Ustaz Kata, Kelebihan Suami Yang Layani Isteri, Rezekinya Lapang Lagi Senang
Ustaz Kata, Kelebihan Suami Yang Layani Isteri, Rezekinya Lapang Lagi Senang

Alangkah beruntungnya isteri yang dikurniakan seorang suami tak culas tunaikan tanggungjawab nafkah dan rohani. Kerana, suami sebegini faham, bila buat hati isteri gembira dia pun akan bahagia sama.

Ini kisah yang dilalui Saiful Bahari sendiri. Ketika dirinya dihimpit pelbagai masalah, duit pun tinggal ngam-ngam, dan kusut fikiran.. waktu itulah dia melayani penat isteri. Bantu buat semua kerja isteri dan bahagiakan hatinya.

Selepas tunaikan segala, perasaan bahagia itu Allah hadirkan dalam dirinya. Ustaz yang ditemui menjelaskan, ‘itulah kelebihan untuk suami yang melayani isteri, buat hatinya gembira,’

Walau Isteri Boleh Buat, Suami Tetap Berkeras Mahu Bantu

Sayang, baju kotor semua dalam bakul nie ya?” tanya aku.

Haah, oh dekat atas ada satu baju sayang sangkut belakang pintu,” jawab isteri aku.

Aku terus menaiki anak anak tangga untuk mengambil baju kotor isteri aku tanpa banyak soal lagi.

Setelah ambil, terus aku turun letak baju dalam mesin basuh beserta baju-baju yang belum dicuci sekali.

Eh bang, biarlah sayang basuh nanti esok.

Takpe sayang, biar abang buat. Sayang rehat je,” jawab aku cuba untuk memujuk

Selesai menekan punat “start” mesin basuh, aku pergi ke arah peti ais. Lalu aku buka tengok lauk apa yang tinggal.

Oh banyak dah habis,” getus hati aku

Sementara tunggu mesin basuh siap cuci aku bersiap-siap untuk ke supermarket. Tak jauh pun dari rumah. Jadi sempatlah beli lauk.

Eh abang nak kemana tu?” Tanya isteri aku kehairanan

Kejap sayang, abang nak beli lauk. Banyak dah habis abang tengok tu,” jawab aku sambil mencapai kunci kereta

Takpelah bang, nanti sayang boleh pergi beli sendiri.

Takpe, nie kan tugas abang juga. Sayang tak perlu penat-penat pun. Duduk rehat je ya,” ujar ku memberi saranan untuk isteri aku berehat. Aku kasihan melihat dia, bangun awal pagi masak. Kemas rumah. Layan aku. Layan anak. Serba serbi dia buat. Kadang tengok dia langsung takde “me time”.

Abang oke ke hari nie? Sayang tengok tak pernah-pernah abang buat semua hari nie abang nak buat?” Soal isteri aku yang aku pasti sangat kehairanan

Eh! abang ok je, biar abang buat segala kerja sayang harinie ya,” jawab aku menenangkan hati dia.

Sebab tu aku ambil keputusan untuk buat segala kerjanya, aku nak biar dia rehat je.

Bermacam-macam Masalah Datang Menghimpit, Tapi..

Aku menghidupkan enjin kereta lalu terus ke supermarket. Semasa memandu aku termenung memikirkan sesuatu.

Sebenarnya keadaan aku masa tu aku tak cukup duit, banyak masalah datang, bisnes jalan slow, orang mintak hutang lagi, banyak bil-bil nak kena bayar.

Aku kusut.

Lagi entah kenapa aku rasa serba salah membiarkan isteri aku buat segalanya sebelum nie. Aku rasa bersalah sangat. Walhal itu tanggungjawab aku sebenanrya. Tugas aku.

Setelah aku ambil keputusan untuk bantu isteri aku, aku terus buat tanpa banyak soal. Aku cuba hilang kan rasa serba salah aku.

“Torn torn” bunyi horn kedengaran kuat di belakang kereta aku. Ah! lampu hijau rupanya. Aku khayal seketika di lampu isyarat.

Aku masuk gear D dan meneruskan perjalanan untuk ke pasar.

Sampai sahaja di pasar, aku lihat dalam dompet aku ada RM50 sahaja, aku berkira kira lauk apa cukup untuk dibeli.

Tanpa mempedulikannya, niat aku cuba nak bagi isteri dan anak aku makan je.

Aku ambil ayam sekor, kepak sekilo, kaki ayam sekilo, sayur, bahan bahan mentah sedikit, telur sepapan, roti, dan beberapa barang kecil untuk anak aku.

Cukup ke tidak nie?” Aku soal diri aku mengenangkan hanya ada RM50 sahaja dalam dompet.

Semua sekali RM49.20.

Alhamdulilah ngam ngam! Aku tersenyum kerana duit yang aku ada cukup untuk keluarga aku.

Tiba-tiba Rasa Tenang Je Hati

Tanpa berlengah aku terus pulang ke rumah. Sampai sahaja aku susun segala lauk pauk, simpan bahan bahan mentah, dan aku lihat mesin basuh sudah siap. Terus aku sidai baju.

Alhamdulilah cuaca elok nie” ujar ku sambil melihat kelangit

Aku sempat menjengah isteri aku, rupanya dia perhatikan saja gerak geri aku dari tadi

Terima kasih bang,” sambil mengukirkan senyuman paling menawan aku rasa

Aku hanya mampu tersenggih saja.

Sejak haritu, esoknya secara tiba tiba aku rasa sesuatu yang lain. Rasa tenang je hati.

Bila aku fikirkan masalah-masalah yang aku hadap secara tak langsung aku jumpa jalan penyelesaian yang tak disangka.

Orang yang aku berhutang ada yang cakap bayar bila bila takpe, ada pulak yang halalkan, aku terkejut juga. Apa mimpi nie.

Bisnes aku yang slow, tiba-tiba dapat perhatian. Pusat cuci kereta milik aku jadi tumpuan. Tempahan cuci kusyen juga dapat sambutan. Aku gembira dalam kehairanan.

Hari hari mendatang kemudian aku rasa sesuatu dalam hidup aku, terasa dipermudahkan urusan, masa aku yang selama nie rasa terkejar-kejar menjadi banyak masa terluang. Aku luangkan sepenuhnya melayani isteri aku dan anak anak.

Ustaz Kata, Itulah Kelebihan Suami Yang Melayani Isteri

Kerana rasa nie aku jumpa ustaz kebetulan dia datang beri tazkirah di surau aku. Dan aku menceritakan apa yang berlaku.

Ustaz tu cakap, itulah kelebihan seorang suami jika melayani isterinya. Mengalas tanggungjawab dan menunaikan nafkah sepatutnya.

Bukan hanya wang ringgit menjadi keutamaan, tapi dari segi rohani juga amat penting.

Jika hati isteri senang, maka urusan suami juga akan senang.

Aku bukanlah nak tunjuk yang aku mithali. Tidak sama sekali. Tapi ini pengalaman seorang suami yang melayani rohani isteri.

Kita tidak tahu bang, penat penat kita cari rezeki. Penat juga mereka melayani kita. Ada pula tu yang cari rezeki bersama. Lepas tu layan kau bang. Layan anak lagi. Layan rumah lagi. Penat.

Kita suami janganlah asyik menganggap isteri sahaja perlu taat pada suami. Tapi tanggungjawab kita yang sebenar benarnya kita tutup sebelah mata.

Lagi kalau sembang pasal poligami, semua nak tunjuk jaguh walhal yang satu pun terumbang ambing lagi. Ada pulak yang jenis melepak dengan kawan-kawan. Ingat ingatlah. Isteri dan anak perlu perhatian kita.

Jangan macam tu ya para suami.

Tugas yang selama nie isteri buat itu hanya kerana dia membantu sahaja, kerana niat nak tolong kita. Lagipun hal ehwal urus keperluan rumah nie sunnah. Tak nak pulak suami ikut ya.

Ingat, kebahagian suami terletak pada hati seorang isteri yang gembira.

Jadi inilah sebabnya kehidupan aku rasa teratur bila salah satunya aku telah melayani rohani isteri aku. Sungguh wanita itu memang perhiasan dunia.

Harap cerita nie dapat manfaat untuk semua para suami ya. So pilihan kita nak hidup dalam harmoni atau kucar kacir.

Sayangi isteri bukan hanya dengan ucapan tapi dengan perbuatan.

Begitulah.

Saya sayang isteri saya

#Share dan #Like post nie jika ia memberi manfaat bersama.

Sumber/Foto : Saiful Bahari, yang suka bercerita dari hati ke hati. Gituu