6 hari terperangkap dalam kontena dari Bangladesh, kanak-kanak ditemui lembik tak bermaya. Gara-gara tertidur di dalam kontena, seorang kanak-kanak dari Bangladesh tidak menyangka akan menempuh perjalanan sejauh ini.
Tanpa makan dan minum dipercayai enam hari, dirinya sudah lembik saat diselamatkan oleh anggota Polis Bantuan Pelabuhan.
Memetik laporan Berita Harian, seorang kanak-kanak lelaki warga Bangladesh ditemui dalam kontena yang baru tiba di Pelabuhan Barat (Westport), Pelabuhan Klang, malam semalam.
Ads
Kapal berkenaan dilaporkan berlepas dari sebuah pelabuhan di Bangladesh pada 13 Januari lalu.
Beginilah keadaannya ketika diselamatkan
Ads
Video mengenai penemuan kanak-kanak ini dikesan tular di media sosial selepas terkunci dalam kontena berkenaan selama lebih kurang enam hari.
Kandungan video berdurasi 56 saat itu memaparkan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan lemah tidak bermaya keluar dari kontena sebaik pintunya dibuka oleh anggota Polis Bantuan Pelabuhan.
Berdasarkan maklumat sumber, seorang daripada kakitangan pelabuhan dikatakan terdengar bunyi ketukan dari dalam kontena itu.
Ads
Dipercayai siasatan awal kanak-kanak itu dipercayai tertidur di dalam kontena dan tidak menyedari ia diangkut ke dalam kapal dan berlepas dari pelabuhan.
Kanak-kanak terbabit kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan turut menjalani proses dokumentasi.
Sumber turut memaklumkan bahawa kanak-kanak itu akan dihantar pulang ke negara asal menggunakan kapal sama Sabtu ini.
Pelajar tingkatan 4 ditangkap berkhalwat dalam hotel bajet, beri alasan sambut tahun baharu. Dalam surah Al-Isra ayat 17:32, kita dilarang menjauhi zina kerana ia perbuatan keji dan membawa kerosakan.
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Bangga kepada perbuatan maksiat akhirnya menjerumus seorang pelajar tingkatan 4 ditangkap khalwat di malam tahun baharu. Di saat sebahahagian rakan sebaya masih takut-takut keluar rumah tetapi pelajar ini ditangkap di sebuah hotel bajet di Kelantan.
Memetik laporan Harian Metro, pelajar tingkatan empat ditahan selepas disyaki berkhalwat bersama seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dalam sebuah hotel bajet di sini, pagi tadi.
Pelajar berkenaan ditahan pada jam 4 pagi menerusi Operasi Ambang 2023 oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, remaja berkenaan memberi alasan keluar untuk menyambut tahun baru 2023.
“Ketika operasi, remaja terbabit disyaki duduk berdua-duaan di bilik hotel dalam keadaan yang mencurigakan.
“Pasangan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana kesalahan khalwat yang menimbulkan syak dan bertentangan dengan hukum syarak.
“Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, pada operasi sama bermula 4 petang dan berakhir 4.30 pagi itu, seramai 11 wanita diberi notis kehadiran khidmat nasihat kerana berkelakuan tidak sopan, manakala satu kes diberi amaran keras.
Menurutnya, fokus utama operasi adalah untuk memantau dan menyedarkan masyarakat berkenaan kesalahan syariah.
“Kita menasihatkan kepada semua supaya tidak melakukan kesalahan syariah termasuk kemungkaran dan sentiasa menjaga diri.
“Selain itu, pihak kita juga mengedarkan risalah berkaitan kesalahan syariah kepada orang awam termasuk di pasar raya dan tempat tumpuan ramai untuk memberi kesedaran kepada masyarakat,” katanya.
Untuk perkongsian bersama, zina tidak hanya merujuk kepada syahwat semata tetapi zina mata, hati, lidah dan lain-lain anggota juga terjadi.
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Yusof Haslam masih berharap Sarah ubah keputusan, pujuk menantu jangan minta cerai. Rasa kasih dan sayang kepada menantu membuatkan Datuk Yusof Haslam memujuk agar Puteri Sarah mempertimbangkan keputusannya meminta cerai.
Puteri Sarah yang sebelum ini memaklumkan akan membuat permohonan cerai Isnin akan datang di mahkamah syariah nekad dengan keputusannya selepas berbincang dengan keluarga.
Memetik laporan Berita Harian, penerbit popular, Datuk Yusof Haslam memujuk menantu, Puteri Sarah Liyana agar menimbang semula keputusan mahu menuntut cerai daripada anaknya, Syamsul.
Akur pendirian dibuat Puteri Sarah seperti yang diumumkan semalam, Yusof bagaimanapun menaruh harapan agar perceraian anak dan menantunya itu tidak akan berlaku.
“Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu.
“Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.
Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan,” katanya kepada BH Online.
Semalam, BH Online melaporkan, Puteri Sarah, 38, mengesahkan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, Isnin ini.
Puteri Sarah dilaporkan berkata, dia enggan melengahkan masa dan mahu memfailkan perceraian segera.
Selain itu, katanya, keputusan untuk berpisah dibuat atas persetujuan keluarga.
Puteri Sarah juga dilaporkan mahu mencari ketenangan dan memulakan hidup baharu.
Keputusan Puteri Sarah itu juga disahkan peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu.
Yusof berkata, sebagai orang tua, dia sentiasa mendoakan supaya ada sinar di hujung terowong di sebalik apa yang berlaku.
Bagaimanapun, jika perceraian adalah jalan terbaik dan mampu memberi ketenangan kepada Puteri Sarah, Yusof mengaku, tiada ikhtiar lain yang boleh dilakukan selain terpaksa akur dengan kehendak menantunya itu.
Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu.
Namun, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Susulan pengakuan Syamsul berhubung pernikahan keduanya dengan Ira Kazar di Thailand serta penjelasan di sebalik kontroversi terjadi, topik terbabit hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam Twitter.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.