Demi anak, seorang ibu sanggup berkorban apa saja. Sementelah, dalam masa sama menjaga cucu yang sakit dan langsung tiada bekalan untuk bagi mereka makan.
Tekad seorang nenek demi anak dan cucu dengan mencuri ibu rebus bagi iberi makan untuk anak dan cucunya, sehingga ditangkap atas kesalahan itu. Tiada siapa yang bersimpati, akhirnya nenek ini dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan yang dilakukan.
Namun, atas perikemanusiaan dan pengajaran ini telah membuka mata dan fikiran buat sesiapa yang hadir semasa perbicaraan itu. Antara kisah yang dipaparkan itu:
Seorang nenek telah di tangkap atas tuduhan mencuri ubi rebus (singkong).
“Saya mencuri kerana ingin memberi kepada anak saya yang sangat lapar & cucu yang sakit dirumah”.
Dengan kata mudah, mencuri kerana terpaksa. Ketua Hakim Apandi kusyuk menatapi wajah nenek seolah-memikirkan sesuatu.
Manakala pihak pendakwa raya menegaskan hukuman yang berat harus dikenakan, atas alasan ingin memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mengulangi perbuatan wanita yang lanjut usia itu.
Ads
Hakim Apandi menarik nafas lalu menyatakan “maaf nenek saya tidak boleh membuat pengecualian terhadap undang-undang, maka nenek harus dihukum tanpa kompromi”.
Nenek tunduk pasrah, tanpa disedari air mata menitis dicelah kedutan rautnya.
Lalu Hakim Marzuki bersuara,
“Dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1000 atau penjara setahun”.
Nenek tersebut seperti langsung tidak memikirkan tentang wang, kerana mustahil baginya mendapatkan wang yang tidak pernah dipegang seumur hidupnya.
Baginya tempat tinggal selepas ini adalah “tirai besi”. Walau tiada kerelaan, dia terpaksa menerimanya. Mungkin sisa hidup untuk bersama dan menjaga anak dan cucu yang sakit sudah menemui noktah.
Hukuman Buat Ahli Mahkamah
Bagi nenek tersebut walau terpaksa menempuh kesukaran hidup namun dia tetap gembira dengan adanya anak dan cucu.
Ads
Begitu tinggi nilai seorang anak dan cucu disisi nenek ini. Raut wajah seperti ingin meraung kesedihan kerana hilangnya semangat peneman hidup.
Tiba-tiba Hakim Apandi membuka topi dan memasukkan sejumlah wang ke dalam topi tersebut dan berkata,
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya sebagai hakim juga menjatuhkan hukuman kepada ahli mahkamah minimum RM100 seorang atas kerana membiarkan nenek, anak dan cucunya kelaparan”.
Tukul kehakiman diketuk sebagai tanda tamatnya perbicaraan. Hakim Apandi meminta duit berkenaan dikumpul dalam topi yang sudah berisi wangnya tadi.
Seluruh individu yang ada di mahkamah akur lantas memberikan wang yang diminta oleh Hakim Apandi tadi, tanpa pengecualian. Segala berjalan seperti kehendaknya.
Hasil dari kesemua kutipan sebanyak RM3,500 diserahkan kepada nenek tersebut. Lalu Hakim Apandi meninggalkan mahkamah dengan tenang sambil mengukir sejuta senyuman.
Ads
Nenek dilihat menadah tangan lalu berdoa
“Ya Allah, masih ada insan yang bernama manusia di muka bumi mu ini. Moga kau rahmatilah hidupnya dan pengikutnya”.
Seluruh penghuni mahkamah memerhati nenek yang berpelukan bersama anak dan cucu dengan titisan air mata.
“Apabila KEMANUSIAAN menjadi budaya, maka KEHARMONIAN akan dirasa”.
“Apabila KEADILAN ditegakkan, maka matilah segala KEZALIMAN”.
Mingguan Wanita : Moga ia menjadi ikhtibar untuk kita semua. Jangan terus menghukum dan lihatlah sisi tepi pesalah itu.
Pergi ke sungai untuk mandi, dua beradik lemas ketika mahu selamatkan ibu. Keseronokan yang berakhir dengan tragedi. Pilu sungguh rasanya.
Apatah lagi dua lelaki ini mencuba untuk selamatnya nyawa ibu mereka yang hampir lemas, akhirya nyawa keduanya tergadai. Al-Fatihah.
Dua Beradik Lemas
Semoga keluarga ini tabah berdepan dengan ujian berat ini kerana kehilangan dua ahli keluarga serentak. Allahuakbar.
Dua lelaki lemas ketika menyelamatkan wanita kesayangan mereka yang lemas di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang di sini pada Selasa.
Pergi Ke Sungai Untuk Mandi
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, Abdul Rahman Ramli, 26, dan abang iparnya, Ahmad Asymuni Idris, 42, ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama ibu, adik-beradik dan anak saudara pergi ke sungai itu untuk mandi.
Menurutnya, polis dimaklumkan semasa mandi, ibu mangsa hampir lemas menyebabkan mangsa cuba untuk menyelamatkan.
Ketika Mahu Selamatkan Ibu
“Wanita itu dapat diselamatkan, tetapi kedua-dua mangsa lemas dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Gerik di tempat kejadian.
“Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, ibu mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat lemas,” katanya.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul namun telah sampai ajalnya, tak akan terlambat walaupun sesaat. Beringatlah mak, ayah setiap kali berkelah atau beriadah di kawasan air terjun dan sungai, sentiasa berwaspada dan berhati-hati kerana malang tak berbau.
Dari semalam, netizen tak puas memuji akan kecantikan transformasi wajah dalam solekan anggun, YouTuber Sugu Pavithra, S Pavithra, 28. Terpesona dengan seraut wajah wanita yang cuma duduk di dapur, berubah bak model Hindi yang menawan.
Sungguh berbeza sentuhan jurusolek Razzi Musa ini. Ditambah dengan penataan seni mengikut konsep Zul Herizal. Ramai juga tertanya-tanya, kenapa ibu anak dua yang mula dikenali ramai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula bercantik-cantik bak model.
Rupanya, isteri M Sugu, 29 ini menjalani pengambaran untuk menghiasi cover foto majalah Pepatung. Dalam temubual yang dijalankan wartawan majalah itu, ada kisah menarik yang buatkan anda mengagumi personaliti youtuber ini.
Kredit foto : pepatung.com.my
Kata S Pavithra, “Dulu kita miskin dan orang anggap kita akan selama-lamanya hidup susah. Bila senang sedikit, ada juga orang tak suka. Sindiran seperti sekarang lupa dirilah dan tak sabar tengok kejatuhan kami pun ada.”
“Kami tak kisah pun kalau esok lusa tak lagi popular atau YouTube tak lagi mampu beri pendapatan. Kami memang asalnya susah, jadi kalau susah semula tak akan mematangkan semangat.”
Kredit foto : pepatung.com.my
Kredit foto : pepatung.com.my
Sikap positif dalam diri S Pavithra inilah yang perlu dicontohi. Kerana, biar pun hari ini dirinya tiba-tiba menjadi popular dan saudara-mara mahupun rakan-rakan yang lama menghilang, mula mencari dirinya. Dia tidak pernah prasangka dengan mereka.
Semuanya disambut dengan baik.
Begitu juga dengan komen-komen mengkritik dan kasar tetep diterima dengan hati terbuka. Anak kedua dari lima beradik ini, belajar dari pengalaman.
Rasa susah hati dengan komen-komen negatif, sedikit demi sedikit berjaya di buang dengan tenang. Tak lagi kata-kata itu terngiang-ngiang dalam tidurnya. Cekal sungguh hati S Pavithra.
Mana yang suami, M Sugu rasakan terbaik, isteri ini, S Pavithra takkan membantah / Kredit foto : malaymail
Walau Sudah Terkenal, S Pavithra Tetap Hormati Keputusan Suami
Dalam pada meniti dunia serba glamour, S Pavithra tetap meletakkan suami adalah insan yang perlu dihormati dalam setiap keputusan yang dibuat.
Suaminya lebih tegas mengatur jadual mereka. Dia ada sebab yang tersendiri. Tentunya sebagai suami dia mahu keselamatan isteri terjamin.
Bagi S Pavithra, “Saya tak ada masalah untuk keluar TV, tetapi mestilah dengan keizinan suami. Buat masa sekarang dia masih tak benarkan. Jadi, saya ikut sahaja yang terbaik. Kami pun masih baru dalam bidang ini, Banyak lagi perlu belajar.”
Seperti selalu, dia menuturkan kata-katanya dengan lembut dalam bahasa Melayu yang fasih.
MW : Seharusnya sebagai pembaca yang matang, kita tetap mendoakan agar pasangan ini dapat pergi jauh dalam bidang kerjaya yang mereka minati. Siapa tahu suatu hari nanti, Sugu Pavithra akan jadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Sehingga hari ini, Wuhan tak lagi menunjukkan kes baru Covid-19. Selepas berjaya membendung penularan virus Covid-19, China memberikan bantuannya kepada Itali.
Namun, dari sehari ke sehari, Covid-19 di Itali tak menunjukkan tanda-tanda kesurutan. Lelaki ini, Fdaus Ahmad berikan enam keypoint kesukaran Itali tangani wabak.
Rakyat Malaysia, belajarlah dari Itali. Jangan biarkan FRONTLINER negara ini tumbang. ANDA perlu ambil peranan #DudukRumah. Bila keluar rumah, buat langkah keselamatan pencegahan yang diajar KKM.
Paling penting, berlaku JUJUR lah dengan doktor bila ada tanda-tanda positif, Covid-19. Pergi BUAT SARINGAN.
Itali : Tak Ada Tanda Surut, Covid-19 Meningkat Tanpa Belas Kasihan
5,476 jumlah kematian di Italy setakat 8 jam yang lepas (ketika status dimuatnaik pada 23 Mac 2020).
Tak ada tanda surut, kes baru covid 19 semakin meningkat tak bagi belas kasihan – Italy sedang dalam peperangan getir. Mereka sedang keletihan.
In case kita lupa siapa Italy, mari aku ingatkan; Italy merupakan Juara World Cup sebanyak 4 kali. Italy adalah pusat rujukan fesyen dari seluruh dunia. Italy – pengeluar jentera jalan raya paling hebat di dunia seperti Ducati, Ferrari, Lamborghini dan Maserati. Italy lah yang memulakan era Renaissance seterusnya mengubah haluan sejarah Eropah dan dunia amnya. Italy secara literal adalah The Great Roman Empire yang pernah menerajui ketamadunan manusia hampir 1,000 tahun lamanya.
Pada era modern, sebagai salah sebuah negara maju di Eropah kita terkejut dengan situasi Covid yang tidak terkawal di Italy.
Apa yang kita dengar dan baca, kerajaan Italy lambat bertindak dan rakyat Italy degil tak ikut arahan maka sebab itu wabak merebak dengan cepat sampai tak terkawal.
Tapi takkan sebab itu saja?
Aku berborak dengan kawan aku Redza Yusoff yang pernah tinggal di Itali, fasih berbahasa Itali, faham attitude dan budaya masyarakat di sana.
Covid ibarat time bomb, final blow yang hanya melengkapkan huru hara sistem di sana.
Kredit foto : selangorkini.my
Fahamkan Latar Sejarah Masyarakat Itali
Terdapat 6 key point tentang masyarakat Italy yang kita perlu faham.
Pertama, Masalah birokrasi yang teruk.
Italy merupakan negara maju yang paling teruk tahap birokrasinya. Kalau kita katakan Malaysia ada masalah birokrasi, maka Italy berkali ganda lebih dasyat. Untuk laksanakan sesuatu perkara, mereka tidak boleh adhoc walaupun hal tu maha penting. Contohnya, bila outbreaks start di Wuhan kerajaan Italy ambil masa yang sangat lama untuk sekat penerbangan keluar masuk. Sekatan hal ehwal kelulusan itu dan ini, sebelum semuanya in place – then stop penerbangan. Tambahan pula kes semacam ini adalah unprecedented lagi lah tak boleh order sesuka hati.
Sebab itu even since last few days, partly public transport masih terus beroperasi di sekitar Italy – keadaan semakin huru hara tapi birokrasi mesti kena ikut dulu, so tak boleh stop itu ini sampai lah everything in place – walaupun tengah dalam disaster mode.
Kedua, Inefficient.
Yang ini melibatkan lifestyle. Rakyat Italy ni nothing more important pada mereka bila datang masa lunch dan masa untuk family. Personal space adalah hal paling priority. Tak payah la kau nak cakap hal lain lagi penting sebab culture mereka dah dididik untuk utamakan personal space. Tengok filem Godfather, macam mana mafia mafia ni walau jahat macam mana pun, masa untuk family mesti diutamakan. Layan anak anak, makan sama sama. Meeting penting macam mana pun letak belakang dulu.
Oleh yang demikian, responsive mereka kepada emergency adalah sangat perlahan, kerana tiada emergency melainkan setelah selesai hal hal personal mereka.
Ketiga, Centralization.
Kita kena tahu pusat ketuanan ekonomi Italy ni berpusat cuma di 2 bandar, Rome dan Milan.
Selain daripada 2 bandar ni, tak ada apa sangat melainkan pusat pelancongan dan pertanian di kampung kampung. Insignificant dalam menyumbang peningkatan ekonomi keseluruhan.
Rome dan Milan ni macam engine yang jana ekonomi seluruh Italy. Segala galanya di sana. Tempat lain selain tu tak dapat nak fully self sustained.
Kepada mereka yang tinggal di tempat lain ie Florence, Venice itu merupakan kemewahan tinggalan masa Magical Era of Italian Economic sekitar tahun 1960-1980 dahulu.
Ya Italy pernah melalui zaman ekonomi emas mereka selepas tamat perang dunia ke-2. Perusahaan, automotive, heavy industries, trains, shippings. Mereka menjadi pusat tumpuan bekalan eropah.
Oleh sebab kekayaan disebar ke kebanyakan rakyat, atok nenek di kampung pun banyak duit beli tanah buat rumah besar hasil prosperity Magical Era puluhan tahun yang lalu, maka menjurus anak beranak dan cucu duduk tinggal sekali sebumbung.
Bila mereka tinggal di suburban, udara segar, makan makanan fresh sayuran dan ternakan dan healthy lifestyle, kesannya mereka ni sihat, bila sihat panjanglah umur.
Statistic dari Italy Research Department bgtau warga tua di Italy (umur lebih 65) setakat tahun 2019 adalah sebanyak 22% over all population.
Jadi perkara ini menjurus kepada point ke 4.
Keempat, Aging Society
Kita tahu Covid lebih rancak dalam badan warga tua. Mangsa paling banyak kena attack merupakan warga tua. Italy dalam hal ini kurang bernasib baik kerana kadar sakit dan kematian paling ramai dikalangan warga tua.
Bila Lombardy dan Lazio lockdown, rakyat balik kampung rumah mak ayah atok nenek. Maka selesailah Covid dapat jumpa semua orang tua tua di kampung, jadi makanan dia.
Kelima, Isolation.
Ini suatu hal yang unik. Seperti yang aku beritahu di perenggan awal, Italy merupakan negara yang penuh sejarah gilang gemilang. Mereka ada Empayar Roman, mereka melahirkan ramai filsuf pemimpin dunia, mereka melahirkan para artisan yang mencorak mata seni manusia, mereka memulakan era Renaissance, ketua agama (pope) Kristian di dunia dan segala sejarah keagamaan Kristian bermula dari kelahiran Nabi Isa juga semuanya ada di Vatican.
Berapa punya ramai para genius dan polymath yang telah Italy lahirkan sepajang dunia ini berputar?
Marco Polo, Cristopher Colombus, Dante, Michelangelo, Leonardo Da Vinci, Galileo, Machiavelli, Verdi dan Puccini. Ahhh sekadar memetik beberapa nama.
Ini belum kita kira Valentino Rossi, Paulo Rossi, Dino Zoff, Baresi, Roberto Baggio, Fabbio Cannavaro, Nesta, Buffon, Del Piero, Maldini, Pagliuca dan super legend Giuseppe Meazza.
Ok so apa kaitan sejarah hebat Italy dengan isu isolation?
Mudah.
Mereka masih ada mentaliti yang mereka merupakan bangsa yang hebat.
From the descendants of the great empire of Rome!
Oleh sebab itu mereka tak berapa peduli apa jadi di dunia luar, they couldnt care less. Tak berapa penting.
Their concern is between trieste and puglia (north and south) negara Italy sahaja.
Masalah di luar, bukan masalah kami. Lebih kurang begitu.
Dan yang terakhir, They dont work like they used to.
Italy punya welfare kepada rakyat sangat power. Insurance and healthcare benefits, labor protections, dan segala macam social protection somehow membuatkan rakyat mereka terlalu chill dan rilex. Hidup just cool. Apa jadi pun tak perlu panik, tak perlu kalut, tak perlu tergocoh, tak perlu risau sangat sebab masih ada kopi espresso yang perlu dihirup.
Memang manja.
Kredit fot : New Straits Times
Kalau Rakyat Malaysia Terus Berdegil..
Atas semua yang semacam itu lah berlakunya apa yang dunia saksikan di Italy sekarang.
Sikap pemerintah dan rakyat mereka lah yang menjadi kayu ukur dalam menilai keberkesanan ketika menghadapi krisis.
Bukan menyalahkan tetapi mengambil pengajaran.
Setakat tulisan ini tamat, angka kematian di Malaysia akibat Covid pula sudah mencecah 14 orang dengan 212 kes baru hari ni.
Anggaran dari pihak berkuasa, terdapat 3 juta rakyat yang masih tak peduli RMO.
Ya 3 juta yang dok merayau tak semena mena berkumpul, bersembang, melepak
Tuan puan, Di Malaysia, nature masyarakat kita mungkin berbeza dengan Italy. Tapi satu benda yang pasti sama, kalau kita terus degil buat kepala tak mendengar kata, Maka tunggu lah lagi besar bencana tiba.
Tolong dengar kata.
Aku ambil kata kata seorang netizen Italy;
“We lost control of the epidemic. We died physically and mentally, we dont know what to do anymore. All solutions on earth have ended. The only solution is to the sky”
P/s: Gambar masa aku melawat sisa peninggalan Colleseum sekitar Disember 2016
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...