
Sebenarnya ini info best yang dikongsikan oleh Puan Ezy Eizyanie yang sebelum ini was-was dengan petua kilatkan permukaan lantai yang dikongsi netizen. Betul ke boleh kilat cuma guna 2 bahan ini? Nak bagi confident level dia tinggi, dia pun cuba siap buat video lagi.
“Before ni pernah baca petua kilatkan lantai guna softener + cuka. Tapi macam tak caye je. Lepas tengok kak @nisanain_ update kata dah try. Terus semangat nak cuba. Ni kali ke empat cuba. Amazing wehh. Bila jalan pun rasa licin je lantai.”
“Now boleh ucap selamat tinggal kat pencuci lantailah sbb softener + cuka lagi win. Korang cubalah”
Sukatan Cecair Untuk Mop Permukaan Lantai
Sebab ramai yang tanya macam mana sukatan Ezy buat untuk mop permukaan lantai. Feeling licin boleh buat cermin.
Caranya
- 1/2 baldi air
- 1/2 tutup pelembut fabrik (softener)
- 5 titik cuka
Kacau kesemua bahan ini dan mop lantai seperti biasa.
Inilah Hasil Kerja Softener Dan Cuka, Lantai Licin Berkilat Bak Cermin
Sumber/Foto: Facebook Ezy Eizyanie – Mingguan Wanita
Baca sini :
- Kena lipat dan gulung dulu, tip cuci karpet tanpa perlu hantar ke dobi, tak rosak mesin basuh.
- Tip karpet lebih bersih nampak macam baru, mop dengan air
- Tutorial cuci bilik air, ini barang yang mak patut ada untuk sental lantai berkerak
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
TEKNIK Tanam SAWI GERGASI, Campur Benih Dengan Sedikit Pasir, Jarakkan 10cm Setiap Pokok

Pokok Sawi antara sayuran berdaun hijau yang selalu kita gunakan dalam masakan. Baik untuk digoreng, dibuat sup dan dicampurkan dan mee. Seronok sungguh jika dapat tanam pokok sawi yang subur, berdaun lebar dan besar-besar di rumah. Jimat kos dan paling penting bebas racun dan di tanam secara semula jadi.
Jika mak-mak nak cuba tanam sendiri, pokok sawi gergasi ni, boleh cuba tanam ikut cara dan teknik yang dikongsikan oleh Mohd Shaifful ini sebagai rujukan.
Sawi Gergasi : Cara tanam mudah dan betul.
Daun separa tegak, bujur dan lebar berwarna hijau berminyak. Batang daun lebar dan tersusun rapat. Kutipan hasil 33 hari selepas di semai.

1. Proses Penyediaan tanah
Penyediaan tanah adalah sangat penting sama ada di tanah ataupun di dalam pasu Penggunaan pasu tanaman adalah lebih mudah digunakan sekiranya laman rumah adalah terhad.
Jenis tanah yang digunakan pula perlulah mengikut skala 3:2:1 dimana 3 tanah: 2 kompos: 1 pasir. Sekiranya tiada kesempatan untuk menyediakan tanah mengikut skala ini, penggunakan tanah hitam yang dibeli di kedai juga boleh digunakan. Masukkan tanah ke dalam pasu tanaman sehingga ¾ paras pasu tanaman.
2. Semaian Biji Benih
Biji sawi adalah bersaiz sangat kecil dan sekiranya ditanam dengan ditabur begitu sahaja akan menyebabkan pertumbuhan yang sangat rapat. Jika sawi tumbuh begitu rapat, sawi tidak menerima nutrien yang cukup dan menyebabkan sawi bersaiz kecil.
Teknik yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan benih sawi dengan sedikit pasir, setelah itu ditabur pada tapak semaian. Penanaman yang teratur akan membuatkan tanaman tumbuh secara seragam.
Siram secara perlahan, adalah lebih baik disiram menggunakan spray halus . Siram 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan lewat petang.
3. Penjarakkan atau Pemindahan sawi
Setelah 3 atau 4 hari, sawi akan bercambah. Sekiranya sawi telah mencapai saiz 3 inci ataupun memiliki 4 daun, penjarakkan atau penjarangan sawi perlu dilakukan di mana setiap pokok sawi perlulah mempunyai sedikit jarak iaitu 10cm diantara satu sama lain (jika di tanam dalam bekas yang besar).
Jika berminat untuk memiliki sawi yang bersaiz gergasi. Pindahkan anak pokok 1 pokok untuk 1 pasu.
Penjarangan atau pemindahan pokok dijalankan bagi memberikan ruang dan nutrien yang cukup pada tanaman sawi.
4. Pembajaan
Seterusnya, proses pembajaan sawi adalah cukup jika digunakan baja organik sama ada yang dibeli ataupun dibuat sendiri dari sisa dapur. Sekiranya membeli baja, pemberian baja NPK 15:15:15 kepada tanaman sawi boleh dilakukan seawal minggu kedua, minggu keempat dan minggu kelima penanaman.
Pemberian baja tersebut pada kadar 5 gram /1sudu teh sepokok dengan cara menabur baja disekeliling pokok. Sebaiknya tidak terlalu rapat sehingga terkena batang pokok. Setelah membaja, pokok perlu disiram supaya baja lebih mudah diserap masuk ke dalam tanah dan diambil oleh akar pokok.

5. Kawalan Penyakit
Sayur sawi tidak dapat dielakkan dari gangguan penyakit dan juga perosak. Kawalan penyakit dan perosak juga adalah penting dalam tanaman sawi kerana perosak gemar dengan sayuran berdaun dan tanpa kawalan yang rapi, daun akan dimakan oleh perosak dengan cepat.
Adalah digalakkan untuk menggunakan kaedah secara biologi ataupun kawalan secara organik. Racun organik di sembur seminggu sekali.
6. Penuaian
Sayur sawi boleh dituai dalam masa 33 hari atau 35 hari selepas pemindahan anak pokok. Sawi dipotong pada bahagian batang paling bawah dan akar boleh dibiarkan sehingga menjadi reput dalam tanah.

Baca Lagi Di Sini:
Tanam ROS JEPUN Kerat Batang Pendek-Pendek, Pokok Cepat Besar Bunga Cantik Merimbun!
Cara BETUL Tanam SERAI Potong Bahagian Bawah, Sehari Dua Pucuk TUMBUH
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cuba tanam pokok sawi sendiri di rumah, ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Segar, boleh terus petik dan masak di dapur.
Sumber: Mohd Shaifful
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
DIY Rak Simpan Penyangkut Baju Mudah & Murah, Modal RM20!

Salah satu masalah mak-mak di rumah adalah menyimpan penyangkut baju yang banyak. Bukan apa, jika tidak disimpan dengan cara yang betul, penyangkut baju ini mudah hilang dan bersepah. Memang sakit mata memandang. Malah bila nak menggunakannya pula, ia jadi leceh dan lambat kerana sering terkait-kait diantara satu sama lain.
Sebenarnya dengan DIY Rak Simpan Penyangkut Baju dapat menyelesaikan masalah ini. Ia cukup mudah dan murah dengan kos sekitar RM 20 sahaja.
Boleh rujuk perkongsian daripada Mohd Azrin Roselan ini sebagai panduan;
“Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC.”
“Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah.Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali.”
“Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20.”
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
Paip PVC 15mm sepanjang 9 kaki
Ukuran:
(Paip 33″ x 2pcs)
(Paip 5″ x 6pcs)
(Paip 8″ x 2pcs)
3 joints x 4 pcs
Elbow x 6pcs
Gam paip PVC

Cara Membuat:
1. Pasang paip 5″ pada elbow dan T joint untuk bahagian A.
2. Pasang paip 5″ pada T joint untuk bahagian B.
3. Pasang bahagian A dan B.
4. Sambung paip 8″.
5. Pasang elbow pada paip 8″ untuk bahagian C.
6. Pasang paip 33″ pada kaki rak dan bahagian.

Siap!

Kos upah: Air Sirap
Penyangkut baju yang hendak digunakan boleh gantung pada pemegang.

Simpanan penyangkut baju.

AzrinRos
Suami yang baik, suami yang senangkan isteri.
Baca Lagi Disini: Buat Sendiri Kitchen Bar Di Rumah, Table Top Tu Kosnya Cuma RM59
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak bolehlah suruh encik suami tolong buatkan rak penyangkut baju ni, agar ‘hanger-hanger’ yang ada dekat rumah tu kemas tersusun, tak lah lagi sakit mata memandang.
Sumber: Mohd Azrin Roselan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tanam Pokok Cili Cara PANGKAS, Tak Perlu Semai, Mudah Dan Cepat Tumbuh

Cili, salah satu tanaman yang sangat diperlukan oleh mak-mak. Ini kerana, ia menjadi bahan yang sering digunakan untuk masakan dan pastinya, ia boleh dijadikan sambal untuk dimakan dengan ulam-ulaman.
Walau bagaimanapun, tak semua yang mak-mak tanam pokok cili ini mampu bertahan lama. Ini belum lagi yang orang cakap ‘tangan panas’, sukar untuk bertahan lama. Namun, bag iyang berjaya tanam, memang akan merimbun sampai tak habis makanlah.
Ada sesetengah yang merasakan tanam pokok cili dengan semai bji benih paling berkesan dan senang untuk hidup. Malah, ada pelbagai jenis teknik dan tip digunakn untuk memastikan tanaman ini subur.
Perkongsian daripada Supornik ini boleh memberi idea kepada mak-mak untuk menanam cili dengan cara pangkas iaitu dengan mengambil bahagian pucuk dan dan terus tanam. Katanya, inilah paling mudah dan cepat tumbuh.
Tanam Cili Cara Pangkas
Adakah anda tahu pokok cili yang dipangkas dapat dijadikan bahan tanaman.
Cara ini adalah paling cepat dan mudah kerana tidak perlu menyemai biji benih.
1. Di bawah ini ada panduan cara menanam pokok cili menggunakan ranting ( bahagian pucuk).

2. Pokok cili dipangkas dan boleh ditanam tak perlu guna biji benih cili

3. Dipangkas

4. Buat potongan di bahagian tunas pokok cili

5. Sediakan sabut kelapa hancur 1 bahagian dan rendam dengan air semalam supaya sabut itu cukup lembab.

6. Sediakan serkam bakar 1 bahagian

7. Gaulkan sabut kelapa hancur + serkam bakar.. 2 bahan ini sama banyak

8. Sedia air 1 cawan air bancuhan baja organik Supornik dengan air biasa iaitu 2ml baja + 500ml air

9. Tuang sebahagian air bancuhan baja tadi ke dalam campuran sabut kelapa hancur dan serkam bakar tadi

10. Cucuk ranting yang dipangkas dari pokok cili ke dalam cawan.

11. Sediakan penutup cawan seperti ini

12. Tutup cawan tadi dengan penutup dan letak tempat teduh

13. Selepas 3 minggu kelihatan akar dah keluar dan boleh mula menanam di tapak atau di pasu atau lain-lain container

14. Selepas 3 minggu sahaja dah boleh menanam pokok cili dalam pasu/ polibag/ atas tanah.


MW: Ada macam-macam cara yang boleh kita bercucuk tanam. Kalau mak-mak rasa tak berjaya cara itu, boleh cuba cara lain, yang penting jangan lupa siram dan bubuh baja kan…
Sumber: Supornik
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




