Sedapnya minum air cincau. Dicampur dalam sirap bandung atau air soya pun sedap. Cincau banyak kelebihannya untuk kesihatan seperti mampu menyejukkan badan, dapat mencegah gangguan pencernaan, memiliki zat kalsium dan fosfur yang tinggi, mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan membantu menurunkan tekanan darah.

Rupanya hanya guna 3 bahan je nak buat cincau sendiri di rumah, caranya pun cukup mudah!

Boleh cuba cara buat cincau yang dikongsikan oleh Puan Parizah Mohd Lani ini.

“Alhamdulillah..arini try buat cincau sendiri, menjadi! Siapa peminat cincau disini, kami sekeluarga peminat cincau”

Bahan-Bahan:

150gm daun cincau kering (boleh beli di kedai sengse/herba)
4 sudu makan tepung ubi
1.5 liter air biasa

Cara Membuat:

1. Rendam daun selama lebih kurang 2 jam.
2. Kemudian tapis airnya.

3. Bancuh tepung ubi dengan 200ml air. Campurkan dalam air yang dah ditapis.Masak dalam 15-20 minit sampai mendidih dan nampak berkilat.4. Sejukkan sebentar, kemudian bubuh dalam bekas.Bila sejuk masukkan dalam peti sejuk selama 10 jam. Baru boleh dipotong-potong.

Siap! Selamat mencuba.

Tip Ekstra!

Jika nak lebih kenyal tambah sedikit agar-agar.
Kalau nak elok lagi warnanya, reneh/rebus daun cincau dengan api pelahan selama 2 jam. Hasilnya lagi cantik.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang suka minum air cincau, boleh buat sendiri je di rumah ikut cara ni. Lebih sedap, jimat, berbaloi, halal dan terjamin kebersihannya.

Sumber: Parizah Mohd Lani