Kucing merupakan binatang kesayangan di rumah. Sehinggakan ramai yang menganggap haiwan comel berbulu ni seperti ahli keluarga sendiri.Bila dah memelihara kucing, segala aspek kesihatannya perlu di ambil berat.Memang kasihan bila kucing ada kutu dibadannya. Ia membuatkan dirinya rasa tak selesa dan gatal-gatal.

Menerusi perkongsian Puan Tyra Theera ada cara mudah dan berkesan untuk hilangkan kutu pada badan kucing, hanya menggunakan garam dan air.

Berikut perkongsian wanita ini sebagai panduan;

Kutu kucing atau dikenali sebagai Ctenocephalides felis merupakan sejenis parasit penghisap darah yang boleh dijumpai pada badan kucing.

Kutu kucing hidup di badan kucing dan menyebabkan kegatalan yang melampau .Sebab itu mereka melakukan aktiviti menggaru menggunakan kuku secara ekstrem.Kadang-kadang tahap kegatalan itu sampai mencederakan kulit kucing .

Wanita Ini Kongsi Tip Berkesan Hilangkan Kutu Pada Badan Kucing

IKLAN

Kaedah yang tyra buat untuk bunuh kutu terbabit :

Bahan-Bahan :

Air Panas
Garam

Wanita Ini Kongsi Tip Berkesan Hilangkan Kutu Pada Badan Kucing

IKLAN

Cara Penyediaan:

1.Bancuh garam dengan air panas kacau sampai larut .
2.Sebab apa air panas, kenapa bukan air biasa ? Air panas tu lagi mudah untuk kita larutkan garam.

Cara Membuat :

1.Lepas dah larut air garam tadi jangan terus curah ke kucing kang melecur pulak kucing tu .Nak bunuh kutu bukan nak bunuh kucing naaa dik nooon .Make sure air garam tu suam-suam manja.

2.Lepas dah bagi mandi kucing dengan air garam biarkan seketika dalam 10 minit.Lepas tu bilas dengan air biasa.Jangan tak bilas pulak sebab air garam itu sifatnya panas.

IKLAN

Wanita Ini Kongsi Tip Berkesan Hilangkan Kutu Pada Badan Kucing

3.Selapas mandi kita akan nampak kutu tu jatuh di lantai bertaburan arwah habeh semua kutu tu .

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, terutama buat pencinta kucing. Cara mudah lagi murah untuk hilangkan kutu kucing.

Sumber: Tyra Theera

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI