Aku tertarik untuk berkongsi kisah masalah uri rendah yang dihadapi oleh ibu hamil dan ia dihadapi oleh aku sendiri, ketika 28 minggu. Menurut doktor masalah uri rendah boleh berlaku pendarahan bila-bila masa sahaja. Doktor bimbang jika hal itu berlaku, aku perlu bersedia untuk melahirkan bayi secara pembedahan, itu sahaja pilihan yang aku ada apabila berhadapan dengan masalah uri rendah.
Kemungkinan lain yang mungkin menimpa bayi dan ibu tidak sangup untuk aku ceritakan. Apa yang aku harap semoga semuanya mampu aku hadapi. Walaupun begitu aku amat bersyukur sepanjang melalui minggu ke 28 hingga kini 32 minggu, aku tidak mengalami pendarahan lagi. Syukur.
Apa yang boleh aku lakukan untuk berhadapan dengan masalah ini, Kata orang tua, doa daripada suami tercinta ubat untuk masalah ini. Kami tidak berputus asa ke arah itu. Ibu dan mertuaku turut membuat doa selamat.
Ads
Ya siapa yang tidak takut, jika aku mengalami pendarahan, bagaimana dengan bayiku. Mungkin dia akan lahir pra matang, pasti banyak pula cabaran yang akan dihadapinya nanti. Tidak sanggup aku melihat dia ditahan di wad, aku juga takut untuk bersalin secara pembedahan. Namun sebarang kemungkinan ke arah itu harus aku hadapi, lebih-lebih lagi doktor telah memberikan aku masa dua minggu lagi. Jika masalah uri ini masih berada di bawah aku perlu ditahan di hospital ketika minggu ke 34, sehinggalah bersalin. Lamanya, bagaimana dengan dua orang anakku dan kerjaku.
Kata doktor jika berada di hospital senang untuk pemantaun. Ini kerana doktor bimbang dalam aku melalui tempoh kehamilan itu, risiko untuk mengalami pendarahan, tumpah darah, perut mengeras dan kontraksi kemungkinan boleh berlaku sebelum masanya untuk aku bersalin.
Ads
Aku mohon keajaiban jika boleh kiranya uri ini naik, kerana kata doktor 32 minggu kemungkinan untuk uri itu naik masih ada harapan. Aku serahkan segalanya padaMu Ya Allah.Di sini aku kongsikan artikel yang pernah aku minta kupasan daripada Doktor Wan Norizah Wan Musa, Obstetrics & Gynaecology, Hospital Pakar An Nur, Bangi, tentang masalah uri rendah ini.
Placenta Previa atau Masalah Kandungan Uri Bawah
Placenta previa keadaan di mana kandungan mengalami masalah kedudukan uri di bahagian segmen bawah di dalam rahim menyebabkan ia menutupi sebahagian atau keseluruhan bahagian pangkal rahim (serviks). Biasanya kedudukan uri adalah di segmen tengah atau atas di dalam rahim. Kedudukan uri yang tidak normal ini akan menyebabkan laluan untuk kelahiran bayi dihalang sewaktu proses bersalin.
Ads
Penyebab placenta previa
Di antara faktor-faktor tersebut adalah :• Pernah menjalani pembedahan yang melibatkan rahim termasuk pembedahan caesarean (risiko boleh meningkat sehingga 2.7 kali ganda). Pembedahan lain termasuklah pembuangan fibroid, pencucian rahim selepas keguguran (D&C) dan sebagainya• Ibu yang pernah mengalami masalah placenta previa pada kandungan sebelumnya• Kandungan kembar, disebabkan saiz uri yang lebih besar dari biasa• Ibu yang merokok atau menghisap dadah• Ibu berusia < 20 tahun atau > 35 tahun• Kandungan kedua dan selanjutnya
Cara kesan placenta previa pada kandungan
Kandungan yang mengalami masalah placenta previa ini akan dikenalpasti apabila ibu mengandung membuat pemeriksaan awal rutin ultrasound semasa kandungan berusia 20 minggu. Kebanyakan ibu yang mempunyai masalah placenta previa ini tidak mengalami sebarang tanda. Dalam sebahagian kes, bagi ibu-ibu yang tidak membuat pemeriksaan awal rutin ultrasound placenta previa hanya akan diketahui apabila beliau mengalami pendarahan secara tiba-tiba atau apabila pemeriksaan menunjukkan bayi tidak berada dalam kedudukan normal iaitu dalam kedudukan songsang atau melintang.
Risiko placenta previa kepada ibu mengandung
• Placenta previa mempunyai dua tahap iaitu minor atau major. Placenta previa tahap minor; di mana uri berada di segmen bawah di dalam rahim tetapi tidak menutupi serviks. Placenta previa tahap major; uri tersebut menutupi keseluruhan serviks.• Simptom paling kerap dialami oleh ibu mengandung yang mempunyai masalah placenta previa, pendarahan sebelum sampai waktu bersalin. Pendarahan ini boleh menjadi terlalu banyak sehingga berupaya membahayakan nyawa ibu dan bayi yang dikandung. • Ibu yang mengalami masalah placenta previa tahap major, berisiko tinggi untuk mengalami masalah pendarahan yang berat, oleh itu mereka perlu dimasukkan ke wad untuk pemantauan apabila kandungan mencapai 34 minggu sehinggalah hari kelahiran. • Ibu yang mengalami masalah ini akan memerlukan kelahiran secara pembedahan Caesarean pada minggu ke 38 kandungan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lesung batu yang ada kesan-kesan kunyit yang melekat tebal memang agak payah untuk dihilangkan. Kesan kekuningan itu seakan sudah sebati. Menjadi masalah bila hendak tumbuk ramuan masakan lain seperti rencah untuk sayur, nasi goreng, habis semua berwarna kuning.
Lesung Batu Biasa Kesan Kunyit Melekat
Ada cara yang boleh dipraktikkan bagi menghilangkan kesan kunyit tebal yang melekat pada permukaan lesung batu. Secara tidak langsung, lesung batu yang lama kelihatan macam baru.
Bahan yang diperlukan:
Pes cuci pinggan
Sebenarnya jenis pes pencuci pinggan apa pun boleh. Jangan pilih pes cuci pinggan jenis terlalu keras. Nanti susah hendak menyental. Jom tengok cara membersihkan kesan kunyit dalam lesung.
Ini Cara Nak Hilangkan
1. Ambil pes sesudu pes pencuci pinggan dan masukkan ke dalam lesung.
2. Gesekkan pes basuh pinggan dalam lesung tanpa letak air. Tapi, pastikan pes sabun yang digunakan lembut.
3. Gosokkan sampai pes pencuci pinggan tadi menjadi kekuningan. Pes tadi akan bertukar menjadi seperti inai.
4. Kemudian cuci dengan air sampai bersih. Jika masih ada kesan kunyitnya dan anda tidak berpuas hati, ulang lagi langkah menggesek sehingga bersih.
5. Beginilah hasilnya. Nampak macam lesung batu baru.
Ada tip mudah dan tak keluarkan kos pun jika gunting yang dah tumpul nak kembali tajam semula. Hanya guna botol kaca yang ada dekat rumah tu. Tak perlu guna alat pengasah atau cara lain. Ikut trik ni mesti gunting jadi tajam semula. Bukan apa payah nak buat kerja dapur bila guna gunting tumpul ni.Kerja jadi lambat.
Boleh ikut tip mudah seperti yang dikongsikan olehUme Azharini.
Bahan Diperlukan:
Gunting
Botol kaca (contohnya botol kicap)
Cara Membuat:
1. Asah gunting pada botol kaca tersebut selama 1 hingga 2 minit. Siap!
Mingguan Wanita:Ada gunting tumpul dekat rumah tu, boleh cuba tip yang dikongsikan ni. Memang mudah dan menjadi! Asah dengan botol kaca je, gunting kembali tajam.
Perkara yang paling ‘melegakan’ dalam kehidupan apabila bebas hutang, habis bayar ansuran bulan baik kereta mahupun rumah yang didiami. Namun perlu ambil tahu bahawa habis bayar ansuran rumah, janganlah ingat ia terus jadi milik kita. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Panduan ini terutamanya bagi yang pertama kali memiliki rumah sendiri.
Bila kita sudah habis bayar ansuran rumah, jangan ingat rumah itu terus jadi milik kita.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.
1.Lepaskan Gadaian Di Pejabat Tanah
Lantik peguam untuk lepaskan gadaian di pejabat tanah. Kita selalu lupa, rumah kita digadaikan kepada pihak bank semasa kita membuat pinjaman.
2.Mohon Dokumen Dari Bank
Peguam akan tulis surat memohon beberapa dokumen dari bank.
3. Isi Dokumen
Selepas dapat dokumen dari bank, peguam akan mengisi dokumen-dokumen tersebut dan kembalikan kepada pihak bank.
4. Failkan Borang Melepaskan Gadaian
Selepas peguam terima dokumen-dokumen tersebut dari pihak bank, mereka akan memfailkan borang melepaskan gadaian ke pejabat tanah di mana hartanah tersebut digadaikan.
5. Tunggu Geran Baru Siap
Selepas siap difailkan di pejabat tanah, perlu tunggu geran baru siap.
6. Periksa Butiran Geran Baru
Selepas geran baharu siap, baru boleh ambil di pejabat tanah. Perlu periksa butir-butir lanjut dalam geran agar tidak tersilap dan perlu periksa sama ada gadaian sudah ditarik balik.
7. Serah Geran Kepada Pemilik
Geran akan diserahkan kepada pemilik rumah.
Ada beberapa langkah yang tidak ditulis untuk menampakkan proses tersebut mudah dan ringkas.Nampak mudah, tapi payah untuk mereka yang tidak pernah buat.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi bila habis bayar ansuran rumah, jangan ia ia automatik jadi milik kita iya. Jangan lupa lepaskan gadaian di pejabat tanah dan lantiklah peguam bagi memudahkan segala urusan bagi mendapat geran rumah yang baru.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...