Sedihnya bila tengok seorang lelaki tukar perwatakan kepada seorang perempuan. Walhal dirinya adalah lelaki sejati. Apa agaknya yang mereka fikirkan dengan dunia mak nyah ini sehinggakan penampilan mereka kadang-kadang mengalahkan perempuan asli sendiri.
Namun, kita tak tahu dari dunia mak nyah ini, telah membuka hati untuk kembali ke pangkal jalan. Malah, lebih baik dari sebelum ini.
Inilah yang dikongsikan oleh Muhammad Asrul Abdul Kadir, 38 tahun yang meninggalkan dunia mak nyah suatu waktu dulu, kini kembali menjalani kehidupan yang lebih baik.
Dalam perkongsiannya, Muhammad Asrul kini merasa lebih tenang dengan caranya tersendiri dan bergelar sebagai tukang keranda.
“Dah lima tahun saya buat kerja ni. Masa awal-awal jadi tukang keranda dan batu nisan, saya masih pakai pakaian perempuan. Orang tengok atas bawah sebab pelik.”
“Lama-lama saya fikir, macam mana nak berniaga, nak berdepan dengan pelanggan. Kemudian mak saya meninggal pada tahun 2016.”
Ads
“Sejak itu saya perlahan-lahan tinggalkan pakaian perempuan. Baju-baju lama masih disimpan, tapi saya dah tak pakai,” ujar pemuda tersebut yang mesra disapa Jun.
Selain itu, Jun turut tidak kisa berkongsi gambar-gambar sewaktu bergelar ‘mak nyah’ menerusi aplikasi tiktok, susulan berasa penat dengan pertanyaan netizen.
Jelas Jun, dia mengambil langkah berlaku jujur dan menceritakan perkara sebenar apa yang pernah berlaku dalam hidupnya. Jun juga mengakui tidak kisah dengan tanggapan mereka sama ada baik ataupun buruk.
“Dekat TikTok saya tunjukkan cerita sebenar. Saya jujur dengan followers, jadi orang pun faham. Kalau saya tak tunjuk gambar, orang asyik tanya soalan sama. Saya penat nak jawab.”
“Yang mana dah lama ikuti tiktok saya, mereka tahu saya macam ni. Yang kecam tu sikit sangatlah, sebab orang tahu kerja saya walaupun saya macam ni. Lebih ramai yang memberikan sokongan.”
Ads
“Alhamdulillah, ada juga pelanggan yang menempah batu nisan yang dibuatnya bukan saja dari negeri Kedah tapi juga dari Negeri Sembilan dan Johor.
Buat Keranda Dari Kecil
Bercerita lanjut tentang pekerjaan yang dilakukan sekarang, Jun memberitahu dia sudah didedahkan dengan pembuatan batu nisan dan keranda sejak kecil lagi dan sejak 5 tahun kebelakangan ini, ia menjadi sumber pendapatannya.
“Saya mula buat keranda masa umur 9 tahun. Batu nisan pula saya belajar masa umur 16 tahun. Masa tu tengok orang buat, kemudian saya beli kayu dan sebagainya, saya cuba buat sendiri.
“Buat banyak kali, daripada tak jadi sampailah jadi keranda. Sekarang dah lima tahun saya usahakan kerja ini, saya buat depan rumah je. Ada juga pembantu, berat nak buat sendirian,” ujar Jun yang turut terlibat dalam urusan memandikan jenazah.
Beritahu Jun juga, dia sendiri sudah menyiapkan keranda untuk dirinya sendiri dan disimpan di dalam rumah.
Ads
“Saya sudah simpan kerana untuk diri sendiri, kain kapan pun dah siap serta batu nisan untuk diri sendiri di simpan di rumah. Saya maklumkan pada waris. Jadi mereka tahu dan boleh standby.
Untuk makluman, Jun kerap berkongsi aktiviti-aktiviti pembuatan batu nisan dan keranda di aplikasi tiktok. Dia juga membuka tempahan untuk sesiapa yang ingin mendapatkannya.
Mingguan Wanita : Moga terus istiqamah dan memberi teladan buat semua pembaca.
Syawal ini pastinya berbeza sekali buat pelawak terkenal Achey Boceyatau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 32 dan isteri, Nor Hasanah Yahaya. Selepas 8 tahun raya berdua, tahun ini Hari Raya mereka disambut bertiga pula. Kehadiran seorang anak angkat menyerikan lagi Aidilfitiri suami isteri ini.
Bayi yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir inilah bakal mengisi kekosongan ruang bermanja Achey dan isteri. Dalam instagramnya Achey memaklumkan tentang pengambilan anak angkatnya itu.
“Bismillah.. Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. Setelah 8 tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata. Namun pada 22 Mei 2018 di Ramadhan ke-6, anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu.”
Baby Tiara ini dilahirkan pada 15 Mei 2018 yang lalu. Pada jam 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Rupanya selama bayinya itu lahir, isterinya Nor Hasanah lah yang turut menjaga sewaktu dalam pantang. Sebab itulah dekat sebulan lamanya, mereka tak duduk di kediaman mereka.
Kami Di Kampung, Jaga Tiara Dalam Pantang
Jadi, desas desus yang kata dia gaduh dengan isteri ke? Atau isterinya sakit ke apa tidaklah betul. Ini yang dijelaskan Achey.
“Selama hampir sebulan kami berada di kampung. Terutamanya @anne_achey. Ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? Jawapannya menjaga Tiara dalam pantang.”
“Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata yang hebat. Yang paling jelas, saya Achey dan Anne sangat gembira tak terkata.”
“Kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran Tiara. Semoga Tiara menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya.
“Raya ni kami bertiga.. Yeay!” luahnya mengakhiri statusnya itu.
Tiada yang lebih membahagiakan hati mak ayah apabila anak-anak cemerlang dalam bidang yang diceburi. Lebih-lebih lagi apabila dapat mengharumkan nama negara.
Bell Ngasri atau pemilik nama sebenar Nasrizal Ngasri,42 dan isteri meluahkan rasa syukur dan berbangga apabila anak perempuan mereka Nasfarisya Nasrizal, 14 tahun mewakili negara dalam pertandingan peringkat antarabangsa yang sedang berlangsung di Vietnam.
“Syukur Alhamdulillah..moga kakak @nsfarisya dapat mengharumkan & membanggakan nama negara tapi apapun,kakak dah berjaya membanggakan baba & mama. Tahniah kakak” ujar Bell
“First time lepaskan @nsfarisya tanpa family or mummy..Menang atau kalah yang penting kakak happy apa yang kakak buat. Mummy dan @bellngasriofficial sentiasa jadi tulang belakang untuk kakak capai apa yang kakak suka.. All the best kakak!”ujar Nur Farhana.
Actions For Earth Award & Global Youth Summit
Anak kepada pelakon Bell Ngasri ini antara empat pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Setiabudi di Gombak dipilih untuk mewakili Malaysia dalam Actions For Earth Award & Global Youth Summit.
Acara ini berlangsung di International Centre for Interdisciplinary Science and Education di Quy Nhon, Binh Dinh, Vietnam mulai 23 hingga 27 Ogos 2023.
Selama lima hari, para peserta akan memusatkan perhatian kepada isu-isu penting seperti pemanasan global dan peningkatan paras air laut.
Semua delegasi akan bekerjasama dengan erat untuk berkongsi idea, mencari solusi dan mencipta rekaan inovatif yang bertujuan untuk mengatasi masalah yang berlaku.
Pasukan yang dapat menyampaikan penyelesaian dan solusi terbaik untuk masalah Pemanasan Global dan Peningkatan Paras Air Laut berpeluang memenangi hadiah sebanyak USD10,000.
Siapa sangka rupanya ada kerjaya sebagai ‘Penunggu Professional’ yang sanggup beratur panjang berjam-jam lamanya demi upah lumayan. Malah pelanggan sanggup membayar upah yang tinggi kerana terhad dengan masa dan mempunyai komitmen lain.
Upah RM903 Sehari
Seorang lelaki berusia 31 tahun dari United Kingdom memilih bekerja sebagai ‘penunggu profesional’ semasa waktu lapang dengan meraih 160 pound (RM903) sehari.
Lapor Oddity Central, Freddie Beckitt sanggup beratur panjang selama berjam-jam bagi setiap pelanggan yang terdiri daripada golongan kaya yang menggunakan khidmatnya.
Sudah berkecimpung selama tiga tahun dengan menjadikan sebagai karier sambilan, penulis fiksyen dari Fulham itu mampu meraih 20 pound (RM112) sejam.
Freddie Beckitt
Sanggup Beratur Panjang
Beckitt malah berharap dapat beratur lebih lama supaya dapat menumpukan tugas itu sebagai kerjaya sepenuh masa.
“Saya sanggup beratur panjang asalkan ada yang sudi membayar bagi melakukan tugas itu.
“Saya mengiklankan perkhidmatan itu dalam Taskrabbit yang menawarkan pelbagai tawaran pekerjaan pelik dan pelanggan hanya perlu memilih perkhidmatan yang diinginkan,” katanya.
Pelanggan Golongan Berada
Menurut Beckitt, kebanyakan pelanggannya adalah golongan berada yang tidak mempunyai masa untuk beratur mendapatkan tiket bagi sebarang acara popular yang diadakan.
“Saya pernah beratur selama lapan jam bagi membeli tiket pertunjukan V&A Christian Dior.
“Masa sebenar hanyalah tiga jam, tetapi pelanggan meminta saya mengambil tiket dan menunggu mereka tiba di acara itu. Saya tidak kisah asalkan dibayar 20 pound sejam,” katanya.
Mingguan Wanita: Asalkan kreatif, sanggup beratur panjang berjam-jam lamanya pun boleh dijadikan sumber pendapatan & kerjaya. Memang gigih sungguh beratur lama-lama.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...