Ambil tahu masalah keluarga terdekat atau jiran tetangga. Bimbang jika dibiarkan tanpa siapa pun ambil peduli, sudahnya begini pengakhirannya.

Kejamnya seorang bapa. ‘Tergamak campak tiga anak sebelum terjun jejambat.” Entah apa di fikiran bapa ini sehingga sanggup berbuat sedemikian.

Tidak dapat bayangkan bagaimana emosi sang ayah dan anak-anak apabila bergelut dengan kematian. Allahuakbar!

Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Bergaduh, Menantu Bukan Jenis Baran.’ Lelaki Larikan Diri Selepas Kelar Isteri, Anak

Kejamnya Seorang Bapa

Lelaki warga Myanmar bertindak kejam apabila mencampak tiga kanak-kanak dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berketinggian 20 meter berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya di sini sebelum dia sendiri bertindak terjun dari jejambat berkenaan.

Kejadian pada 5.50 pagi itu menyebabkan dua kanak-kanak masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia enam hingga lapan tahun serta lelaki terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mengalami kecederaan parah.

Tergamak Campak Tiga Anak

“Berdasarkan kenyataan saksi, lelaki berusia 38 tahun terbabit dilihat berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak, manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya.

IKLAN

“Saksi cuba menghampiri lelaki berkenaan namun secara tiba-tiba lelaki itu terus mencampakkan kanak-kanak yang dikendong dan dipimpinnya dari jejambat MRR2, lelaki berkenaan juga bertindak terjun,” katanya satu dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, semua mangsa ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya.

“Lelaki dan dua orang kanak-kanak Myanmar berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang kanak-kanak yang parah dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan memandangkan keadaan mangsa yang sangat kritikal.

“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman di perut dan juga keretakan pada rusuk kirinya,” katanya.

Sebelum Terjun Jejambat

Menurutnya, semua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

IKLAN

Difahamkan, lelaki berkenaan dan seorang kanak-kanak perempuan memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta tampil memberikan keterangan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan GS Baldev Singh di talian 012-480 6062 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222,”katanya.

Baca Juga Di Sini:

“Saya Mahu DiSayangi.” Sedih DiTinggalkan Suami, Seorang Ibu Tergamak Cederakan Anak-Anak

“Suami Tak Mahu Anak Ini.” Kehamilan Yang Tidak Diingini, Kasihan Bayi Dalam Kandungan

IKLAN

“Semata-Mata Kerana Mahukan Anak Lelaki.” Seorang Bapa Sanggup Ambil Nyawa Bayi Perempuannya

Mingguan Wanita : Bila kejadian seumpama ini berlaku, baru kita sedar bahawa pentingnya kita menjaga tepi kain orang. Ambil tahu masalah keluarga terdekat atau jiran tetangga. Bimbang jika dibiarkan tanpa siapa pun ambil peduli, sudahnya begini pengakhirannya.

Sumber: myMetro

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI