Gadis cari bapa kandung untuk jadi wali, “Saya ditinggalkan ketika berusia 40 hari, ketika ibu dalam pantang. Seorang gadis berusia 19 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai merayu bantuan orang ramai untuk mengesan bapa kandungnya yang telah terpisah sejak dia masih bayi. Gadis ini bakal melangsungkan pernikahan pada September ini.
Gadis Cari Bapa Kandung Untuk Jadi Wali, “Saya Ditinggalkan Ketika Berusia 40 Hari, Ketika Ibu Dalam Pantang
Memetik Sinar Harian Nur Amylia Zulaikha Mohd Faiza berkata, dia kini sedang mencari bapanya, Mohd Faiza Mat Yaman, 42, kerana ingin beliau menjadi wali dalam majlis bersejarah itu nanti. Amylia, dia tidak pernah berpeluang mengenali bapanya sendiri.
“Saya ditinggalkan ketika berusia 40 hari, ketika ibu masih dalam pantang.
“Saya membesar tanpa mengenali wajah ayah, cuma tahu namanya dan sedikit latar belakang sahaja,” katanya.
Tambahnya lagi, ibu bapanya pernah mendirikan rumah tangga pada Disember 2002 dan tinggal di Jalan Ustaz Omar Shukri sebelum bercerai pada Jun 2010. Kali terakhir bapanya dikatakan pulang ke rumah adalah sekitar tahun 2008.
Ads
Amylia yang kini menetap di Kampung Pulau Serai berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki bapanya termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan lama lelaki itu dan mencari ke beberapa kawasan sekitar Serdang serta Kuala Lumpur, namun belum berhasil.
“Sudah beberapa bulan saya berusaha mencari ayah, namun masih buntu. Harapan saya agar dia dapat dikesan secepat mungkin supaya impian saya untuk dinikahkan oleh ayah kandung sendiri tercapai,” ujarnya.
Ads
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali Mohd Faiza, yang dipercayai berasal dari Jalan Baru, Pak Sabah, diminta menghubungi Amylia Zulaikha di talian 010-5960228.
Isteri Along Cham kecewa dituduh curang. Hati wanita mana tidak luluh dan tersakiti bila dituduh curang oleh suami. Itulah yang berlaku kepada isteri Along Cham, Afreena Suhaimi, 29.
Afreena sewaktu ditemubual memberitahu, dakwaan Along menuduh dirinya curang menyebabkan punca perceraian mereka adalah tidak benar. Perkara tersebab tidak diketahui sehinggalah Along mengeluarkan kenyataan kepada media selepas menghadiri prosiding pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang petang tadi.
Sewaktu dihubungi Afreena turut menyatakan apa yang Along perkatakan tentang dirinya adalah sesuatu yang tidak patut.
“Sepatutnya prosiding hari ini sangat ringkas untuk pengesahan lafaz cerai. Namun saya berasa sangat sedih apa yang Along burukkan saya tak patut. Hari ini bukannya untuk fokus mengaibkan pihak mana-mana.
“Tak perlu burukkan dan aibkan sebab kita pernah bersama satu masa dulu walaupun hanya dalam masa singkat.
“Sebenarnya kalau Feena nak buka aib boleh saja tapi Feena rasa tak perlu dikongsi. Sebab masing-masing ada anak dan sudah dewasa,” kongsi Feena.
Feena turut menegaskan dirinya juga tidak pernah curang.
“Saya tak tahu macam mana isu curang itu boleh timbul. Saya menafikan sebab saya tak pernah curang dengan dia. Itu semua hanyalah tuduhan.
“Dia bercakap dengan jelas di hadapan hakim menyatakan definisi curang adalah menipu. Tapi bagi saya, curang itu bermaksud menjalin hubungan sulit.
“Kami sendiri tidak tahu curang yang bagaimana dimaksudkan. Saya terlalu sibuk, saya ada kerja dan karier yang sedang saya kejar. Saya tak ada masa nak buat perkara macam tu,” kongsinya seperti mana dilaporkan Harian Metro.
Afreena turut memberitahu media dirinya tidak pernah mengabaikan anak-anak.
“Saya rasa perkara ini tidak ada kena mengena dengan kes kami. Orang yang kenal saya tahu saya memang jaga anak-anak. Emak mana yang sanggup buang anak,” sambung Afreena yang turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah bermasalah sejak dua bulan selepas berkahwin.
Untuk rekod Afreena mendakwa berlaku lafaz cerai luar mahkamah pada Jun tahun lalu, sebelum membawa perkara itu ke muka pengadilan bagi mendapatkan pengesahan.
Isteri Akbar Sahari meninggal dunia, lama berjuang ‘melawan’ kanser. Pengacara dan pelakon, Akbar Sahari, dilanda duka apabila isteri tersayang, Noorsuzilawati Mohd Noor, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser.
Berita pemergian Allahyarhamah disampaikan oleh rakan baik Akbar yang juga personaliti televisyen, Fedtri Yahya, menerusi hantaran di Instagram pada awal pagi ini.
Kongsi Fedtri, beliau sudah mengenali pasangan tersebut lebih 20 tahun dan pernah diberi penghormatan sebagai pengacara majlis perkahwinan mereka.
“Pagi ini menerima berita duka. Noorsuzilawati binti Mohd Noor, isteri kepada sahabat saya, Akbar Sahari, telah kembali ke rahmatullah.
“Allahyarhamah berjuang sekian lama melawan kanser. Saya sebak mengenangkan kekuatan keluarga ini sepanjang tempoh rawatan dan ujian mereka.
“Kami bersahabat sejak lebih dua dekad lalu. Malah saya sendiri yang mengacarakan majlis perkahwinan mereka suatu ketika dahulu.
“Hidup ini penuh perjuangan, akhirnya kita semua akan kembali kepada Yang Maha Esa. Moga Allah mengampunkan dosa arwah Suzie dan mengurniakan kekuatan buat Akbar serta anak-anak menghadapi kehilangan ini,” luahnya penuh rasa hiba.
Dalam masa sama, Akbar turut memaklumkan mengenai pemergian isteri tercinta menerusi Insta Story dengan memuat naik status ringkas, “Innalillahi wainna ilaihirojiun.”
Difahamkan, Allahyarhamah Noorsuzilawati telah disahkan menghidap kanser usus tahap empat sejak tahun 2020. Malangnya, sel-sel kanser tersebut turut merebak ke bahagian lain termasuk hati, paru-paru dan ovari.
Sebagai info, Akbar kini bergelar pengacara sukan di saluran Astro Arena dan terkenal sebagai hos program Scoreboard bersama Fedtri.
Nikah dah 29 tahun, baru tahu nikah tak sah. Nikah merupakan satu ikatan yang suci dan mulia dalam Islam, yang bukan sekadar menyatukan dua insan, malah mengikat dua keluarga dalam satu jalinan kasih sayang dan tanggungjawab. Ia bukan hanya satu kontrak sosial, tetapi juga ibadah yang dituntut bagi mereka yang mampu.
Dalam surah An-Nur ayat 32, Allah SWT memerintahkan agar orang yang belum berkahwin dikahwinkan supaya dapat menjaga maruah dan kehormatan diri serta menjauhkan diri daripada fitnah dan maksiat. Melalui nikah, hubungan lelaki dan wanita yang sebelumnya asing menjadi halal, disulami dengan rasa cinta, saling percaya dan saling melengkapi.
Lebih daripada itu, nikah juga menjadi wasilah untuk membina keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah. Ia mendidik suami dan isteri supaya belajar memberi dan menerima, serta memupuk sifat sabar dan tolak ansur dalam mengemudi bahtera rumah tangga.
Namun bagaimana pula situasi apabila pernikahan tidak sah? Apatahlagi sudah sekian lama hidup bersama tetapi akhirnya didapati pernikahan itu tidak sah?
Baru-baru ini ketika saya berada di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh, selepas selesai sebutan kes yang saya kendalikan saya duduk sebentar.
Sebabnya, saya nak dengar satu kes bicara Pengesahan Nikah seorang mak cik yang dah berusia. Saya kata, mesti ada isu yang pelik sehingga menyebabkan kes ini dihadapan Mahkamah. Tanpa peguam pulak tu.
Setelah disoal panjang oleh Yang Arif Hakim, rupanya mak cik ini dulu pada tahun 1996 bernikah secara Wali Hakim Nikah Sindiket. Ini kerana ayahnya (wali sebenar) berada di luar dari Perak.
Mahkamah terus ‘shortcut’ dan tunjukkan satu kertas yang merupakan salinan Fatwa daripada Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak pada 10 Jun 1997.
Fatwa tersebut ringkasnya memutuskan bahawa “Pernikahan yang telah dinikahkan secara Wali Hakim oleh Bekas Naib Qadhi Gopeng bernama Mohd Jamil Bin Kechil selepas tarikh 22 Julai 1989 adalah TIDAK SAH kerana telah dilarang oleh Qadhi yang ketika itu bertindak sebagai wakil Sultan”.
Terkejut saya, siap ada Fatwa lagi. Dan Fatwa ini telah digazetkan dalam Negeri Perak sejak 1997 lagi.
Maka, terkejutlah mak cik tersebut bila Mahkamah menyatakan perkahwinannya tidak sah. Sudahlah telah berkahwin sejak sekian lama. Nak nikah semula pun, suami telah meninggal dunia.
Perkahwinan ini dinamakan sebagai Nikah Fasid iaitu perkahwinan yang Syarat Sah Nikah tersebut rosak. Ini kerana, seorang wanita yang hendak mendapatkan Wali Hakim, ia mesti datang daripada Perintah Mahkamah untuk pelantikan Wali Hakim sebenar.
Maka, jika mereka tidak tahu akan perkara ini, pasangan tersebut boleh bernikah semula mengikut undang-undang dan Hukum Syarak yang sebenar. Namun, dalam kes Mak Cik ini, suaminya telah meninggal dunia. Apakan daya.
Anak-anak yang lahir daripada pernikahan fasid ini statusnya adalah Anak Wati’ Syubhah iaitu anak yang lahir daripada persetubuhan yang meragukan. Ia berbeza dengan anak tak sah taraf.
Namun, jika dari awal pihak-pihak ini telah tahu pernikahan tersebut memang tidak sah, namun memejamkan mata sahaja, anak tersebut tetap dianggap Anak Tak Sah Taraf.
Anak wati syubhah boleh dinasabkan kepada bapanya dan berhak untuk menerima Perwalian bagi pernikahan serta hak perwarisan untuk mewarisi Pusaka si bapanya.
Namun, mereka mesti mendapatkan satu Perintah Pengesahan Nasab daripada Mahkamah untuk mengesahkan status ini bagi menghilangkan keraguan dan berhak untuk mewarisi pusaka simati sebagai waris yang sah.
Pernikahan anak-anak Wati’ Syubhah yang mana bapanya dinikahkan oleh bapa kandungnya adalah sah disisi Mazhab Syafie. Itu tidak menjadi salah kerana hak perwalian mereka ada.
Jadi, tak perlu untuk membuat Permohonan Faraq Nikah untuk bernikah semula dengan pasangan. Berbeza dengan Anak Tak Sah Taraf yang dinikahkan oleh bapa biologi, tapi bapanya tidak ada hak perwalian kerana anak tak sah taraf hanya dinasabkan kepada ibunya sahaja.
Kesimpulan daripada penulisan ini, saya berharap ia dapat dipanjangkan kerana orang-orang yang telah berkahwin dengan Wali Hakim yang telah tidak ada tauliah bahkan telah diwartakan oleh Fatwa Negeri Perak pada tahun 1997 ini sampai ke pengetahuan mereka.
Minta tuan, puan semua yang mengenali atau mengetahui mereka yang telah terkahwin secara wali hakim dengan pihak berkenaan, boleh membuat pengesahan nikah dan nikah semula dengan pasangan jika pasangan masih hidup.
Jika tidak, hak anda sebagai isteri khususnya dalam mempusakai harta suami akan terlepas. Semoga penulisan ini sikit sebanyak memberikan info kepada anda. Bukan semua orang tahu Fatwa ini.
Opah Strawberi tampil memohon maaf selepas tular isu membalas komen netizen dengan perkataan kasar. Usahawan terkenal itu mengakui kesilapan dan berjanji lebih berhati-hati dalam komunikasi selepas ini.