang 3 – Pastikan jauh dari gangguan 4 – Beri sentuhan ( peluk, bahu atau kepala ) 5 – Tunggu 1 hingga 2 minit ( emosi bertahan 90 saat saja ) 6 – Lepas tu baru kita cuba slow talk dengan dia atau alihkan perhatian dia dengan lakukan sesuatu aktiviti yang mereka suka
Insyallah. Cara ini lebih selamat dan anak pun tak terasa tertekan..
Cuba la kalau sungguh sayang anak.
Jangan cakap diam atau mengada-ngada lagi.
Mingguan Wanita : Tidak dinafikan, kadang-kadang boleh hilang sabar bila anak buat perangai. Tetapi juga kawal emosi dan jangan cepat marah bila anak-anak uji kesabaran mak, ayah.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Gadis cari bapa kandung untuk jadi wali, “Saya ditinggalkan ketika berusia 40 hari, ketika ibu dalam pantang. Seorang gadis berusia 19 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai merayu bantuan orang ramai untuk mengesan bapa kandungnya yang telah terpisah sejak dia masih bayi. Gadis ini bakal melangsungkan pernikahan pada September ini.
Gadis Cari Bapa Kandung Untuk Jadi Wali, “Saya Ditinggalkan Ketika Berusia 40 Hari, Ketika Ibu Dalam Pantang
Memetik Sinar Harian Nur Amylia Zulaikha Mohd Faiza berkata, dia kini sedang mencari bapanya, Mohd Faiza Mat Yaman, 42, kerana ingin beliau menjadi wali dalam majlis bersejarah itu nanti. Amylia, dia tidak pernah berpeluang mengenali bapanya sendiri.
“Saya ditinggalkan ketika berusia 40 hari, ketika ibu masih dalam pantang.
“Saya membesar tanpa mengenali wajah ayah, cuma tahu namanya dan sedikit latar belakang sahaja,” katanya.
Tambahnya lagi, ibu bapanya pernah mendirikan rumah tangga pada Disember 2002 dan tinggal di Jalan Ustaz Omar Shukri sebelum bercerai pada Jun 2010. Kali terakhir bapanya dikatakan pulang ke rumah adalah sekitar tahun 2008.
Amylia yang kini menetap di Kampung Pulau Serai berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki bapanya termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan lama lelaki itu dan mencari ke beberapa kawasan sekitar Serdang serta Kuala Lumpur, namun belum berhasil.
“Sudah beberapa bulan saya berusaha mencari ayah, namun masih buntu. Harapan saya agar dia dapat dikesan secepat mungkin supaya impian saya untuk dinikahkan oleh ayah kandung sendiri tercapai,” ujarnya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali Mohd Faiza, yang dipercayai berasal dari Jalan Baru, Pak Sabah, diminta menghubungi Amylia Zulaikha di talian 010-5960228.
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.