Berita baik buat para pekerja kini boleh menyusun waktu berkerja dengan lebih efisien dan fleksibel. Ia susulan pindaan kepada Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam di Malaysia akan berkuat kuasa pada 1 September ini.

Jaga Kebajikan Pekerja

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim memberitahu Dewan Negara kelmarin bahawa pindaan itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam waktu kerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Pindaan ini juga membolehkan pekerja menggunakan susunan waktu bekerja yang lebih fleksibel.

Di bawah peraturan baharu itu, pekerja dibenarkan bekerja mengikut kesesuaian tempat, waktu dan hari bekerja termasuklah bekerja dari rumah ketika situasi kecemasan seperti pandemik COVID-19.

“Setakat hari ini, tiada cadangan atau libat urus untuk pihak kementerian laksanakan berhubung kerja empat hari seminggu,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

WAKTU KERJA Fleksibel 45 Jam Seminggu Berkuat Kuasa 1 September!
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim

Kerja 4 Hari Seminggu

Awang berkata demikian menjawab soalan Senator Nasir Hashim mengenai dasar kerajaan berhubung kerja empat hari seminggu terutama dalam sektor swasta.

Sementara itu, pada Jun lalu, Awang sebagai berkata pekerja di negara ini dibenar memohon aturan kerja fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955 berkuat kuasa 1 September ini.

IKLAN

Pekerja hanya perlu membuat surat permohonan berkenaan kepada majikan sama ada memohon perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan perubahan tempat kerja.

“Majikan pula perlu memberi jawapan dalam tempoh 60 hari.Dalam surat jawapan bertulis majikan kepada pekerja, mereka perlu nyatakan sama ada menerima permohonan atau menolak permohonan dengan alasan yang perlu dinyatakan,” katanya.

Pekerja Gemar Fleksibiliti Bekerja

Sebelum ini media melaporkan, sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu, mengikut tinjauan oleh Qualtrics syarikat berpengalaman mengendalikan tinjauan secara dalam talian.

Secara keseluruhan, di Asia Tenggara keutamaan untuk fleksibiliti adalah sebanyak 60 peratus memilih minggu bekerja yang lebih singkat.

Bergantung Kesesuaian Agensi/ Syarikat

Awang berkata, keputusan kerajaan dalam AKF itu bagaimanapun tidak ‘mengikat’ majikan dan ia bergantung kepada kesesuaian agensi serta syarikat masing-masing.

IKLAN

Sementara itu , beliau berkata, pihaknya bersedia membuat kajian mengenai dasar tempoh bekerja empat hari dalam seminggu seperti mula dilaksanakan di beberapa negara maju.

Katanya, kajian mengenai perkara itu perlu dilakukan secara menyeluruh berikutan terdapat majikan yang terkesan atas faktor produktiviti rendah.

“Jadi majikan pun perlu ada kajian tersendiri mengenai perkara ini dan kemudian boleh dibawa dalam perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan JPPM,” katanya.

IKLAN

Mesti Baca:Mulai 1 Mac, Waktu Bekerja Fleksi Ganti Waktu Bekerja Berperingkat Bagi Penjawat Awam
Baca Lagi Di Sini:MASA Mak Ayah Bersama Anak Sehingga Usia 13 TAHUN Sahaja!
Artikel Menarik:Senggugut Ketika Bekerja, Sepanyol Tawar ‘Cuti Datang Bulan’ 3 Hari Sebulan!

Mingguan Wanita: Menarik apabila waktu bekerja 45 jam seminggu ini, jadi para pekerja boleh menyusun kesesuaian tempat, waktu dan hari bekerja dengan lebih efisien dan fleksibel.

Sumber: Bharian

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI