Walau Citarasa Tak Sama, Nad Zainal Dan Suami Saling Suka ‘Each Other’, Ini Buktinya

Share

Pelakon yang semakin cantik, putih berseri Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi rasa hati tentang citarasanya yang berbeza dengan suami, Muhammad Faliq Amirudin.

Biar pun citarasa tak sama, mereka saling menyintai. Biarpun ada ketikanya bergurau senda dalam perhubungan, ia tidak menjadikan mereka membenci pasangan. Sebaliknya itulah yang menghadirkan rasa bahagia buat keduanya.

Kehadiran cahaya mata lelaki yang comel, Fahad Ibrahim yang mesra dengan panggilan Yem mengikat lagi kasih mereka berdua. Yem pun dah setahun lebih usianya.

 

 

Bak kata Nad tentang suaminya,

Dia takut lipas, I takut katak
Dia takut tinggi, I takut gelap
Dia takut berada di puncak yang (of course tinggila), I takut berada di lautan
Dia suka RnB, I suka Pop
Dia suka hitam, I suka putih
Dia suka kopi, I suka teh
Dia tak suka membazir, I tak suka terlepas peluang membeli
Dia tak suka jalan sesak. I tak suka dia memekak bila jalan sesak
Dia nak ke London, I forever nak ke Seoul
Dia suka Scarlett Johansson, I suka Won Bin
Alih-alih kami suka each other.
And ada anak together
We praise and kutuk each other

Doa Nad untuk perkahwinannya agar mereka dapat berasai kehidupan sebagai suami isteri selagi hayat di kandung badan.

Naaah.. bukan post sempena anniversary.” Akui Nad catatannya itu dibuat semata-mata untuk mengadakan rasa mengantuk.

 

Nad & Faliq Bukan Couple Yang Romantik

Dalam posting sebelumnya juga Nad Zainal mengaku baik dia mahupun Faliq, kedua-duanya tak romantik.

Kami jenis straight forward dan kasar. Kami boleh berperang besar-besaran dan lepas setengah jam boleh baik semula.”

 

Tip Cepat Pulihkan Hubungan Suami Isteri

Ini tip yang Nad Zainal kongsi untuk pulihkan kembali rasa tak puas hati dengan pasangannya. Cara Nad buat, “Tenung muka anak lama-lama

Betullah kan.. anak itu pelembut hati mak ayah yang tengah berkonflik. Lagipun, jika dah saling sayang menyayangi kenapa nak bergaduh lama-lama.

Kenapa kita nak create environment tak best di rumah. Setelah kita sama-sama bersusah payah harungi macam-macam dan dapat zuriat sempurna ini?”

Bergaduh itu normal. Normal untuk kami. Nope.. kami bukan lovey dovey.

Sememangnya ramai sebenarnya pasangan suami isteri yang macam Nad dan Faliq ini. Walaupun tak romantik, walaupun tak selalu bersayang-sayang tapi masing-masing faham kedua-duanya saling memerlukan.

Itulah yang mengikat cinta terus memekar dan subur di hati.

Sumber/Foto : Instagram Nad Zainal

 

IKLAN