
Warga emas menangis tolak suami berkerusi roda lebih 10KM ke balai polis, wang RM20,000 sumbangan orang ramai dilarikan anak.
Seorang warga emas sanggup menolak suaminya yang terlantar sakit menggunakan kerusi roda sejauh lebih 10 kilometer di bawah terik matahari sambil menangis demi membuat laporan polis selepas wang sumbangan orang ramai berjumlah hampir RM20,000 untuk rawatan suami dilarikan anak sendiri yang juga seorang penagih dadah.

Warga Emas Tolak Suami Lebih 10 Kilometer Ke Balai Polis
Hanifabibi Nawabudin bersama suaminya, Md Noh Abu Hassan 75 tahun yang menetap di Kampung Sungai Yu, Kota Kuala Muda bertolak dari kawasan kediaman mereka menuju ke Balai Polis Kota Kuala Muda dalam keadaan buntu dan hilang arah bagi melaporkan kejadian berkenaan.
Pasangan itu sebelum ini pernah menarik perhatian masyarakat sekitar September lalu apabila suami Hanifabibi yang terlantar sakit dilaporkan terpaksa menggunakan guni beras sebagai lampin pakai buang sementara akibat kesempitan hidup sebelum menerima sumbangan orang ramai.

Dalam perjalanan penuh duka ke balai polis itu, pasangan berkenaan dilaporkan dibantu oleh orang awam di pertengahan jalan selepas disedari berada di tepi jalan dalam keadaan kepenatan dan tertekan.
Selain wang sumbangan orang ramai yang dianggarkan hampir RM20,000, anak lelaki pasangan dikenali sebagai Panjang Teksi turut melarikan beberapa barangan berharga dan dokumen penting termasuk kad bank, kad pengenalan, telefon bimbit, rantai serta gelang emas dan kunci teksi milik ibunya.
Menurut Dik Wan yang juga dari team Bantuan Sungai Petani (TBSP) yang membantu makcik Hanifabibi, keluarga ini menerima duit tunai sumbangan orang ramai mencecah RM3000 sementara berbaki RM17,000 pula di masukkan dalam akaun bank selepas kisahnya ditularkan ke media sosial kerana ketidakmampuan membeli lampin pakai buang.
“Pada hari kejadian duitnya dilarikan itu, saya sempat menelefon bank untuk memblok kad yang dibawa lari. Syukur duit RM17,000 itu berjaya diselamatkan sementara barangan lain yang diletakkan di dalam teksi hilang selepas kenderaan itu dibawa lari oleh anaknya.

“Makcik memang sorok duit di beberapa lokasi sebab anaknya penagih tegar. Pada hari teksinya dibawa lari itulah, duit sumbangan orang ramai disimpan dalam teksi tersebut,” katanya memaklumkan makcik Hanifabibi mencari rezeki dengan membawa teksi di saat suaminya, Md Noh terlantar sakit.
Anda mungkin berminat dengan
“Makcik maklum dalam teksi ada duit RM3000, kad bank, kad pengenalan, telefon bimbit dan lain lagi. Laporan polis telah dibuat dan kini pihak berkuasa sedang memburu anaknya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan anak lelaki tersebut diminta menghubungi pihak polis atau Muhammad Ridzuan Osman Dik Wan TBSP di talian 017-533 5600 yang turut menjadi saluran bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada pasangan berkenaan.

download sekarang!
