Semakin lama semakin berat tugas mak ayah dalam mendidik anak-anak. Semoga Allah mempermudahkan urusan mak,ayah semua.

‘Zaman sekarang kesabaran anak mula berkurang.’ Cabarannya mak ayah kena kawal anak-anak sebaik mungkin. Ini ujian berat buat mak,ayah yang mempunyai anak yang sedang membesar.

Bukan hanya anak-anak, mak ayah pun sabarnya tak sebanyak zaman dahulu. Dalam dunia sekarang dengan kepesatan teknologi membuatkan anak-anak sukar dididik untuk bersabar.

Ikuti perkongsian santai Hilmi Jailani dan dalam masa yang sama hadam baik-baik mesej yang disampaikan:

Zaman Sekarang

Teringat zaman 20 tahun dulu. Tengah seronok tengok televisyen mak datang bawak vakum. Inilah antara moment mencabar kesabaran seorang budak.

Cerita power rangers kot. Jangan buat main. Bunyi vakum waktu itu pula tak nak kalah. Boleh bergegar dinding rumah jiran. Time mak ON vakum itu sedang elok time power rangers tengah nak bertukar.

Dia punya geram ya Rabbi. Mak ni macam saja nak uji kita.

Artikel Berkaitan: 

Bab Didik Anak, Hanis Zalikha Tegas Dalam Lembut “Saya Tak Garang”

IKLAN

Mak Ayah HEBAT Bila Berjaya Didik Anak Jaga ADAB & SOPAN Tingkahlaku

Kesabaran Anak Mula Berkurang

Tapi lama-lama rasa geram tu hilang sendiri. Nak buat macam mana, mak lagi garang dari zordon.

Bila dah remaja ni, ingat balik, zaman itulah rupanya membina nilai sabar yang mahal harganya.

Zaman di mana sudah terlepas cerita tak boleh nak tarik ulang semula. Malah di zaman di mana terlepas cerita nak tunggu ulangan belum tentu bila.

Zaman di mana iklan tak boleh ditekan skip. Zaman di mana waktu iklan itulah kita berlari untuk makan, solat dan sidai kain.

IKLAN

Cabarannya Mak Ayah

Berbeza sungguh dengan zaman sekarang. Sebab itu ada pakar buat kajian, zaman sekarang kesabaran anak-anak mula berkurang.

Antara faktornya ini lah dia.

Mereka membesar di zaman tak perlu tekan apa-apa butang, cerita baru akan play secara automatik.

Malah, mereka membesar di zaman terlepas cerita boleh ulang-ulang-ulang sampai lebam.

Mereka membesar di zaman iklan boleh tekan skip atau boleh bayar premium untuk remove semua iklan tersebut.

IKLAN

Kena Kawal Sebaik Mungkin

Maka tugas berat untuk kita mak ayah.

Kawallah sebaik mungkin. Sekali sekala tetapkan jadual hiburan supaya mereka kekal membumi di dunia nyata.

Selebihnya kita doakan teknologi ini memberi natijah yang baik untuk generasi kita akan datang.

Mingguan Wanita : Semakin lama semakin berat tugas mak ayah dalam mendidik anak-anak. Semoga Allah mempermudahkan urusan mak,ayah semua.

Sumber : Hilmi Jailani

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI