
Pelakon, Afifah Nasir mengumumkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Afifah berkongsi foto imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.


View this post on Instagram

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

Pelakon, Afifah Nasir mengumumkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Afifah berkongsi foto imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.



Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Saharul Ridzwan jual kereta honda milik isteri. Sebelum ini ramai yang berasa sebak apabila pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan dirinya terpaksa menjual kereta milik isterinya, Deena Amir.
Ternyata perkongsian tersebut sangat menyentuh hati warganet. Apatah lagi kenderaan jenis Honda Jazz itu sangat istimewa sementelah ia hadiah ulang tahun keempat perkahwinannya dengan Deena.
Saharul telah berkahwin dengan Deena atau nama penuhnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 16 September 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan bahagia itu diserikan dengan kehadiran tiga orang anak iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahra, 5, dan Khadijah Alkubraa, 2.
Untuk rekod sebelum ini Saharul menjual aset-aset peribadi lain seperti kereta Mercedes Benz dan sebuah kondominium di Cyberjaya pada tahun lalu.
Perkara itu dilakukan untuk mengurangkan beban kewangan dan kestabilan keluarga.
A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)
Terbaru menerusi perkongsian video Instagram akaun @rd_garage_ dan @fglmotorsports, wakil jualan kenderaan berkenaan menerusi laman sosial Instagram Saharul beralih kepada Kenderaan Serba Guna (MPV).
Tidak lagi memilih kenderaan jenis sedan atau hatchback, Shaharul membeli sebuah Toyota Alphard baharu.
“Terima kasih atas kepercayaan, Saharul Ridzwan ! Hari penyerahan yang cukup bermakna bersama seorang gentleman sejati, soft spoken dan family man yang saya hormati.
“Bukan kali pertama berurusan, tapi setiap kali tetap rasa istimewa. Semoga kenderaan baru ini membawa lebih banyak momen indah bersama keluarga tercinta!” kongsi akaun @rd_garage_ dan @fglmotorsports.
Pada video tersebut Saharul dilihat bersama isteri dan anak-anak di bilik pameran kereta untuk mengambil kenderaan baharu mereka.
Video tersebut juga jelas memaparkan kegembiraan mereka anak-beranak menerima kenderaan baharu dibeli.
Kata Saharul, dirinya terdahulu berminat dengan Toyota Voxy sebelum memilih Toyota Alphard.
“Dulu masa saya tolak (jual) Mercedes, saya tanya Toyota Voxy.
“Selepas setahun, Alhamdulillah ALLAH beri rezeki. Rezeki anak-anak,” katanya.
A post shared by FGL Motorsports (@fglmotorsports)
A post shared by 𝗠𝗛𝗗.𝗔𝗟𝗜 𝗥𝗜𝗗𝗛𝗢 (@rd_garage_)
Baca Disini : Mengaji Marathon 12 Jam Tanpa Henti, Saharul Ridzwan Pun Ikut Serta
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!
Isteri dominan bukan Queen Control tapi powerhouse keluarga. Dalam masyarakat hari ini, istilah “wanita dominan” sering disalah tafsir sebagai wanita yang mengawal segala aspek rumah tangga tanpa memberi ruang kepada suami. Ada yang melabel mereka sebagai “queen control”, sedangkan hakikatnya sangat berbeza.
Wanita dominan bukan bermaksud mereka mahu mengambil alih peranan suami, tetapi lebih kepada kemampuan dan keupayaan mereka memimpin dan menyumbang kepada keluarga dalam pelbagai aspek.
Golongan wanita ini lazimnya mempunyai latar belakang kerjaya yang kukuh, berpendidikan tinggi serta memiliki daya kepimpinan yang jelas. Mereka tegas dalam membuat keputusan, tetapi dalam masa yang sama sangat mengambil berat tentang kebajikan keluarga.
Persoalannya, adakah rumah tangga akan lebih bertahan apabila dikemudi oleh isteri yang dominan? Mari kita lihat hujah dan fakta di sebalik tanggapan ini.
1️⃣ Ramai yang salah faham apabila menganggap isteri yang dominan sebagai isteri ‘queen control’. Sebenarnya, itu satu tanggapan yang tidak tepat. Seorang isteri yang ‘queen control’ mungkin kelihatan lemah lembut, tetapi dalam masa yang sama bersikap tidak yakin sehingga tidak membenarkan suami keluar rumah langsung.
2️⃣ Isteri yang dominan kebiasaannya adalah wanita yang mempunyai visi dan matlamat hidup. Mereka sering memegang peranan sebagai pembuat keputusan di tempat kerja atau menjadi pemimpin dalam perniagaan. Keyakinan diri mereka juga sangat tinggi.
3️⃣ Mereka sentiasa menginginkan yang terbaik untuk keluarga. Isteri yang sebegini gigih bekerja dan menyediakan dana pendidikan anak-anak. Mereka tidak mudah menyerah kalah. Jika suami kekurangan kewangan, isteri dominan sedia membantu dan menjadi sokongan yang kukuh.
4️⃣ Kebiasaannya mereka tidak suka membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Duit yang diberikan oleh suami tidak dibelanjakan sesuka hati. Sebaliknya, mereka menggunakannya dengan bijak dan berstrategi demi masa depan keluarga. Mereka bukan jenis yang berbelanja tanpa hala tuju.
5️⃣ Kewangan keluarga lebih terurus dengan wanita yang bersikap dominan. Mereka sangat berdisiplin dalam menguruskan aliran keluar masuk wang. Mereka tahu bila perlu membuat pelaburan dan bila perlu berbelanja.
6️⃣ Wanita dominan adalah pemimpin di luar rumah. Oleh itu, apabila bergelar isteri, kadangkala sifat kepimpinan itu terbawa-bawa ke dalam rumah tangga. Namun begitu, mereka bersuara hanya apabila perlu.
7️⃣ Kemahiran pengurusan manusia mereka sangat cemerlang. Anak-anak selalunya rapat dan menyayangi ibu yang dominan kerana ibu sebegini tidak terlalu keras atau terlalu lembut. Mereka lebih terbuka dalam berkomunikasi serta bersikap mesra. Anak-anak berasa selamat kerana mempunyai ibu yang kuat dan tegas, bukannya lemah seperti “puding jagung”.
8️⃣ Suami pula lebih tenang kerana boleh mengharapkan isteri yang dominan untuk menjaga anak-anak jika sesuatu terjadi. Wanita yang dominan mempunyai keupayaan dalam pelbagai hal. Mereka bukan jenis yang hanya menangis di tepi katil apabila ditimpa ujian, sebaliknya terus berusaha dan bangkit.
Wanita dominan bukanlah ancaman kepada kestabilan rumah tangga, malah mereka boleh menjadi tunjang yang menguatkan institusi keluarga. Dengan keupayaan mengurus kehidupan, membuat keputusan bijak, dan memberi sokongan kepada suami serta anak-anak, wanita dominan terbukti mampu menjadikan rumah tangga lebih kukuh dan terarah.
Apa yang penting ialah keseimbangan peranan antara suami dan isteri. Jika suami tidak merasa tercabar, dan isteri tidak melampaui batas, maka dominasi yang wujud sebenarnya adalah satu bentuk kepimpinan bersama yang saling melengkapi. Rumah tangga tidak goyah hanya kerana wanita dominan—ia goyah bila tiada persefahaman dan saling hormat antara pasangan.
Sumber: Marlia Ramli
Baca artikel lain juga: Lelaki Lebih Bahagia Kalau Kahwin Isteri Garang, Ini Faktanya
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!
Ketika anak-anak lain seusianya sibuk dengan permainan dan dunia remaja, Nur Amna Qaleesya sudah pun mengukir nama di pentas dunia.
Anak kepada penyanyi terkenal, Lan Solo dan Nur Sheila Hassim ini baru berusia 14 tahun, namun telah mencipta sejarah sebagai juara kategori tarian kuartet dalam pertandingan berprestij “Etoiles De Paris” UAE-England-France 2025 yang berlangsung di Paris baru-baru ini.
Lebih membanggakan, Amna bukan hanya membawa pulang trofi untuk dirinya, tetapi juga mengharumkan nama Malaysia di mata dunia bersama tiga lagi rakan sepasukan dari Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSEMKL). Mereka berjaya menewaskan wakil dari tujuh buah negara lain termasuk Ukraine, Indonesia dan Armenia, sekaligus merangkul hadiah utama Grand Prix.
Pastinya kejayaan ini menjadi kebanggan keluarga, malah peluang mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa malam tadi cukup mengharukan Lan Solo atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof.
Alhamdulillah.. hadiah hari Jumaat yg indah utk team tari Sekolah Seni Malaysia KL 😍
Tahniah buat semua yg terlibat! Ddy tak tau nak tulis apa sbb ddy takdak kat sana..😅 nanti korang balik korang story2 la k!
Apa2 pon tahniah buat seluruh kontinjen Malaysia 🇲🇾!
Kami bangga 🫶🏼!
Penyanyi itu sememangnya yang tidak menyangka anak perempuan sulungnya itu mampu meraih kemenangan setinggi itu. Tetapi Lan Solo mengakui Amna telah berjaya mengatasi pelbagai cabaran untuk sampai ke tahap ini.
“Saya tak pernah bayangkan dia akan sampai sejauh ini. Dia memang berbakat dan ini adalah hasil kerja keras dan komitmennya dalam dunia seni,” ujar Lan dengan penuh rasa bangga.
Sejak kecil, saya tahu Amna berbeza. Dia ada cahaya semangat bila menari. Minatnya pada tarian moden dan K-Pop bukan sekadar suka-suka — dia belajar, dia latih diri, dan paling penting, dia tak pernah kenal erti putus asa. Bila saya dan Lan nampak kesungguhannya, kami tahu, sokongan kami adalah kunci kepada sayap impiannya.
Dan benar, setiap langkah kecil yang kami iringi dulu kini membawa dia ke pentas dunia. Amna bersama tiga lagi pelajar dari Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSEMKL) berjaya menewaskan wakil dari tujuh negara lain termasuk Ukraine, Indonesia, Kyrgyzstan dan Armenia, sekaligus membawa pulang Grand Prix – hadiah utama yang tak ternilai!
Sebagai seorang ibu, tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan melihat anak sendiri berdiri megah di pentas antarabangsa, apatah lagi pada usia 14 tahun.
“Saya masih ingat lagi, waktu Amna mula-mula tunjuk minat menari — umur dia baru 6 tahun. Bukan di pentas gah atau kelas tari profesional, tapi depan cermin bilik tidur, meniru gerak tari K-Pop dari YouTube.
Masa tu, saya cuma senyum. Dalam hati saya terdetik, “anak mak ni, lain macam semangat dia,”ujar Sheila yang turut menemani anak gadisnya di kota Paris.
A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)
Saya dan suami, Lan Solo, tak mampu tahan air mata. Bukan sebab bangga semata, tapi sebab kami tahu apa yang telah dikorbankan untuk sampai ke titik ini.
Amna bukan anak yang dilahirkan terus dengan kelebihan. Bakatnya memang ada, tapi yang lebih besar adalah usaha kerasnya dan segala pengorbanan yang dia lalui dalam diam”.
Ditanya kepada Sheila perasaanya sebagai seorang ibu yang menyaksikan perjalanan anaknya untuk menyertai pertandingan tersebut, isteri kepada Lan Solo ini sempat menitipkan pesanan untuk ibu bapa meletakkan kepercayaan kepada anak-anak dalam apa jua bidang atau minat mereka
“Percayalah pada anak kita walaupun orang lain belum nampak sinarnya. Kita mungkin bukan jurulatih mereka, bukan guru tari mereka, tapi kita adalah sistem sokongan terbesar mereka. Kata-kata kita, pelukan kita, dan doa kita, itulah tenaga yang akan bawa mereka lebih jauh daripada yang kita bayangkan.
Kejayaan Amna bukan hanya milik dia, tapi milik semua ibu yang tak pernah berhenti memberi ruang dan semangat pada anak-anak yang sedang mengejar mimpi, “ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
