Ustazah Asma’ beri teguran, “kurangkanlah bergelek atas pentas, saudara seislam kita sedang berjuang nyawa di sana. Saat ini Palestin sedang dibedil oleh zionis. Konflik yang terjadi mengakibatkan nyawa orang awam tidak berdosa terbunuh. Lebih menyayat hati, kanak-kanak dan wanita lebih ramai menjadi mangsa dalam peperangan ini.
Data dari sumber Kementerian Kesihatan Palestin setakat 20 Oktober 2023 menunjukkan angka kematian dalam kalangan warga Palestin ialah 4,137 iaitu 1,524 kanak-kanak dan 1,000 wanita. Manakala penduduk Palestin yang cedera 13,000 orang. Jelas satu angka yang sangat menyedihkan bagi saudara seislam kita.
Namun di sebalik peperangan ini, tidak semua memahami betapa pentingnya “rasa kemanusiaan” dan menginsafi serta mengambil iktibar atas peperangan kepada saudara sesama islam sebaliknya masih menjalani kehidupan dengan penuh rasa seronok dan kemaksiatan.
Ustazah Asma’ Beri Teguran
Berkongsi di aplikasi X, Ustazah Asma’ Harun memuat naik satu video teguran dan memberi ingatan kepada mereka yang masih lalai dengan dunia penuh tipu daya.
Mampukah untuk kita berhibur disaat saudara SeIslam kita berjuang mempertaruhkan nyawa, kita masih terus hanyut dalam hiburan yang melalaikan. pic.twitter.com/1sTtfs86V9
Kata pendakwah terkenal ini, mengambil kira situasi saudara seagama kita bertarung nyawa setiap saat, stesen tv perlu peka.
Tanyanya, “Mampukah untuk kita berhibur disaat saudara SeIslam kita berjuang mempertaruhkan nyawa, kita masih terus hanyut dalam hiburan yang melalaikan,” soalnya.
“Kurangkanlah Bergelek Atas Pentas, Saudara Seislam Kita Sedang Berjuang Nyawa Di Sana…”
Dalam video seminit yang dikongsinya juga, pendakwah ini meminta agar stesen tv bersifat sensitif.
“Dalam keadaan situasi di sana, islam sedang ditekan, umat islam sana dibunuh.
Ads
“Maksudnya kita mengharapkan macam nie, dalam situasi begini, kurang-kurangkan sikit hiburan. Memanglah sebenarnya, hiburan ini perlu tetapi itu hiburan yang jelas haram, lalai, berada di atas pentas, wanita-wanita berjoget, mengalunkan suara dengan nampak lenggok tubuh badan.
“Bukan itu saja dengan tak tutup auratnya, dia bukan syubahah, dia bukan ragu-ragu, dia bukan duduk tengah-tengah. Subhanallah, kita tak boleh nak nafi, nak cari alasan apa. Nak menghalalkan program tu. Itu memang program lalai dan mendatangkan murka Allah,” katanya yang mengingatkan agar tidak leka dengan hiburan dunia yang kini sah-sah haram hukumnya.
Katanya lagi, rancangan-rancangan tv perlu sensitif dengan situasi-situasi sekarang. Jadi artis pun kena sensitif, anda adalah contoh, anda menjadi ikutan kepada masyarakat,”katanya di aplikasi X semalam.Hiburan yang jelas melalaikan adalah haram hukumnya.
Jelas pendakwah ini lagi, dalam situasi yang sangat menyedihkan sekarang ini, kalau kita tak mampu nak mengurangkan penderitaan umat islam di sana, ya saudara kita di Palestin kurangkanlah hiburan yang melalaikan seperti ini.
Katanya lagi, rancangan-rancangan tv perlu sensitif dengan situasi-situasi sekarang. Jadi artis pun kena sensitif, anda adalah contoh, anda menjadi ikutan kepada masyarakat,”katanya di aplikasi X semalam.
Biarpun tidak menyatakan secara jelas rancangan hiburan apa tetapi kini Gegar Vaganza musim ke 10 sedang berlangsung. Begitu juga dengan Family Duo di TV3.
Bawa anak-anak bersendirian ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah adakalanya merupakan satu cabaran. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi yang tidak terjangka.
Bayangkan ketika berada di kaunter pembayaran pasaraya baru perasan tak bawa beg duit.Apatah lagi bila bawa anak-anak yang mula nak meragam dengan barang yang banyak, memang kalut dibuatnya! Hanya berjiwa mak-mak sahaja yang memahami keadaan ini.
‘Kerana Saya Seorang Ibu’
Baru-baru ini, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan laporan bahawa beliau telah membayar barang keperluan harian yang dibeli seorang wanita, di sebuah pasar raya.
Pada awalnya beliau enggan mengulas mengenai insiden yang didedahkan di media sosial itu.Namun, ketika ditanya mengenai perkara itu, pada satu majlis di sini, hari ini, Ardern dengan pantas menjawab: “Kerana saya seorang ibu”.
Bayar Barang Dibeli
Insiden itu didedahkan oleh seorang pengguna Twitter, Helen Burness yang juga rakan kepada wanita terbabit.
Kejadian berlaku selepas ibu kepada dua anak yang sedang beratur di kaunter bayaran di hadapan Ardern, menyedari bahawa beliau tidak membawa dompetnya.
“Ardern membayar barang yang dibeli rakan saya di sebuah pasar raya ketika beliau terlupa membawa dompetnya dan ketika itu, dua anaknya sedang menjerit.
“Insiden ini menyebabkan kita lebih menyayanginya (Ardern),” kata Burness di Twitter.
Perdana menteri berusia 38 tahun itu, melahirkan seorang perempuan Neve pada Jun lalu. Ardern menerima banyak pujian selepas kejayaannya mengendalikan serangan dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.
MW: Murninya dan baiknya hati Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern ini. Sangat memahami situasi ‘kecemasan’ dan tak terjangka sebegini dan meletakkan dirinya sebagai sebagai seorang ibu juga.
Gelagat tiga bulus, Garfield (Oyen), Maya (Abu0abu) dan Kora (muka gelap badan putih) ini ternyata menghiburkan. Kisahnya, macam-macam usaha tiga bulus ni buat nak bagi sepahkan rumah owner kesayangan, Zuraita Mohd Anua.
Sudahnya, usaha mereka semua gagal.
Mencuit hati betul setiap jalan cerita yang dikongsikan pemiliknya pada setiap gambar yang dikongsi. Apa pun, pelihara kucing ini kalau hati ikhlas memang mengundang bahagia di hati. Murah rezeki pun iya.
Kongsi Zuraita tentang anak-anak bulusnya dalam grup Kucing Sepah Apa Hari Ini?. “Kami cuba untuk sepahkan rumah tapi rumah tetap kemas semula seperti sediakala. Mungkin ada pari-pari yang telah mengemaskannya kembali!”
Misi Sepahkan Rumah Bermula
Kami cuba untuk makan bersepah tapi tetap tak berjaya. Makanan tak tumpah-tumpah. Elok je dalam bekas.
Saya sengaja gugurkan bulu tapi si bulat putih itu telah membersihkannya sepantas kilat. Saya gagal lagi menyepahkan rumah.
Kami berdua cuba untuk bergaduh supaya keadaan rumah huru hara tapi ternyata kami sukar memulakan permusuhan.
Kami main aucak sambil cuba merosakkan bunga di atas meja tapi bunga itu kelihatan kebal dan tak goyah walau apapun.
Selagi Belum Berjaya..
Saya cuba minum gaya orang mabuk supaya tumpah tapi rupanya saya pun tak tahu orang mabuk itu bagaimana. Kesudahannya, saya minum dengan tertib sekali.
Saya cuba untuk cakar tetapi seakan ada mata ibu peri yang melirik. Saya jadi takut dan cuma duduk sopan di atas kerusi ini.
Saya ingin jatuhkan bunga itu tapi bunga itu baik, tidak pernah sekali cuba menjatuhkan saya.
Saya cuba untuk tinggalkan sedikit benang carik di atas sofa ini tetapi kuku saya tidak mahu melakukannya.
Kami berdua cuba untuk menyepahkan katil yang sudah kemas ini namun ternyata gagal kerana katil itu terlalu empuk untuk kami landing.
Saya melihat jam lagi 0.02 saat menunjukkan masa untuk saya membuat sepah. Tapi ya, saya sekadar terdiam kerana saya merasa cantik dalam posisi ini. Saya berhasrat untuk maintain cantik sahaja.
Ya kami bertiga rupanya tak pernah membuat sepah. Kami begitu behave. Yang suka membuat sepah itu rupa-rupanya anak manusia ini!!! Lihat saja mejanya. Belum lagi dalam lemarinya. Ya ampun!
MW : Hahaha.. rupanya bukan kucing-kucing comel ini yang sukan buat sepah ya..
Allahu besarnya pengorbanan seorang ibu tiada galang ganti.Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak yang semakin membesar dan kian aktif, adakalanya boleh mengakibatkan diri sendiri tercedera. Ini yang dialami oleh pelakon dan penyanyi Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe atau lebih dikenali Betty Banafe,39.
Baru sebentar tadi, ibu kepada sepasang cahaya mata ini, Julia Claire Dargus,5 dan Bruce Dean Dargus,3 berkongsi cerita yang mata hitamnya tertusuk mainan anak. Namun apa yang menariknya, meskipun tercedera dan alami luka, Betty tetap positif dengan ujian yang menimpa serta menganggap pengorbanan bagi seorang ibu memiliki anak yang aktif.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Bersyukur Kita masih boleh nampak. Alhamdulillah.. bayangkan mereka yang buta permanently..salute pengorbanan mereka dan orang sekeliling mereka. Kuatnya semangat mereka untuk hidup, Dan terus hidup kerana Allah. Bagi mereka yang tersenyum melihat orang lagi menderita, bersihkan lah hati mu.Kerana waktu Kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lain nya. “
Betty juga sempat menitipkan pesanan agar para pengikutnya mendoakan perkara yang baik-baik buat mereka sekeluarga.Serta para golongan ibu-ibu diberikan kesabaran yang tinggi dalam menjaga dan menguruskan anak-anak.
“Doakan yang baik baik buat kami sekeluarga.Terima kasih bagi yang mulia hatinya.Anakku tertusuk mataku dengan mainan Lego nya.Pengorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif Masyaallah hingga melukakan mata hitam nya.Semoga Kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi.. amin ya Rab.”
Terdahulu, Betty telah berkahwin dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 dan pasangan ini telah 6 tahun mendirikan rumahtangga. Mingguan Wanita mendoakan agar Betty segera sembuh daripada kecedaraan ini, dan banyakkan bersabar dalam menjaga anak-anak yang semakin aktif.
Kontroversi keluarga Prince Syed semakin hangat apabila adik iparnya meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan yang menyebabkan emak dan abah mereka dimasukkan ke lokap. Ikuti luahan penuh di sini.