Kenakalan anak-anak adakalanya diluar batasan dan menguji kesabaran mak ayah. Namun senakal-nakal anak, darah daging kita sendiri tak sanggup ‘dibuang’ begitu sahaja di tepi jalan apatah lagi peringkat usia yang masih kecil.

“Nak, maaf mama ya? Terpaksa saya tinggalkan kamu di jalan kerana saya tidak sanggup melihat kamu menderita atau terseksa kerana kenakalanmu, setiap hari kamu cari masalah. Maafkan mama nak, jaga dirimu baik-baik ya.”

Itu kandungan surat yang ditemui bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang ditinggalkan ibu bapanya di sebuah stesen minyak di sini.

Gambar kanak-kanak lelaki berjaket merah yang mengalami luka di bahagian kiri wajah bersama sepucuk surat turut viral di media sosial selepas dimuat naik seorang pengguna twitter.

Anak 8 Tahun Nakal Suka Mencuri, Mak Nekad Tinggalkan Tepi Jalan

Menurut portal Kompas.com, kejadian berlaku di mukim Pangkalan Kuras di daerah Pelalawan di sini.Bagaimanapun, kanak-kanak itu bernasib baik kerana ditemui orang ramai di stesen minyak itu.

Anak Terlalu Nakal,Suka Mencuri

Pegawai Perhubungan Awam Polis Pelalawan Edy Haryanto berkata, pihaknya sudah memanggil ibu bapa serta mereka yang mempunyai kaitan dengan kanak-kanak itu untuk disiasat polis Pangkalan Kuras.

IKLAN

“Ia bagi mengetahui sama ada kanak-kanak itu benar-benar ditinggalkan atau disyaki didera,” kata Edy.

Edy berkata, berdasarkan keterangan awal daripada ibu bapanya, kanak-kanak lelaki itu disyaki ditinggalkan kerana terlalu nakal dan suka mencuri.

Selain diabaikan, polis juga menyiasat sama ada berlaku penderaan susulan kecederaan dialami kanak-kanak itu.

IKLAN

“Mereka tinggal di kuarters syarikat. Berdasarkan keterangan ibu bapanya, kanak-kanak ini berusia lapan tahun.

“Mereka mengatakan anak mereka suka mencuri,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika perbuatan kanak-kanak itu terbukti betul, ibu bapa tidak boleh abaikan mereka.

IKLAN

“Tindakan kekerasan dan pengabaian bukan perkara wajar berlaku terhadap kanak-kanak bawah umur. Jadi, mereka yang berkaitan akan disiasat,” katanya.

Baca Lagi Di Sini:
‘Pecahkan TV, Terbalikkan Almari.. ‘ Saharul Ridzwan Gandakan SABAR Didik Anak Lelaki

Sebelum Anak Lelaki Jadi Remaja, PENTING Ajar 5 Perkara Ini

MW:Bila anak bermasalah, terlalu nakal, mak ayah mohon semak semula cara didikan pada mereka. Adakah terlalu memanjakan atau anak-anak kurang kasih sayang dan perhatian. Buang mereka tepi jalan, bukanlah penyelesaian kepada masalah ini. Anak adalah satu amanah dan pinjaman yang mesti kita jaga sebaik-baiknya.

Sumber: Hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI