Jaga Sekolah Susah Dapat Makanan Waktu PKP, Guru Masakkan Bekal Hari-hari

Alangkah murninya hati guru sekolah ini. Walaupun sekolah tidak dibuka sepanjang PKP, jaga sekolah ada yang bekerja untuk pastikan keselamatan harta benda sekolah baik terpelihara.

Memandangkan Malaysia sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, banyaklah kedai makan yang tidak dibuka. Jadi satu masalah pula untuk jaga sekolah mencari makan tengah hari.

Baca sini : Resepi roti puri tak menang tangan, laku keras dibuat niaga

Cerita guru sekolah ini, Rosita Ismail pemberian bekal makanan tengah hari kepada jaga sekolah itu berlaku tanpa sengaja.

Saya tak tahu nak cerita macam mana. Bukan nak riak atau nak raih like. Cuma nak kongsi sedikit yang sebelum ini saya tak pernah terfikir langsung.”

Sebelum ini, saya ada chat dalam wasap dengan seorang kawan saya juga ahli grup MAHN. Dia bagitahu dia ada singgah sekolah (kami cikgu sekolah je). Ambil barang kat guard sekolah.

Pastu guard sekolah ada la meluahkan perasaan yang susah nak dapatkan makanan semenjak PKP ini.” Kalau nak membeli di kedai mamak yang berdekatan agak mahal juga. Faham sendiri lah dengan gaji mereka itu.

Jaga Sekolah Susah Dapat Makanan Waktu PKP, Guru Masakkan Bekal Hari-hari

IKLAN

Dari Bertanyakan Mask, Akhirnya Sedekah Makanan Tengahari

Kata guru ini, pada hari tersebut kawannya mencari nasi di kedai mamak berdekatan. Niatnya mahu dihantar kepada dua orang guard sekolah mereka.

Mula dari situlah Rosita berwhatsApp dengan jaga sekolahnya. Dia yang prihatin bertanyakan sama ada jaga sekolah ada stok topeng muka atau tidak.

Rupanya mereka tak ada topeng muka. Dia pun minta jaga datang ke rumahnya. Kebetulan rumahnya dekat saja dengan sekolah. Anggaran 1 km.

Sambil dia ambil mask, saya selit makanan. Sambil masak untuk anak kan. Semenjak hari itu lah saya suruh dia datang rumah ambil makanan tengah hari.”

Nampak sangat seronoknya dia. Setiap kali balik je, ambil makanan dari rumah saya. Dia akan post minta saya dan keluarga saya diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki… Alhamdulillah.”

IKLAN

Ada juga orang nak doa sekali untuk saya dan keluarga.”

Nasib suami saya pun jenis tak kisah. Sampai kadang-kadang suami suruh tambah lagi lauk. Takut diorang tak kenyang.”

Saya hanya mampu buat macam ini. Dalam masa yang sama, minta Allah gantikan rezeki ini untuk anak saya kat universiti yang tak dapat balik.”

Jaga sekolah Rosita orang Malaysia yang sangat suka membantu cikgu-cikgu. “Doakan saya sihat dan kuat untuk menyediakan masakan untuk anak-anak dan juga mereka yang memerlukan.”

Antara Menu Untuk Jaga Sekolah

 

IKLAN

Jaga Sekolah Susah Dapat Makanan Waktu PKP, Guru Masakkan Bekal Hari-hari

Jaga Sekolah Susah Dapat Makanan Waktu PKP, Guru Masakkan Bekal Hari-hari

Jaga Sekolah Susah Dapat Makanan Waktu PKP, Guru Masakkan Bekal Hari-hari

Jaga Sekolah Susah Dapat Makanan Waktu PKP, Guru Masakkan Bekal Hari-hari

Jaga Sekolah Susah Dapat Makanan Waktu PKP, Guru Masakkan Bekal Hari-hari

MW : Bertuah sungguh jaga sekolah dipertemukan dengan cikgu yang murni hatinya. Dalam menghadapi kekalutan Covid-19, masih ada lagi insan yang prihatin dengan kesusahan orang lain.

Sumber/Foto : Rosita Ismail

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI