“Ya Allah, cantik sungguh aturan Allah. Semoga dipermudahkan segalanya buat Mika, Aunty Ina (Zarina) doakan berkekalan hingga ke Jannah,” itulah antara luahan kata pelakon, Zarina Zainuddin selepas pelakon dan penerbit Sheila Rusly memuat naik video bakal menantunya memeluk Islam.
“Ya Allah, Cantik Sungguh Aturan Allah”
Allahu terharu apabila melihat video yang dipaparkan oleh Shiela Rusly sewaktu bakal menantunya memeluk Islam. Sebaik mengucap dua kalimah syahadah, Baetrice atau dipanggil Bae gagal menahan air mata apabila sudah bergelar mualaf.
Pada waktu itu, Sheila menemani kekasih anaknya, Luth Mikhail iaitu Baetrice Chitra untuk memeluk Islam di sebuah masjid.
Sheila dan keluarga juga turut hadir menjadi saksi kekasih anaknya itu mengucap dua kalimah syahadah dengan bimbingan seorang ustaz.
Malah Luth juga kelihatan menangis teresak-esak tatkala menyaksikan teman wanitanya memeluk Islam.
Ads
“Alhamdulillah…” itulah luahan Sheila Rusly menerusi akaun Instagramnya.
“Sebak Tengok Video Ini”
Malah menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan terbaik buat bakal menantu dan keluarga Shiela Rusly.
“Alhamdulillah. sebak tgk video ni. congrats lil bro @luthmikhaill” tulis Dayana Roza.
“MasyaAllah…Cantiknya Sis..Sebak Lak Tgk Bideo ni..Semoga Sis & Keluarga Sentiasa Di Dalam Rahmat Kasih Sayang Allah” Ucap Nurkhiriah pula.
Ads
Saat hidayah datang menyapa, tiada siapa dapat menghalangnya. Biarpun perkahwinan mungkin dijadikan alasan untuk menganut agama Islam, namun tanpa petunjuk-NYA, kita bukanlah sesiapa.
Semoga Bae terus mendapat keberkatan dalam perjalanan barunya ini dan penyatuan Luth serta Bae nanti akan diberkati dengan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke syurga.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Teryata bukan mudah menjaga inner peace. Kadang-kadang mak-mak seolah tidak memikirkan sesuatu berkara, namun dalam tak sedar kita fikirkan jua. Sudahnya hati jadi tidak tenteram seterusnya terganggu emosi.
Sesungguhnya setiap orang miliki cara yang tersendiri menjaga inner peace. Oleh itu jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain, jadi ini adalah salah satu caranya menjaga inner peace.
Ikuti perkongsian Puan Siti Suryani Yaakop dan fahami apa yang dia cuba sampaikan:
Menjaga inner peace…
Pertama, usah bagi nasihat pada seseorang kecuali saat dia minta. Menasihati ketika orang hendak dengar ilmu. Menasihati masa orang tak sedia mendengar; bebel. Lepas bebel kita pula naik marah.
Kedua, hendak bangkang apa-apa, cukuplah dua kali saja. Supaya sekurang-kurangnya orang tahu kita pun ada pandangan dan prinsip kita sendiri. Banyak kali cakap sakit jiwa dibuatnya. Lagi-lagi dengan orang yang otak dia tak duduk berdekatan dengan telinga.
Ketiga, terutama sekali jangan bercakap banyak masa marah. Jauh. Diam. Sampai kita tenang semula. Kalau sudah jadi panjang-panjang, berhenti. Marah ini tidak akan pernah elok akibat dia. Nanti yang menyesal, kita juga.
Seterusnya, kena faham satu perkara. Bukan semua orang baik pada kita itu baik dengan kita. Bukan semua orang tak tunjuk baik pada kita itu tidak baik dengan kita. Faham benda ni, senang cerita. Jangan banyak sangat berkecil hati. Nanti hati susah nak jadi besar.
Selain itu juga, akan sentiasa ada orang tak suka kita dalam hidup ni. Kadang kita tak buat apa pun pada dia. Kadang tak kenal pun dia. Mudah saja. Biarkan. Bukan dia bagi kita makan.
Di samping itu, selagi namanya bincang, tone suara sentiasa rendah dan terjaga. Kalau sudah tinggi suara, itu gaduh namanya. Setiap benda pasti ada cara diselesaikan. Dengan baik. Dan baik-baik. Kalau dah tinggi suara, bukan dah tu. Jauh dulu.
Kita ni kalau buat baik 10 kali, orang tak kata. Buat salah sekali, 10 kali orang mengata. Terangkan. Sekali saja. Cukup. Nak kata juga, takpa. Fahamkanlah diri kita. Dia itu kan memang manusia. Kalau kambing senang. Tak cakap apa.
Abaikan Perkara Yang Tak Penting
Jangan komen untuk benda picisan yang kita tak tahu menahu dan tak penting diambil tahu. Kadang benda langsung kita tak payah sibuk inilah yang paling sibuk kita nak buat sibuk.
Jangan lupa, hormat diri kita untuk dihormati. Pandangan pertama orang pada kita sangat penting. Kalau kita tak jaga, susah nak baiki lagi di lain masa. Ini bukan pasal fake atau tak fake. Ini pasal adab.
Tidak ada benda lebih penting dalam dunia ini lebih dari famili. Tidak berbaloi bawa segala negativiti masuk dalam rumah sebab famili kita tak buat salah. Tinggalkan semuanya di luar pintu sebelum tapak kaki masuk melangkah.
Jangan Bandingkan Diri Sendiri Dengan Orang Lain
Akhir sekali, jangan bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang ada kehendak dan identiti berbeza. Ciptalah identiti kita sendiri di tapak dan puncak yang sepatutnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Fazley tak mahu ulangi perasaan tunggu anak ‘meninggal dunia’. Hati ibu dan ayah mana yang tidak sedih apabila mengetahui anak yang dilahirkan mempunyai tempoh hayat sehingga usia lima tahun sahaja.
Begitulah luahan penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob yang tidak mahu mengulangi lagi perasaan menanti anak yang menanti waktu ‘meninggal dunia’.
Fazley dan isterinya, Azrene Ahmad telah mendirikan perkahwinan selama 16 tahun.
Fazley Tak Mahu Ulangi Perasaan Tunggu Anak ‘Meninggal Dunia’
Seperti mana yang dilaporkan, Fazley begitu sedih mengimbau kembali kisah sedih mengenai anak keduanya, Ahmad Fieradz Shah, 12, yang menghidap sindrom ‘squeaky baby’ semenjak dilahirkan.
Menurut bapa kepada empat cahaya mata ini dirinya pernah diberitahu oleh doktor yang anak kesayangannya itu mempunyai tempoh hayat sehingga usia lima tahun sahaja.
“Anak kedua saya banyak ujian. Ketika isteri sedang hamil anak kedua, dia hampir keguguran sebanyak lima kali. Bayi tersangkut leher, jantung lemah, kecil sangat dan macam-macam perkara lagi.
“Bila dia dilahirkan sebulan setengah daripada masa yang sepatutnya, keadaan dia kurus dan tak cukup nutrisi. Bila pemeriksaan dijalankan, Fieradz ada lubang berdekatan dengan leher dan dia mempunyai sindrom squeaky baby.
“Apabila Fieradz bernafas, ada bunyi dan segala rongga badan dia kecut ke dalam. Doktor pernah cakap, umurnya mungkin sampai lima tahun, jika dia masih hidup sekali pun, kita kena masukkan tiub di tekak Fieradz.
“Alhamdulillah, kini dia sudah berusia 12 tahun dan kami dapat melalui segala rintangan bersama,” jelas Fazley seperti mana dilaporkan menerusi portal Gempak.
Bersyukur
Bapa penyayang ini juga akui pengalaman begini ramai yang tidak tahu.
“Jika dia salah makan, muka semua bengkak dan tekak ketat, akan muntah macam pili air. Selaku ibu bapa, menanti masa untuk anak itu ‘pergi’ seperti yang dikatakan doktor adalah pengalaman yang orang tak pernah tahu. Sebab itu ramai yang terkejut.
“Saya sangat bersyukur, Fieradz boleh bermain bola, skateboard, kemana-mana saya dukung dia sebab takut dia terjatuh atau terlanggar.
“Hakikatnya, perasaan menunggu anak meninggal dunia adalah perasaan yang saya tak nak ulangi,” kongsinya.
Memiliki bentuk pinggang ramping bak ‘kerengga’ memang menjadi idaman ramai wanita. Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pinggang yang ramping ini ialah dengan memakai korset ketat dalam tempoh masa yang panjang.Meskipun terpaksa menanggung kesakitan, bagi golongan wanita yang obses untuk cantik ini sanggup melakukan apa sahaja hanya untuk kelihatan menawan dan mencapai impian yang didamkan.
Buka Korset Hanya Ketika Mandi & Bersenam
Inilah yang dilakukan ibu beranak kembar tiga, Diana Ringo. 39 tahun dari Chula Vista, California yang sanggup memakai korset ketat selama 23 jam untuk mengecilkan pinggangnya, setelah dia merasakan diet dan senaman sahaja tidak memberikan hasil yang diingini.Diana hanya membuka korsetnya untuk mandi dan bersenam.Hasilnya, ibu kepada tiga anak itu kini mempunyai pinggang berukuran 18 inci berbanding 27 inci sebelum ini.
“Saya rasa amat seksi apabila memakai korset, sekaligus meningkatkan keyakinan diri saya.
“Malah saya selesa dengannya,” ujar Diana kepada Barcroft TV dalam rancangan Hooked on the Look.
Veteran Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) ini memaklumkan dia tidak menyukai bentuk badannya sebelum ini apatah lagi selepas melahirkan kembar tiga tahun lalu.Meskipun mengakui gemuk itu tidak salah, namun dia tidak menyukainya.
“Saya tidak gembira dengan badan saya sebelum ini kerana saya gemuk. Gemuk itu tidak salah tetapi bentuk badan saya tidak feminin.
“Bentuk badan saya jadi seperti lelaki dan saya tidak sukakan bentuk itu,” katanya.
Miliki 45 Helai Koleksi Korset
Bekerja sebagai tukang masak tentera laut, Diana mempunyai koleksi lebih daripada 45 helai korset bernilai AS$1,955 (RM7,700) untuk membantu mengekalkan bentuk pinggangnya yang ramping.
“Saya terasa seperti tidak memakai baju dalam bila tidak memakai korset. Kerana sudah terbiasa, saya akan tetap memakainya.”
Dengan berat 60kg, Diana kini memakai pakaian bersaiz, 2 -4 dan mahu menonjolkan pinggangnya yang ramping walaupun mengakui ia nampak seperti satu kegilaan.
“Saiz pakaian saya adalah sekitar 2-4, tetapi saya perlu tonjolkan ukuran pinggang ramping yang saya ada walaupun kadang-kadang ia nampak seperti satu kegilaan,’ ujarnya lagi.
Suaminya, Brett, sangat prihatin dengan senaman pinggang Diana yang ketat namun tidak mahu isterinya mempunyai pinggang yang lebih kecil.
“Mula-mula saya bimbang dengan kesihatannya apabila pulang dari bertugas. Saya minta dia jumpa doktor,” kata Brett.
Doktor mengesahkan semuanya dalam keadaan baik dan Brett memikirkan isterinya itu masih relevan.Jelas seorang pegawai tentera laut itu, cukuplah dengan pinggang yang bersaiz 18 inci.
“Amalan itu telah meningkatkan keyakinan dirinya. Ini membuatkan dia bahagia. Isteri bahagia, hidup bahagia,’ tambahnya.
Kesan Jangka Panjang
Walaupun Diana mendakwa tidak mengalami sebarang kesan atau komplikasi kesihatan yang buruk, apa yang dilakukannya dianggap bahaya oleh profesional perubatan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan organ dan tulang belakang apabila diamalkan dalam jangka waktu yang lama.Pengamal juga berdepan risiko masalah pencernaan yang disebabkan oleh sekatan ke abdomen, masalah rahim, terutamanya jika dipakai semasa kehamilan dan membawa kepada sakit belakang.
Diana bukan satu-satunya yang sanggup memakai korset setiap masa untuk mengekalkan bentuk badan yang diidamkan.Pada tahun 2015, seorang model Venezuela Aleira Avendano,25 juga memakai korset selama 23 jam untuk tempoh 6 tahun bagi memiliki pinggang 19 inci.
Macam-macam hal, segalanya demi kepuasan diri nak nampak cantik meskipun badan terseksa dan sanggup merana menahan kesakitan. Buat wanita yang lain, tepuk dada tanya diri sendiri, sanggup ke nak cantik cara begini?
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...