Wajah paling ditunggu saban tahun, latar belakang pendidikan Tan Sri Syed Danial bukan calang-calang. Setiap kali menjelang Ramadan dan tarikh pengumuman hari raya puasa, inilah wajah yang paling ditunggu di depan tv.
Sama ada puasa atau tidak, raya mengejut atau tidak tidak, semua pasti tidak sabar menanti pengumuman dibuat oleh personaliti berkarisma ini. Bahkan ramai bertanya-tanya, baju Melayu warna apakah akan dikenakannya kerana ramai membesar melihat wajahnya.
Wajah Paling Ditunggu Saban Tahun
an TahunNamun di sebalik pengumuman dibuatnya, pasti ramai yang tidak tahu latar belakang pendidikannya. Bukan calang-calang latar belakang pendidikannya kerana dirinya belajar di luar negara dalam bidang perbankan dan ekonomi sebelum pergi ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
Dikongsikan dari fakta menarik, inilah latar belakang hebat Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad ialah seorang tokoh terkenal di Malaysia yang berjaya dalam bidang perniagaan, ekonomi dan agama. Beliau dilahirkan pada 4 Julai 1944 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Stowell dan kemudian di Sekolah Menengah Teknik Bukit Mertajam.
Selepas menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, beliau bekerja dalam sektor perindustrian dan kemudian melanjutkan pelajarannya ke luar negara untuk mengikuti kursus perbankan di London, England dan kemudian di Amerika Syarikat untuk menimba ilmu dalam bidang perbankan dan ekonomi.
Ads
Selain daripada kejayaan dalam bidang perniagaan dan ekonomi, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang agama dan telah melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar di Mesir untuk memperdalam ilmu agama.
Beliau juga terlibat dalam pelbagai organisasi agama di Malaysia dan menjadi anggota Lembaga Peperiksaan Kadi dan Imam Negara. Selain itu, beliau juga terlibat dalam bidang pendidikan dan pernah menjadi ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi MARA dan juga Universiti Tun Abdul Razak.
Siapakah Figura Yang Memegang Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Ini?
Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dikenali sebagai seorang ulama dan pemimpin yang berpengaruh di Malaysia. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan termasuklah Darjah Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM), Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP), dan banyak lagi.
Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad telah dianugerahkan gelaran Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, satu daripada jawatan penting dalam Majlis Raja-Raja di Malaysia. Sebagai Penjaga Mohor Raja-Raja, beliau mempunyai tanggungjawab untuk mengumumkan tarikh-tarikh penting dalam kalender Islam seperti permulaan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Pengumuman tarikh permulaan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dibuat berdasarkan pemerhatian kenaikan bulan baru. Kaedah tradisional ini digunakan untuk menentukan permulaan bulan Hijriah. Tugas ini memerlukan kepakaran dan pengetahuan dalam astronomi dan fiqh Islam untuk menentukan tarikh yang betul dan sah. Pelantikan Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad ke jawatan ini menunjukkan kepercayaan serta pengiktirafan terhadap kebolehan dan kepakaran beliau dalam bidang ini. Kredit: Fakta Menarik.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menetapkan hanya ketua keluarga atau seorang wakil sahaja yang boleh membeli barangan keperluan harian.
Walaupun memangku jawatan sebagai seorang Ketua Kerajaan, sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-11 ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga selaku ketua keluarga berkesempatan meluangkan masa melakukan tanggungjawab membeli sendiri barangan dapur untuk keperluan keluarga.
Dalam perkongsian di Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri kesayangan ramai ini berkongsi beberapa keping gambar beliau singgah di pasaraya untuk membeli barangan keperluan. Beliau juga sempat memerhatikan amalan selamat dan pencegahan yang sepatutnya dilakukan oleh orang ramai didalam pasaraya sewaktu membeli barangan. Disamping itu, beliau juga menasihatkan agar tidak perlu panik kekurangan barangan kerana ia mencukupi.
Berikut perkongsian tersebut;
“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya. Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik.”ujarnya.
Rakyat Doakan Kesihatan
Sementara itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Perdana Menteri diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan untuk terus menerajui negara.
MW: Sempoi je, Perdana Menteri beli sendiri barang dapur untuk keluarga. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat dan menerajui kepimpinan kerajaan, sekaligus berjaya menangani COVID-19 ini.
Pengorbanan dan kasih seorang kakak apabila sanggup mendermakan rahimnya sendiri kepada adiknya tersayang. Ini kerana berharap supaya adiknya turut berpeluang memiliki anak sendiri dan bergelar seorang ibu.
Pemindahan Rahim Pertama
Sekumpulan pakar bedah di Britain berjaya menjalankan prosedur pemindahan rahim pertama negara itu yang melibatkan seorang penderma hidup, lapor akhbar The Sun UK.
Pesakit berusia 34 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu tidak dapat melahirkan anak kerana mengalami masalah genetik.
Kakaknya yang berusia 40 tahun dan mempunyai dua anak memutuskan untuk mendermakan rahimnya dalam prosedur yang baru diumumkan tersebut.
Tempoh Pembedahan 9 Jam Setengah
Pakar perubatan daripada Kolej Diraja NHS Trust di London dan Hospital Universiti Oxford mengambil masa hampir sembilan jam setengah dalam operasi pada Februari lalu.
Lebih 30 kakitangan kemudian bertukar syif memantau pesakit selama 24 jam. Prosedur itu berjaya dilakukan dan penerima rahim merancang untuk hamil menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF) akhir tahun ini.
“Ia adalah luar biasa. Ia mungkin minggu paling tertekan dalam kerjaya pembedahan saya tetapi hasilnya positif.
“Penderma dan penerima (rahim) gembira. Saya berpuas hati apabila penderma pulih sepenuhnya selepas pembedahan besar dan penerimanya dalam keadaan baik,” kata pakar bedah, Profesor Richard Smith.
Namun demikian dalam ajaran Islam menderma rahim hukumnya HARAM kerana tujuan untuk mendapatkan zuriat itu hanya bersifat pelengkap kepada kehidupan berkeluarga. Masih ada alternatif lain untuk mendapatkan anak seperti mengambil anak angkat dan berpoligami.
Mingguan Wanita: Pengorbanan dan kasih seorang kakak apabila ingin adiknya turut berpeluang memiliki anak sendiri dan menjadi seorang ibu. Sanggup mendermakan rahimnya sendiri.
“Tiada istilah kami berpisah sebab dia tak tahan untuk jaga saya pun” akui Bad hingga kini masih ramai yang mahu ketahui punca sebenar dia dan bekas isterinya, Ashira Aziz berpisah.
Realitinya, Bad dan Ashira hingga kini masih berkawan baik. Malah dia juga menolak tanggapan segelintir pihak yang menganggap perceraiannya berpunca daripada sikap bekas isterinya yang tidak boleh berdepan dengan masalah kesihatannya.
“Tiada Istilah Kami Berpisah Sebab Dia Tak Tahan Jaga Saya”
Seperti mana yang dilaporkan Harian Metro, Bad menerangkan dirinya dan Ashira tidak saling membenci.
“Dia sebenarnya nak tolong saya, tapi saya yang tak izinkan daripada awal lagi. Dia nak tolong ambilkan air, bawa saya ke bilik air atau cuci luka pun saya kata tak perlu ikut biar saya buat sendiri.
“Saya ada beritahu kalau ditakdirkan kita tidak bersama dia pasti tidak dapat nak tolong saya dan takkan ketika itu saya nak kelam-kabut seorang diri. Jadi biarlah saya ajar diri saya.
“Tiada istilah kami berpisah sebab dia tak tahan untuk jaga saya pun. Netizen akan mencari punca sebab bagi mereka cerita kami ini tergantung, lebih-lebih lagi kami buat pengumuman berpisah dan sehingga kini masih berkawan baik. Mungkin mereka tak suka pengakhiran yang begitu, nak ada kontroversi.
Lebih Baik Jadi Kawan
“Masalahnya memang tiada. kalau ada benda apa-apapun saya tidak akan sesekali mendedahkannya sebab itu adalah aib.
“Kenapa kami boleh berkawan baik, rasanya orang luar boleh fikir sendiri. Maknanya kami tidak saling membenci dan lebih elok menjadi kawan daripada mempunyai ikatan serta tak perlu nak putuskan silaturahim,” ungkpnya.
Kenangan bersama bekas isteri, Ashira.
Gagal Rumah Tangga & Sakit
Diuji dengan kegagalan rumah tangga dan sakit yang menimpa, Bad tetap bersyukur dengan segala dugaan yang menimpa dirinya.
“Saya bersyukur dapat semua ujian ini.
“Saya rasa lagi bertuah daripada orang lain kerana apa yang terjadi kepada saya termasuk kegagalan dalam perkahwinan dan sakit, Allah nak bagi kita yang lebih baik sebab Dia yang merancang.
“Dia ambil bahagian depan kaki saya, ia bukan kepunyaan saya tapi milik-Nya.
“Dalam pada saya duduk diam begini, tiba-tiba saya dilimpahkan rezeki apabila dapat kerusi roda elektrik, sumbangan serta dapat kerja baru.
“Saya ada terfikir mungkin kehidupan saya akan lebih teruk tapi sebenarnya lagi senang dapat kerja. Dalam kekurangan saya, lebih banyak kelebihan yang saya dapat.
“Malah bila jadi begini ramai rakan yang datang bertanya khabar kerana bimbang saya tertekan atau mengalami kemurungan. Ialah bila kena begini mungkin ramai yang fikir saya tak boleh terima hakikat, rasa kenapa saya tapi sebenarnya saya reda,” kongsi Bad.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...