Kornea Mata Suami Rosak, Dah Setahun Hilang Sebelah Penglihatan Gara-gara Pakai Contact Lens

Kornea mata suami wanita ini alami kerosakan. Sampai membuatkan dia hilang sebelah penglihatan. Gara-gara penggunaan contact lens. Cerita tentang mata ini bermula dari sebuah status yang dikongsi ibu anak tiga ini dalam sebuah grup masakan glamour, Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Sekeping gambar menu makan malam dengan sebuah catatan caption dari posting Puan Maria Adam ini mengundang sayu di hati.

Suami saya anak orang susah, besar dengan ikan goreng dan telur. Telur tu kadang dia kata dia orang guna minyak buat kuah.

Tambahnya lagi, “Saya dari family agak ada-ada. Makanan memang muai dari saya kecil sampailah sekarang. Bila kahwin dengan suami, dia selalu pelik dengan makanan saya, penuh satu meja.

Dia kata U masak telur mata dah. I makan dengan kicap. Kita ni jadi isteri tak sampai hati.”

Lebih sayu bila beliau sambung dengan kisah ini, “Hari ini satu hari keluar berjalan makan macam-macam. Dia drop saya kat rumah dan ambil kereta kat workshop.”

Masuk pagar hari jadi sayu sebab next week, dia akan buat cornea surgery. Last year dah buat tapi fail. So he lost one eye. Tahun ini dia nak buat lagi sekali. Next week dia masuk surgery.”

Saya call tanya, “Nak makan tak malam ni?” Kata dia nak. Tapi nak ikan goreng garing dengan kicap macam makwe boleh tak?

IKLAN

Makwe tu arwah nenek yang bela dia.

I said yes, terus meleleh air mata.

Ini kita panggil lauk untuk kekasih hati. Hari dia masuk operation 23hb. Tarikh 27hb tu wedding anniversary kami yang ke-25. Doakan suami saya get his sight back dan dia sihat semula ya.

Sebelum Pakai Contact Lens Kena Alert 3 Perkara Ini

Mingguan Wanita menghubungi Puan Maria untuk mengetahui lanjut tentang keadaan suami yang kehilangan sebelah penglihatan.

Kornea mata dia rosak. Doktor suspek dari penggunaan contact lens ataupun kuman habuk. Bila dimasukkan ubat dan antibiotik, kuman tak nak respons

IKLAN

Kata doktor, kuman ganas.

Sebab itulah Maria menasihatkan anda yang memakai contact lens berjaga-jaga dengan 3 perkara ini:

1. Jangan beli contact lens yang kat tepi jalan.
2. Elakkan pakai contact lens lebih 8 jam.
3. Kena jaga mata dari persekitaran yang berhabuk.

Jadi tahun lepas dia orang beli kornea dari USA. Dan gantikan kornea. Tapi kornea itu, badannya tak boleh terima. Dah setahun dia hilang sebelah penglihatan.

IKLAN

Tahun ini, bulan ini sekali lagi suaminya akan menjalani pembedahan menukar kornea yang baru.

Sementara tunggu setahun untuk urat sarafnya kuat, dah naik katarak pula. Kali ini kena buat surgeri katarak dan lepas tu tukar kornea baru.

Anak Kedua Sindrom Down Dan Sakit Jantung

Buat masa ini suaminya masih bekerja di bank. Cuma tak lagi boleh buat kerja-kerja luar atau berat macam dulu. Setakat kerja-kerja pejabat yang tak berikan beban.

Tahun 2004, wanita ini berjualan online. Anak kedua mereka pula disahkan sindrom down dan sakit jantung. Kini sudah 15 tahun usianya. Bersekolah di sekolah khas.

Niaga online tu nak cari duit poket.” Anak sulungnya sudah pun berusia 22 tahun dan yang bongsu, dalam darjah tiga. Bersekolah di belakang rumah mereka saja.

Dekat 13 tahun berjualan online, wanita ini pernah dijemput oleh pihak universiti di Amerika Syarikat untuk berkongsi ilmu jualan online bersama Top USA Internet Marketer yang lainnya.

Sumber/Foto : Maria Adam

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI