Desas desus perayaan Aidilfitri bakal disambut lebih awal pada hari Jumaat 21 April membuatkan ramai pihak perlu membuat pelbagai persediaan termasuklah merancang perjalanan pulang ke kampung.

Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena Aidilfitri sekiranya perayaan itu jatuh pada 21 April ini.

Wajar Anjak Cuti Sekolah Jika 1 Syawal Jatuh Pada 21 April-NUTP

Anjak Cuti Sekolah Sempena Aidilfitri

Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Jasni Md Kechik berkata, perkara itu juga berdasarkan kepada pandangan ibu bapa yang mahu anjakan tarikh baharu bagi memudahkan rancangan perjalanan selain memastikan keselamatan warga guru dan pelajar terjamin.

Wajar Anjak Cuti Sekolah Jika 1 Syawal Jatuh Pada 21 April-NUTP
Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Jasni Md Kechik

“Saya harap KPM melihat kembali supaya cuti Aidilfitri diawalkan dan tarikh itu (permulaan cuti) diberi pada hari Rabu (19 April).

“Saya faham mungkin ada sekolah yang sudah ambil cuti peristiwa, namun ia masih boleh selaraskan semula untuk pastikan sekolah tertakluk kepada 190 hari persekolahan (setahun).

IKLAN

“Tidak perlu ambil cuti peristiwa sampai empat hari kalau nak (cuti) hari Rabu sebab hari persekolahan akan jadi 189 hari. Maka sekolah hanya perlu ambil cuti peristiwa sebanyak tiga hari sahaja,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Wajar Anjak Cuti Sekolah Jika 1 Syawal Jatuh Pada 21 April-NUTP

20 April Dijangka Penghujung Ramadan

Sebelum ini media melaporkan, Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.

Dalam pada itu Jasni berkata, cuti bagi semua sekolah di Malaysia bermula 20 April ekoran jangkaan tarikh 1 Syawal pada 22 April berdasarkan jadual asal yang dikeluarkan KPM.

IKLAN

Namun beliau menjelaskan, perkara tersebut masih boleh diubah sekiranya terdapat keperluan kecemasan seperti pertikaian tarikh 1 Syawal.

“Semasa buat takwim persekolahan, memang KPM berbincang dengan persatuan di peringkat awal dan ia dalam pengetahuan kita.

“Tetapi bila berlaku kes kecemasan seperti ini, kena lihat semula ikut keperluan sebab kita mahu elak perkara sama berlaku seperti tahun lepas.

IKLAN

“Mungkin juga menteri (Fadhlina Sidek) boleh umum (cuti awal) tetapi ia tetap tertakluk kepada jumlah hari persekolahan,” ujarnya.

Mesti Baca:‘Harga Tinggi Cecah RM291 Segram’ Ramai Jual EMAS Tampung Perbelanjaan Raya
Baca Lagi Di Sini:Anak Tertumpahkan Pengilat Kuku, Tomok Bayar RM5,593! “Ujian Nak Raya Agaknya. Insyaallah Ada Rezeki Lain”
Artikel Menarik:Sempat Pakaikan Baju Raya, Kenangan Terakhir Sebelum Anak Meninggal

Mingguan Wanita: Ada juga kewajarannya untuk anjak semula cuti sekolah jika raya disambut lebih awal.

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI