Wah Sedapnya Sampai Terliur! 5 Resipi Lazat MILO®, Mak-Mak Wajib Cuba Musim Cuti Sekolah Ini

Share

Setiap pagi ada antara kita yang akan minum air MILO® sebagai minuman wajib. Tak ada MILO® tak best katanya! MILO® sememangnya kegemaran rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi. 

Sebagai mak-mak sudah pasti gaya hidup sihat anak-anak menjadi kepentingan dan keutamaan. Minuman MILO® penuh dengan kebaikan dan khasiat malah boleh memberikan kecergasan kepada kanak-kanak. 

Setiap hirupan minuman coklat malt MILO® sangat berharga dan menjadi igauan. Apatah lagi apabila minuman kegemaran ramai ini diolah menjadi resepi yang kreatif dan viral hingga membuatkan anda terliur.

Diet Seimbang, Gaya Hidup Sihat

Tidak perlu diperkenalkan lagi, sememangnya MILO® merupakan minuman yang sesuai dipadankan dengan diet seimbang yang menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat.  

MILO® diperbuat daripada barli malt, susu dan koko serta gabungan 6 vitamin dan 3 mineral penting yang membantu untuk membebaskan tenaga daripada makanan untuk tempuhi hari dengan aktif. 

Tahukah anda, secawan MILO® mengandungi ramuan berkhasiat supaya anda bertenaga  untuk boleh melangkah lebih jauh. Di mana secawan mengandungi MILO® 124kcal yang memenuhi 6% keperluan tenaga harian (berdasarkan 2000kcal). 

Resipi Terbaru MILO®, Wajib Cuba!

Pergi sahaja ke mana-mana pun minuman MILO® pasti menjadi pilihan pelbagai generasi tidak kira tua dan muda. Tak kisahlah hidangan yang diminum sejuk atau panas. Bila dah dapat nikmati secawan minuman coklat malt ini pasti hati menjadi girang dan badan bertenaga.  

Bagi anda yang gemar meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu, pastinya resipi lazat MILO® yang direka khas bersama pakar pemakanan MILO® sangat sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.  

Hidangan MILO® walaupun kosong memang sedap, apatah lagi bila sudah diolah pasti membuatkan anda terliur. Sesekali cubalah resipi MILO® istimewa!  

Terdapat bermacam-macam variasi produk Milo® selain serbuk Milo® biasa yang boleh digunakan dalam resipi minuman Milo® setiap hari, seperti Milo® Hi-Fibre, Milo® 3-in-1, Milo® Less Sugar dan Milo® with Whole Grain Cereal.

5 Resepi Lazat MILO® Mampu Buat Anda Terliur

Setiap resipi MILO® membekalkan anda dan keluarga nutrien yang diperlukan agar bertenaga untuk melangkah jauh. Malah bila anda perlukan tenaga, itulah tandanya masa untuk menikmati MILO®.  

Ini 5 resipi MILO® yang sesuai dilayan tak kira masa pagi atau petang.

  1. MILO® AVOCADO MILKSHAKE

BAHAN-BAHAN 

1 stik pek MILO® 3 IN 1 

30g Buah avacado masak 

80ml Susu rendah lemak sejuk 

1 cawan Ais 

CARA PENYEDIAAN 

Tuangkan semua bahan-bahan ke dalam mesin kisar dan kisar sehingga tekstur menjadi pekat. Tuang ke dalam gelas dan hidangkan sejuk. 

2. MILO® BRULEE 

BAHAN-BAHAN: 

120ml Buih Susu 

2 sudu besar Sirap MILO® 

Ais (ikut kesukaan) 

Untuk campuran Sirap MILO®: 

100g SERBUK MILO® 

40ml Air panas 

Untuk hiasan: 

1 sudu teh SERBUK MILO®  

CARA PENYEDIAAN 

Sediakan sirap MILO® dengan tambah 100g SERBUK MILO®  ke dalam 40ml air panas dan kacau sehingga sebati. 

Didihkan susu dalam satu periuk kecil, pukul susu dengan menggerakkan pembuih susu di sekitar sehingga buih yang lembut dan gebu terbentuk. 

Tambah 2 sudu besar sirap MILO® mengelilingi cawan dan tuangkan 120ml buih susu ke dalam cawan. 

Taburkan 1 sudu kecil SERBUK MILO® di atas sebagai hiasan. 

3. MILO® YOGURT BERI SMOOTHIE 

Saiz Hidangan: 1 

Masa penyediaan: 5 minit

BAHAN-BAHAN: 

30g SERBUK MILO® 

80g Yogurt asli rendah lemak 

60ml Susu rendah lemak sejuk 

40g Strawberi dan Blueberi (segar atau sejuk beku) 

Ais (Ikut kesukaan) 

CARA PENYEDIAAN 

Tuangkan semua bahan-bahan ke dalam mesin kisar dan kisar sehingga tekstur menjadi pekat. 

4. MILO® SMOOTHIE CORNFLAKES & KURMA 

1 stikpek MILO® 3 IN 1 

150ml Susu soya tanpa gula 

5g Cornflakes 

4g Kurma, dicincang 

Tinggalkan sedikit MILO® dan kurma untuk hiasan 

CARA PENYEDIAAN 

Masukkan semua bahan-bahan kecuali cornflakes ke dalam periuk dan biar mereneh. 

Tuang ke dalam cawan dan taburkan cornflakes di atas. Kacau sebati dan hidangkan panas. 

5. BUTTERY HOT COCONUT MILO® 

Bahan-bahan: 

1 stikpek MILO® Kosong 

150ml Air Kelapa 

8g Kurma, dicincang 

1 sudu teh Mentega tanpa garam 

Tinggalkan sedikit MILO® dan Mentega untuk hiasan 

CARA PENYEDIAAN 

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk dan biar mereneh. 

Tuang ke dalam cawan dah hidangkan panas. 

Selain 5 resipi ini anda juga boleh melayari resipi-resipi enak dan lazat dari MILO® https://www.milo.com.my/ms/kebaikan-berkhasiat/masauntukmilo 

 

 

IKLAN