Hubungan di ranjang merudum, kurang sentuhan fizikal jadi punca. Hubungan intim dalam perkahwinan bukan sahaja berlandaskan cinta dan komitmen, tetapi juga memerlukan keakraban fizikal untuk memastikan keintiman emosi dan fizikal terus terjalin.
Hubungan Di Ranjang Merudum
Namun, kekurangan sentuhan fizikal sering menjadi isu yang tidak disedari oleh pasangan, dan ia boleh menjadi salah satu faktor utama hubungan di ranjang merudum.
Kurang Sentuhan Fizikal Jadi Punca
Pentingnya Sentuhan Fizikal dalam Hubungan Suami Isteri
Sentuhan fizikal adalah salah satu bentuk komunikasi yang paling asas. Ia bukan sekadar pelukan atau genggaman tangan, tetapi ia mampu menyampaikan kasih sayang, sokongan, dan pengertian yang mendalam tanpa memerlukan kata-kata. Dalam hubungan suami isteri, sentuhan seperti memeluk, mengusap, atau menatap penuh cinta adalah “bahasa tubuh” yang menunjukkan keintiman dan perhatian.
Kajian menunjukkan bahawa sentuhan fizikal merangsang pengeluaran hormon oxytocin, yang sering disebut sebagai “hormon kasih sayang.” Hormon ini bukan sahaja meningkatkan keintiman tetapi juga mengurangkan tekanan dan meningkatkan rasa percaya antara pasangan. Apabila sentuhan fizikal ini kurang, ia boleh menyebabkan pasangan merasa terasing, seterusnya mengganggu hubungan di ranjang.
Punca Kurangnya Sentuhan Fizikal
Kesibukan Harian
Jadual yang padat dan tanggungjawab harian sering kali menyebabkan pasangan kurang meluangkan masa bersama. Kesibukan ini boleh menyebabkan sentuhan fizikal seperti berpelukan atau bersandar bersama semakin dilupakan.
Tekanan dan Keletihan
Tekanan di tempat kerja, kewangan, atau tanggungjawab keluarga boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental. Dalam keadaan ini, pasangan cenderung mengabaikan keperluan sentuhan fizikal kerana terlalu fokus pada masalah lain.
Masalah Komunikasi
Kekurangan komunikasi yang baik boleh membawa kepada jurang emosi antara pasangan. Apabila emosi terputus, keinginan untuk mendekati secara fizikal juga akan berkurangan.
Perubahan Fizikal atau Kesihatan
Faktor seperti perubahan fizikal, kesihatan, atau perasaan rendah diri terhadap tubuh badan sendiri juga boleh menyebabkan pasangan menjauhi sentuhan fizikal.
Kesan Kekurangan Sentuhan Fizikal
Kekurangan sentuhan fizikal boleh memberi kesan jangka panjang kepada hubungan suami isteri, termasuk:
Ads
Merudumnya Keintiman Di Ranjang
Tanpa sentuhan fizikal, hubungan intim boleh kehilangan percikan. Keghairahan mungkin semakin pudar, menjadikan hubungan terasa seperti tanggungjawab semata-mata.
Jarak Emosi yang Semakin Lebar
Apabila sentuhan hilang, pasangan mungkin merasa diabaikan atau tidak dihargai. Ini boleh membawa kepada konflik yang lebih besar atau rasa tidak puas hati dalam hubungan.
Risiko Kecurangan
Dalam sesetengah kes, kekurangan sentuhan fizikal boleh mendorong pasangan mencari keintiman di luar hubungan, walaupun secara tidak sedar.
Cara Mengatasi Masalah
Luangkan Masa untuk Sentuhan Kasih Sayang
Jadikan sentuhan fizikal sebagai rutin harian. Pelukan sebelum keluar bekerja, ciuman sebelum tidur, atau sekadar memegang tangan semasa menonton televisyen boleh mengeratkan hubungan.
Berkomunikasi dengan Jelas
Nyatakan keperluan dan harapan anda kepada pasangan. Bincangkan perasaan anda jika merasa kurang dihargai atau kurang mendapat perhatian.
Ads
Atasi Tekanan Bersama
Tangani tekanan harian bersama-sama. Aktiviti seperti bersenam, berjalan-jalan, atau melakukan hobi bersama boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan keakraban.
Cipta Suasana Romantik
Luangkan masa berkualiti berdua tanpa gangguan, seperti makan malam romantik atau percutian ringkas. Suasana ini boleh merangsang keinginan untuk mendekati satu sama lain secara fizikal dan emosi.
Dapatkan Bantuan Profesional
Jika masalah berlanjutan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan kaunselor perkahwinan. Mereka boleh membantu pasangan mengenal pasti punca sebenar dan menawarkan penyelesaian.
Kesimpulannya, sentuhan fizikal adalah elemen penting dalam hubungan suami isteri yang sering dipandang remeh. Kekurangan elemen ini boleh membawa kepada pelbagai masalah, termasuk merudumnya hubungan di ranjang.
Oleh itu, pasangan perlu berusaha untuk mengekalkan keintiman fizikal dalam kehidupan harian mereka. Dengan komunikasi yang baik dan usaha bersama, kehangatan dalam hubungan dapat dipulihkan, memastikan perkahwinan kekal bahagia dan harmoni.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hebat tak hebat suami ini, sepanjang perkahwinannya selama 14 tahun dengan isteri, tak pernah sekali suami ini culas beri isteri gaji tepat pada masanya. Nafkah dalam bentuk gaji ini dibayar paling lewat pun 28hb setiap bulan.
Nah! Inilah yang dikongsikan puan Marliya Ramliakan amalan suaminya yang tak pernah gagal bayar nafkah isteri.
Walaupun Puan Marliya sendiri masih bekerja makan gaji.
On Time Beri Gaji Kepada Isteri
Sejak usia 23 tahun selama 14 tahun ada seorang suami yang sentiasa on time memberikan ‘gaji’ kepada isteri. Selewat-lewatnya 28hb setiap bulan.
Tanpa perlu ditanya-tanya atau diminta-minta suami ini akan sediakan juga pakaian raya, set mandian dan keperluan asas isteri.
Kerana selain tempat tinggal, persalinan, keperluan asas dan makanan adalah kewajipan.
Kenapa isteri perlu minta jika ianya adalah sesuatu yang difahami oleh khalifah rumahtangga tentang perintah Allah?
Bermula dengan gaji seorang Techician cabuk hinggalah menjadi senior engineer, jumlah ‘gaji’ meningkat seiring dengan kemampuan. Bermula dari kadar pemberian pada tiga angka sehingga mencecah ke empat angka setiap bulan.
Dalam bahasa lebih mudah difahami ianya adalah nafkah terhadap isteri.
Biarpun isteri mampu menyara diri sendiri, tidak sekalipun ia menjadi alasan untuk si suami culas memberikan nafkah.
Dan mungkin.
MUNGKIN!
Amalan Inilah Punca Rezeki tak Putus
Kerana amalan inilah Allah permudahkan suami tersebut hingga mampu berhenti makan gaji pada sebelum usia 35 tahun.
Kerana amalan inilah Allah sentiasa memberikan jalan rezeki yang tidak berputusan buat suami tersebut.
Kerana amalan inilah segala yang diusahakan oleh suami selalunya menjadi kenyataan.
Kerana amalan inilah…
Amalan yang usah sesiapa pun anggap sebagai remeh.
Kerana suami sedar, amalan memberi nafkah bukan lah pilihan. Namun kewajipan mengikut kemampuan.
Kewajipan yang bukan YB Najib suruh atau Tun Mahathir arahkan. Bukan kewajipan PU Abu paksa semua suami buat. Bukan
Namun kewajipan yang Allah perintah.
Melanggar perintah Allah lebih buruk hukumannya berbanding melanggar perintah Sultan.
Isteri adalah amanah. Kita jaga amanah Allah, maka Allah jaga rezeki kita.
Salam sayang
MW : Nampak kan.. bila suami mudahkan urusan isteri, gembirakan hati isteri.. Allah beri rezeki yang melimpah untuknya. Dalam bentuk yang dia tak sangka-sangka pun.
Sumber/Foto : Marliya Ramli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bertuah punya anak, inilah ayat yang paling sesuai untuk mak ayah bila marah anak. nakal, degil atau tak dengar kata sekalipun sebut dan sumpahlah dengan kata-kata ini.
Begitulah, anak-anak yang tengah nak membesar, ada masanya buat kita sebagai mak ayah marah, sakit hati dan sebagainya. Waktu itu, mulalah keluar perkataan yang tak sepatutnya.
Jangan cepat sumpah anak dengan perkataan yang tidak elok. Apa yang keluar dari mulut mak itu doa. Jadi, sebutlah bertuah punya anak. Mudah-mudahan dengan perkataan ini termakbullah, jadi anak yang bertuah.
Antara perkongsian daripada Ustaz Irwan Zahuri supaya mak-mak menjaga percakapan bila marah anak dan sebutlah perkataan yang baik-baik.
Bila marah anak, jangan sampai terkeluar perkataan yang anda tak mahu ia terjadi pada anak.
Sebut perkataan yang elok walau nadanya mungkin ‘high pitch’. Mak-mak pun kadang-kadang emosional juga kan. Cuma, tolonglah jaga perkataan yang terkeluar dari mulut kita.
Sebaik-baiknya, kalau marah anak, terus sumpah mereka dengan doa. Secara psikologi pun apabila anak tu dengar doa untuknya jadi motivasi untuk dia berubah jadi baik Insya ALLAH.
Contohnya, kalau anak masih sekolah lagi dan aktif menyepahkan rumah, bila nampak rumah sepah aje doa kuat-kuat.
Ya ALLAH Ya Tuhanku, jadikanlah anak-anakku orang yang mendengar kata ibunya, suka mengemas rumah dan jadikanlah anak-anakku orang yang menyimpan mainan selepas menggunakannya.
Bunyi macam sambil doa sambil menyindir. Tapi daripada kita tersebut perkataan negatif, lebih baik kita mengajar, meluah perasaan dalam doa yang baik di hadapan mereka.
Yang paling kerap mak-mak sebut, bertuah punya anak!!!
Ok la tu. Mudah-mudahan bertuah betul la anak tu. Insya ALLAH.
Mak Jaga Perkataan
Kenapa perlu jaga perkataan mak-mak? Sebab doa ibubapa kepada anaknya merupakan salah satu bentuk doa yang mustajab.
Ini berdasarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa NABI SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya. [Riwayat Ibn Majah (3862)]
Doa di bawah ni kalau belum kahwin dah boleh baca, mudah-mudahan dikurniakan pasangan yang baik dan anak yang menyejukkan hati.
Bagi yang dah kahwin sedang menanti cahaya mata pun boleh baca dan untuk yang ada anak kecil sampai dah besar pun perlu baca.
Kalau dah jadi atuk nenek pun perlu baca. Mudah-mudahan anak cucu dan keturunannya termasuk dalam golongan orang yang soleh solehah.
Rabbana hablana min azwaajina wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw waj’alna lil muttaqiena imaamaa.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (QS Al Furqan ayat 74).
Kita cuba amalkan selepas solat fardhu ya Insya ALLAH.
Mingguan Wanita : Marah sekalipun pada anak, doakan yang baik-baik untuk dia.
Selain mengajar anak solat, bulan ramadan juga sangat baik untuk melatih anak-anak berpuasa.Meskipun tidak cukup 30 hari sebulan, sekurang-kurangnya perlu didiklah anak berpuasa sebagai pengenalan kepada kewajipan Rukun Islam ketiga ini.
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 46 dan Datin Dr. Halina Mohd Yunos, 39 mempunyai 2 orang cahaya mata perempuan Sophea Isabella, 8 dan Sophea Natasha,6 serta sepasang kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 2 tahun. Pasangan ini ada cara tersendiri dalam melatih dan mendidik anak-anaknya berpuasa seawal usia 5 tahun.
Menerusi salah satu posting angkasawan negara ini di Instagram, beliau menjelaskan, anak-anaknya telah diajar dan dilatih untuk berpuasa seawal usia 5 tahun.Walaupun tak cukup 30 hari berpuasa, tapi anak-anaknya sungguh bersemangat dan mencuba untuk berpuasa.
“How early for a child to start fasting …. ? We started our girls at the age of 5 years old . It may not be full 30 days but back then they truly tried.”
Dr Sheikh Muszaphar ada kongsikan 5 Tip untuk memudahkan anak-anaknya berpuasa.
1. Beri Galakan
Mungkin ramai mak ayah yang merasakan anak-anak terlalu muda tapi jangan sesekali pandang rendah pada semangat dan keazaman mereka untuk berpuasa.
Mak ayah boleh berikan mereka galakan dengan memberitahu mengapa muslim perlu berpuasa, terangkan kelebihan ramadan dan sebagainya. Jangan lupa puji bila anak-anak berjaya berpuasa walaupun hanya satu hari. Anak-anak mudah faham bila kita memberitahu mereka dalam bentuk cerita. Ia membuatkan mereka mahu menjadi seperti orang dewasa untuk membuktikannya.
2. Buat Mereka ‘Terganggu’
Kadangkala sewaktu lewat petang, anak-anak rasa dah tak mampu bertahan dan hendak berbuka awal. Kebanyakan mak-mak biasanya akan berikan mereka minum sebab tak sampai hati, termasuklah Dr Harlina. Sebaiknya, elakkan. Ajak mereka melakukan sesuatu aktiviti yang boleh lupakan hasrat untuk berbuka. Contohnya bawa ke taman, shopping mall, wrestling game dan sebagainya.
3. Teruskan Jadual Seharian
Anak-anak perempuan saya biasanya tetap melalui jadual yang sibuk semasa bulan ramadan. Dari SJKC, ke sekolah agama, Kumon, TaeKwanDo, Gimnastik, Debate & Public Speaking dan sebagainya. Jadual yang sibuk membuatkan masa cepat berlalu tanpa sedar.
4. Ambil Makanan Tinggi Tenaga sewaktu Sahur
Makan tinggi karbohidrat adalah sangat digalakkan untuk membuatkan anak-anak kenyang sepanjang hari. Anak-anak perempuan saya ambil bijirin oat dan roti sewaktu sahur. Kurma juga bagus. Nasi akan membuatkan rasa mengantuk dan susah nak bangun untuk ke sekolah nanti.
Pastikan anak tidur awal pukul 10 malam selepas terawih dan kejutkan mereka pukul 5 pagi untuk bersahur. Beri mereka tidur sebentar selepas sahur, dan kejutkan pada 6.15 pagi untuk Solat Subuh serta bersiap untuk pergi ke sekolah.
5 . Kekal Hidrasi
Anak perlu minum banyak air kosong untuk kekal hidrasi. Elakkan minuman manis sepanjang masa. Mungkin boleh hadkan minum minuman manis hanya ketika berbuka.
Pada usia 5 tahun, adalah masa yang baik untuk mengajar anak untuk mula berpuasa walaupun hanya setengah hari. Jangan terlalu cepat ‘mengalah’ beri mereka air untuk berbuka awal. Sebolehnya cuba untuk bertahan, dan ajar mereka mengenai sabar. Ramadan itu sendiri mengenai kesabaran.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak ayah nak melatih anak-anak berpuasa di awal usia boleh ikut tips yang dikongsikan ini. Namun demikian dalam mendidik anak untuk berpuasa, jangan sesekali lupa mengajak anak mendirikan solat juga di awal usia.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...