Mudah je rupanya mak-mak nak buat simpanan pelaburan ASB.Tak perlu lagi susah payah nak cari parking, nak beratur ambil nombor, ramai orang mahupun kena tunggu di bank.Bukan apa, kadang kala kerana sebab-sebab tersebut lah yang membuatkan usaha nak menyimpan tu jadi ‘gagal’.Kini, segalanya boleh dilakukan dihujung jari, pemindahan duit ke ASB boleh dibuat melalui Maybank2u.Sekaligus boleh membantu mak-mak untuk menyimpan secara konsisten setiap bulan untuk simpanan pelaburan jangka panjang.
Perkongsian bermanfaat ini dikongsikan olehFarain Mohammad sebagai rujukan;
“Nak buat simpanan ASB kena pergi bank? Sekarang segalanya di hujung jari jee. CARA DAFTAR (add favourite) dan SIMPANAN ASB melalui Maybank2u.Bawah ni ada dua-dua step ye. Step paling lengkap. Cara-cara ada pada setiap gambar. Rajin-rajin baca caption. Ikut je step tu. Untuk daftar dan cara simpanan.”
P/s : Pastikan dah ada nombor ahli dan buku ASB.
Dah tak payah susah susah beratur dekat bank. Selamat menyimpan untuk hari tua.
Semoga bermanfaat!
STEP UNTUK MENDAFTAR (add favourite) ASB melalui M2U:
1. Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my
2. Pilih ruangan “investment”
3. Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu
4. Pilih ‘Add’ untuk daftar akaun ASNB
5. Pilih product nama “Amanah Saham Bumiputera”
6. Baca dan fahamkan akaun pengesahan (declaration). Klik kotak kecil dibawah dan klik “next”
7. Isikan Nombor Ahli ASB, Jenis ID, Nombor ID, dan Nama Ahli. Klik ‘continue’
8. Semak butiran maklumat dan isikan nombor TAC. Klik ‘confirm’ untuk sahkan langganan
9. Jangan lupa simpan pengesahan untuk simpanan (screenshot)
**kalau ‘accepted’ bermakna dah boleh transfer simpanan ASB melalui m2u. Okay jom pergi next step untuk buat simpanan pula.
Menjadi seorang guru tugasnya bukan hanya sekadar mengajar. Bersikap prihatin dan ambil berat terhadap anak-anak murid juga salah satu tugasan yang harus digalas oleh mereka yang bergelar cikgu.Hatta, jika ada anak murid yang tak pandai memakai tudung mahupun berbaju comot ketika disekolah juga mampu terselit kisah yang menceritakan punca sebenar.
Perkongsian kisah menarik ini dikongsikan oleh cikgu yang prihatin, Mohd Fadli Salleh. Semoga mak ayah memperoleh manfaat daripada kisah ini.
Tahun lepas, ada seorang murid tahun satu yang sangat pendiam. Perempuan. Aku perasan tudung dia selalu tutup dahi. Macam tak pandai pakai tudung. Baju pun selalu comot.
Tahun ini, dia masih tidak pandai pakai tudung. Masih begitu, bajunya juga masih comot-comot. Banyak kali aku bertanya tentang keluarga, tapi dia mendiamkan diri sahaja.
Tahun ini dia tidak keseorangan. Dia berteman. Ada adik lelaki di tahun satu. Adik dia ini sangat aktif. Hyperaktif aku rasa. Memang langsung tak boleh duduk diam dalam kelas, dewan atau perhimpunan.
Pakaian adik dia pun sama juga. Tidak terurus dan selalu comot.
Dua hari lepas, adik dia dengan sengaja pecahkan bangku kantin. Bangku buah-buahan yang aku beli dengan duit kiriman sahabat-sahabat aku yang baik hati.
Maka unit disiplin, guru kelas dan pentadbir berbincang. Perlu panggil ibu bapanya untuk bincang kelakuan anaknya yang hyperaktif ini. Mencari jalan terbaik bagi murid ini agak tidak ternafi haknya untuk belajar dengan sempurna.
Hari ini, selepas habis kelas pertama ada pengawas datang menjemputku ke pejabat. Katanya pentadbir panggil. Aku dah agak, pasti si ayah murid itu telah datang.
Dengan tenang aku terus ke pejabat. Diluar pintu pejabat, ada sepasang kasut lusuh. Nampak comot dengan selut dan kotoran.
‘Ini kasut orang kerja buruh,’ getus hati aku.
Sebaik masuk, kelihatan lelaki lewat 40an duduk bersama barisan pentadbir. Mukanya kelihatan penat, malah peluh pun tidak sempat kering dari baju.
Kulitnya gelap. Nampak jelas kerjanya pasti dibawah terik mentari. Tangannya kasar dan kotor tanda kerja berat.
Aku bersalaman dan menegur dia dengan mesra. Duduk betul-betul disebelah dia dan sesekali aku bergurau mencuit paha dan memegang bahunya. Tidak sesekali aku merasa geli atau membuat muka tidak selesa walau bau badannya tidak sewangi orang kerja pejabat.
Aku tidak mahu dia resah dan rasa bersalah. Aku nak dia tahu, kami bukan hendak menyalahkannya. Sikap budak, memang begitu. Namun kami ada minta dia bawa anaknya ke Hospital Selayang unit Mekar untuk pemeriksaan.
Pada pengamatan mata kasar aku dan guru-guru lain, anak dia ini kategori istimewa. ADHD mungkin. Sangat aktif hingga sukar dikawal.
Aku susun ayat sebaik mungkin, memberitahu dia dengan lembut. Dia terima dengan tenang, dan dia pun tahu anak dia memang tidak terkawal. Dia berjanji akan bawa anak lelakinya itu ke hospital secepat mungkin.
Bila disahkan, anak dia boleh masuk kelas pemulihan. Kelas yang layak dan sepatutnya anak itu duduk dan belajar. Lagi pun, murid pendidikan khas ini ada elaun.
Sebelum dia beredar, kami bagitahu kerosakan yang dibuat anaknya perlu diganti. Dengan serba salah dia cakap,
“Cikgu. Boleh. Tapi tunggu saya dapat gaji ya.”
Jantung aku seakan berhenti mendengar jawapan pendek itu. Gugur seketika. Nilai bangku itu yang tidaklah besar di zaman ini. Tapi masih ada yang perlu tunggu gaji.
Terus aku pegang bahu dan mengajaknya pergi. Aku bukakan pintu pejabat, aku tunggu dia sarung kasut buruk itu.
Aku iringi setiap langkah dia ke motor buruknya sambil bertanya tentang kehidupannya.
“Abang kerja kat mana?”
“Saya kerja kat Kuang. Kerja ukur jalan. Ni dari Kuang dapat telefon dari sekolah terus saya datang.”
Allah. Kuang ke Gombak bukan dekat. Dengan motor tengah panas terik pula tu. Terus tinggal kerja bila tahu anak buat angkara.
“Rumah abang kat mana? Isteri kerja apa? Anak berapa orang?” soalku bertalu-talu.
“Rumah saya di Batu 5. Anak saya empat. Yang paling kecil, kembar dua orang duduk dengan isteri saya. Yang sulung tahun dua dan tahun satu ini tinggal dengan saya. Dah tiga tahun kami berpisah,” balasnya tenang.
Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Aku minta dia hubungi aku terus kalau ada apa-apa. Nombor telefon aku tinggalkan, dan dia berlalu pergi.
Berlalu pergi dibawah teriknya sinar mentari untuk mencari sesuap rezeki.
Patutlah. Patutlah anak perempuannya tidak pandai pakai tudung. Rupanya dijaga oleh ayah sejak sekian lama.
Ayah yang kerja buruh mana pandai hendak pakaikan anak perempuan tudung. Asal tersarung, asal tertutup rambut baginya dah cukup elok.
Pakaian patutlah selalu nampak comot. Tidak terjaga seperti orang lain yang punya keluarga. Rupanya tinggal bersama ayah.
Kelu. Aku kelu sebenarnya.
Terharu. Aku sangat terharu melihat pengorbanan seorang bapa. Jika aku ditempat dia, aku pun tidak tahu apa aku mampu menjaga anak aku sebaik dia.
Makan minum, sakit demam, duit belanja, basuh pakaian dan segala urusan rumah tangga seorang diri. Menguruskan anak bukan mudah. Tambah-tambah bagi kaum lelaki.
Sebaik dia jawab hendak ganti kerusi itu bila dapat gaji, terus aku niatkan dalam hati,
‘Bangku yang perlu diganti itu aku yang akan ganti. Bahkan apa keperluan anak-anaknya yang mampu aku bantu, aku cuba bantu.’
Esok aku akan settlekan hal bangku diam-diam. Esok juga aku nak jumpa ustazah guru kelas anak sulungnya, minta ustazah tolong ajar murid ini pakai tudung dengan betul.
Semoga anak-anak ini rajin belajar seterusnya menjadi insan yang berguna dan berjasa.
Kerana bangku pecah semuanya terdedah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
#MFS
– Kasih seorang bapa.
Semoga kisah ini bermanfaat! Benar, jaga anak tidak mudah. Selepas berlaku penceraian tidak mudah menguruskan anak-anak seorang diri, lebih-lebih lagi jika peranan tersebut digalas seorang lelaki yang bergelar bapa.
Soto ayam bakar ini kalau kena dengan cabai kicap memang lain macam rasanya. Sedap tak ingat! Kena pandai sebatikan rasa sedap kuah sup, ayam dan sambalnya.
Haa… macam mana cara nak masak, boleh guna resepi Puan Zarazelah Othman ini…
Saya buka kedai makan, jadi memang nampak meja dan cara penyediaan macam kedai makan ya. Tapi yang ini saya masak untuk family hari ini.
Tumis bawang merah bawang putih halia bunga lawang kulit kayu manis bunga cengkih dan buah pelaga
Masukkan air
Biarkan mendidih
Masukkan rempah sup adabi lada hitam
Masukkan kaki ayam
Rebus sampai empuk
Masukkan kentang carrot daun saderi
Perasakan dengan cukup rasa garam aji
Perap bersama madu sos lada hitam halia bawang putih
Bakar di atas bara api
Kemudian bila hidangkan masukkan bihun kuah sup kemudian baru tabur ayam bakar kacang goreng taugeh daun sup dan bawang.
Cili api kicap bawang putih air limau gula ajinomoto. Blender.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wow, kalau mak-mak bersalin dapat anak perempuan, kemungkinan termasuk dalam kategori wanita cantik yang dinyatakan dalam hasil kajian ini.Malah kajian juga menyatakan, wanita yang memiliki rupa paras cantik juga cenderung mempunyai ramai anak.
Memetik laporan newidea.com, menurut kajian yang dilakukan oleh Dr.satoshi Kanazawa dari London School of Economic, wanita cantik akan cenderung untuk melahirkan anak perempuan.
Kajian ini menjejaki 17,000 bayi British sejak mereka lahir pada 1958. Apabila bayi ini berumur 7 tahun, Dr. Kanazawa meminta guru-guru mereka untuk menilai kecantikan rupa paras mereka.
Pada usia 45 tahun, mereka sekali lagi di temuramah.Rumusan daripada kajian ini adalah wanita yang dinilai sebagai budak perempuan yang memiliki rupa paras cantik ketika ditemuramah dahulu kebanyakkannya mempunyai anak perempuan.
Penemuan Dr. Kanazawa ini disiarkan di dalam Journal of Reproductive Sciences yang turut memuatkan rumusannya tentang evolusi dan pemilihan pasangan.
Selain itu,terdapat satu lagi kajian berkaitan wanita cantik yang telah dijalankan oleh Markus Jokela dari University of Helsinki.
Hasil kajian beliau dilakukan terhadap 1,244 wanita dan 997 lelaki mendapati bahawa wanita cantik 16% mempunyai lebih anak manakala wanita yang sederhana cantik hanya 6% mempunyai lebih anak.
Malah, lelaki yang tidak mempunyai rupa fizikal menarik mempunyai 13% kurang anak berbanding lelaki yang lain.
Mungkin antara kita yang berfikir hasil kajian ini mungkin hanyalah satu kebetulan.Tidak semestinya seseorang itu mendapat anak lelaki atau perempuan, mahupun mempunyai anak ramai atau sikit bergantung kepada rupa paras kecantikan yang dimiliki ibunya.
Namun ia hanyalah satu kajian. Sebenarnya tak kiralah bagaimana rupa parasnya mak mahupun ayahnya. Dikurniakan rezeki dengan anak tak kiralah lelaki mahupun perempuan pun adalah suatu anugerah yang tidak ternilai!
Jelas tergambar di wajah suami Jaslinda, luahnya, “Orang rumah saya… dia kuat.” Itu kata-kata suami kepada pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejurus dipertemukan semula dengan isterinya di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah.