karipap

Kuih karipap antara kuih ‘lejen’ kegemaran ramai. Biasanya nak buat inti yang sedap mudah, tapi nak buat kulitnya tu ramai mak-mak yang ‘failed’. Biasanya kalau tak kena cara kulitnya jadi liat dan keras.

Sebenarnya, ada cara untuk hasilkan kulit karipap yang rangup dan inti kentang yang sempurna rasanya.Mak-mak boleh cuba resipi dan langkah satu persatu yang dikongsikan oleh penjual karipap ini sendiri, Puan Eyda Fyda.

Berikut perkongsiannya;

“Memandangkan ramai yang minta share resepi kulit karipap rangup di post saya sebelum ni,saya dengan berbesar hati nak kongsi dengan kawan-kawan semua dan jangan lupa doakan agar saya dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik sentiasa.Aamin.

“Saya izinkan share dan selamat mencuba. Ingat, jangan share je tau, pastikan cuba buat,mana tau boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan macam saya.”

Bahan-Bahan:
(Kulit Karipap Rangup) :

1kg Tepung Gandum
1mangkuk/cawan kecil minyak masak
2 sudu majerin
Air bancuhan garam

Cara Membuat:

1.Panaskan 1cawan/mangkuk kecil minyak masak bersama 2sudu majerin… panaskan sehingga hilang bunyi berdesir.

2.Tuangkan minyak masak bersama majerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung.

3.Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti.

4.Buat air bancuhan garam (garam agak2 je ye).

5.Tuangkan air bancuhan garam tadi sedikit demi sedikit.

6.Ulikan sehingga menjadi seperti dalam gambar.

7.Doh yang telah siap diuli.

8.Rehatkan doh selama setengah jam dan bungkus di dalam plastik supaya tak kena angin.

9.Doh yang telah direhatkan semakin lembut dan seakan berminyak gitu.

Bahan-Bahan (Inti) :

Kentang didadu
Serbuk kari daging (saya suka guna rempah kari daging cap BABAS macam dalam gambar)
Cili kering dikisar bersama bawang besar,bawang putih dan udang kering
Air rebusan daging bersama daging yang telah direbus
Sedikit daun sup untuk bau yang sedap
Garam
Gula
Serbuk perasa (Terpulang samada nak guna ataupun tidak).

Cara Membuat:

1.Tumiskan lada kering,bawang besar,bawang putih dan udang kering yang telah dikisar.

2.Masukkan serbuk kari(saya suka guna kari babas) tumiskan sehingga garing dan naik bau.

3.Masukkan air rebusan daging… kacau rata.

4. Masukkan kentang yang telah didadu.

5.Masukkan daging cincang yang telah direbus.

6.Tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.

7.Biarkan sehingga kentang menjadi empuk dan kering. Kena rajin kacau ye.

8.Inti yang telah siap.

9.Tadaaa siap karipap kita.

Karipap yang telah siap digoreng dan sedia untuk dimakan.

Semoga Bermanfaat!

Jadi buat mak-mak yang nak sediakan hidangan minum petang buat anak-anak dan keluarga tu, bolehlah cuba resipi dan cara yang dikongsikan ini.Sedapnya makan karipap panas-panas!

Sumber:Eyda Fyda