Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa “Life Begins At 40”. Iaitu kehidupan bermula apabila usia memasuki usia 40 tahun. Pada usia yang matang dan berusaha memperbaiki diri ke arah kehidupan yang lebih baik. Namun demikian, sebelum memasuki usia ni, pada penghujung tahun 30-an kebanyakkan daripada kita akan diuji dengan ujian Allah yang paling dahsyat. Fasa dimana setiap ujian yang diberikan sangat hebat dan memerlukan tahap kesabaran yang paling tinggi.
Mungkin hanya satu kebetulan, namun fahamkan dengan mata hati catatan daripada Puan Rashidah Ahmad ini. Mungkin ada benarnya.
Tenang di penghujung usia 30 an.
Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang ‘temper’ selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting.
Asyik melenting sahaja!
Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.
Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah. Kaw kaw punya!
Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Penentu Sikap Apabila Cecah 40 Tahun
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun. Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!
Pang!!
Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.
Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.
Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari.
You have to face it!
Ads
Masa inilah ada yang rumahtangga goyang. Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. Masa inilah ada yang hilang kerjaya. Masa inilah ada yang mula sakit-sakit. Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri. Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. Masa inilah kenderaan rosak. Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene ‘repair’ sana sini. Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.
Kemuncak Ujian Paling Dahsyat
Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!
Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.
Tanda Allah Sayang
Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?
Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
– ALLAH SAYANG-
Ads
DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.
DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?
Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!
Hati lebih sabar. Hati lebih tenang. Hati lebih ikhlas. Hati lebih tawaduk.
Hidup lebih bahagia. Hidup lebih sempurna. Hidup lebih nampak arah tujunya. Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.
Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.
Usia 40 Lebih Tenang
Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.
Ads
Semua urusan diniatkan ibadah. Sudah mula ke rumah Allah. Sudah mula perbaiki diri. Sudah mula perbaiki solat. Sudah mula perbaiki akhlak dan adab. Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.
Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’.
Take a second to think about how blessed you are.
Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.
Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.
Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.
Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.
Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!
Baik,’kan Allah.
Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.
Please share it to save more people out there.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mungkin ia satu kebetulan pada peringkat usia begini, kita diuji dengan hebatnya dan memerlukan kesabaran yang luarbiasa. Namun demikian, harunginyalah dengan tenang agar dapat lalui usia 40 dengan lebih matang.
Pernah tak kita merungut, mungkin dalam hati, contohnya menyesal belanja seseorang atau keluarga hinggakan duit habis. Atau mungkin juga kita merungut kerana hidup susah tak seperti orang lain.
Kadang-kadang, kita berkira untuk keluarkan duit. Kalau untuk membeli atau guna duit kepada perkara yang rasa tidak perlu. Itu tidak menjadi masalah. Sebaliknya, berkira-kira untuk belanja keluarga terutamanya, bimbang duit tidak cukup atau habis.
Jangan merungut pasal duit atau hidup susah. Sebab itu boleh jadi satu doa, sebaliknya kita kena bersyukur. Mungkin cara ini akan membuatkan rezeki kita bertambah-tambah. Kita tidak tahu, ini boleh jadi asbab. Ada duit, tak ada duit, hidup susah atau senang. Kita kena bersyukur. Rezeki yang Allah akan bagi kita tak tahu.
Perkongsian daripada Mohd Fadli Salleh ini boleh membuka mata pembaca di luar sana agar tidak merungut, walaupun dalam hati dalam menegeluarkan duit atau belanja untuk keluarga mahupun kawan-kawan.
Seorang kawan aku ni, dulu cukup suka merungut hidup sempit, duit tak cukup, hutang banyak, duit habis dan seumpamanya.
Aku terus tegur dia. Aku cakap,
“Jangan merungut. Jangan sebut duit tiada. Duit habis. Hutang banyak. Hidup susah dan sempit. Syukur, syukur dan selalu kata kita ni kaya.
Mampu sedekah dalam tabung masjid rm1 kan? Itu tanda kita kaya. Hanya orang kaya boleh memberi”.
Dulu-dulu, bila aku belanja anak-anak ke, isteri ke, adik-beradik ke, mereka akan tanya,
“Banyak duit kau. Boleh belanja ni”.
“Amin, amin,” balas aku.
Padahal masa tu tak ada la duit mana pun. Kadang bil pun tertunggak, ansuran kereta pun bank call. Malah, kadang tak dan cukup bulan dah mula berhutang.
Tapi setiap kali orang kata aku banyak duit, aku kaya, aku senang, aku akan senyum dan aminkan walau hakikat sebenarnya masa tu aku sendiri perit.
Aminkan Doa
Sesekali balik kampung, keluar mengeteh dengan kawan-kawan, akan ada kawan-kawan berseloroh,
“Cikgu ada. Cikgu bayarlah air ni. Berapa sangat harga air dan makan kawan-kawan. Dah la balik sekali sekala. Cikgu kan gaji banyak”.
Aku senyum, aminkan dan bayar saja. Esok lusa dah tak keluar. Sebab duit dah habis.
Orang tak tahu kita nak balik kampung nak isi minyak kereta bayar tol pun kadang meminjam dan berhutang. Benda gitu takkan nak cerita kat orang, ye dak?
Kata-kata Itu Doa
Namun setiap kali orang kata kita senang, kita kaya kita ada duit, aminkan sahaja.
Berhenti merungut kata duit tak ada walau hakikatnya begitu. Kata-kata ni satu doa. Sering berkata-kata tak ada duit, hidup susah, kewangan sempit ni, rezeki pun susah nak mendekati. Sebab kita sendiri yang ‘halau’ rezeki.
Bila keluarkan duit untuk keluarga, untuk sesiapa sahaja, jangan disebut tentang kerugian kita. Sebab keuntungan orang yang menerima.
Jangan merungut duit habis berbelanja meski pun di dalam hati, tapi bersyukurlah kerana kita mampu berbelanja dan membuat orang lain dapat merasa. Begitu sepatutnya.
Kata-kata satu doa. Percayalah.
#MFS
– Teknik menarik rezeki –
MW: Orang tengok kita nampak senang, tapi sebenarnya mereka tak tahu apa yang membelenggu dalam hati kita. Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Isteri berjoget di media sosial, suami jangan ‘teragak-agak’ nak tegur suruh stop buat. Seorang isteri seharusnya membantu suami agar tidak menjadi lelaki yang dayus. Ramai suami berasa serba salah untuk menegur, bimbang teguran itu mencetuskan pertengkaran, terutamanya pada musim perayaan. Akhirnya, perkara yang tidak elok itu dibiarkan berlarutan.
Isteri Berjoget Di Media Sosial, Suami Jangan ‘Teragak-agak’ Nak Tegur Suruh Stop Buat
Hakikatnya, apabila wanita menginginkan sesuatu, mereka seringkali hadir dengan hujah yang panjang dan kukuh, hingga sukar bagi suami untuk membantahnya. Semoga kita tidak menjadi isteri yang secara tidak sedar melemahkan sifat qawwam (kepimpinan dan kekuatan) dalam diri suami.
Fitrah seorang isteri ialah suka dibimbing dan dididik oleh suami, kerana daripada bimbingan itu, lahir rasa selamat, dihargai dan diberi perhatian.
Berikut perkongsian daripada Dr. Ahmad Sanusi Azmi pensyarah, fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah
Suami Menegur Isteri Yang Berjoget
1. Telah menjadi trend terkini ahli keluarga menari-nari lalu dimuat-naik di media sosial. Tambahan pula yang melakukannya itu adalah kaum wanita, lalu disaksikan oleh yang lelaki tanpa rasa malu.
2. Amat jelek sekali sekiranya suami sendiri reda si isteri melakukan tarian untuk dipamerkan pada khalayak. Rasulullah mendidik suami agar menegur isteri andai mereka melakukan kemungkaran.
“Siapakah dia dayus itu? Maka Nabi ﷺ menjawab: (Lelaki) yang memudahkan buat ahli keluarganya melakukan kejahatan (maksiat).” (al-Baihaqi, al-Asma wa al-Sifat)
3. Begitu juga Rasulullah memerintahkan isteri Baginda agar memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah Baginda.
“Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR al-Tirmizi)
4. Bayangkan, dengan lelaki buta sekali pun, Rasulullah memerintahkan isteri Baginda memakai hijab dan menjaga penampilan, inikan pula dihadapan jutaan mata yang menonton di media sosial.
5. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya video upacara sebegini menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah sehingga mereka terkeliru dalam merasakan perbuatan tersebut boleh dipraktikkan.
6. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran.
Sabda Rasulullah:
وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كانَ عليه وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَن عَمِلَ بهَا مِن بَعْدِهِ
“Dan barangsiapa yang melakukan perlakuan jahat di dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim).
7. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim. Semoga Allah membimbing kita.
“Takkan anak lima, bagi RM100?” Tak mahu akaun dibekukan, suami bayarlah nafkah ikut keperluan isteri dan anak-anak. Janganlah ikut suka hati nak bagi berapa kepada isteri dan anak-anak.
Bab nafkah jangan dibuat main atau bila ada duit baru bagi, sebaliknya tanggungjawab seorang ke atas anak-anaknya tidak akan terputus walaupun telah bercerai dengan isteri.
Soal bekas isteri itu masalah lain, tetapi soal anak perlu diutamakan. Takut lambat laun bila isteri ambil tindakan mahkamah disebabkan ayah-ayah culas membayar nafkah, jangan ternganga pula.
Peguam Syarie Kelantan, Tuan Naim Mokhtar berkongsia berita baik untuk para isteri dan anak-anak!
Suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah berdepan tindakan sekatan akaun bank selepas pindaan terhadap Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 diluluskan dan diwartakan pada 10 Februari 2021.
Suami Bayarlah Nafkah Ikut Keperluan
Membuat tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah adalah pilihan terakhir isteri untuk paksa suami yang culas bagi nafkah. Isteri tidak akan membuat tuntutan nafkah sekiranya suami atau bekas suami selalu membayar nafkah setiap bulan untuk isteri dan anak-anak.
Jadi apa yang patut dilakukan oleh suami daripada dibekukan akaun bank ialah bayar nafkah untuk isteri dan anak-anak mengikut keperluan. Takkan kalau anak lima orang nak bagi nafkah rm100 kan?
Mingguan Wanita : Jangan meremehkan soal nafkah ya suami sekalian. Memiliki keluarga baru tidak bermakna anda perlu melupakan segala tanggungjawab terdahulu. Renung-renungkan….
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...