Rupanya ramai yang berdepan dengan masalah ini susah jumpa urat apabila perlu diambil darah. Sudahlah tak sihat, urat pula tak jumpa-jumpa sebab halus sangat. Kalau tak halus, lelemak pula banyak hingga tak tahu letaknya urat.

Golongan ini sudah tentu trauma setiap kali perlu ke klinik atau hospital dan mereka perlu melalui prosedur mengambil darah. Orang lain sekali jalan dah jumpa urat, kita pula berkali-kali cucuk, tak jumpa-jumpa. Memang traumalah. Dr Khairul Faizie ini berkongsi tip bagaimana mengatasi masalah ini.

Menurut perkongsian Dr Khairul Faizie:

Jenuh la jugak nak mencari saluran darah Sipayung ni tadi.

Sipayung datang utk pemeriksaan pekerja asing, Fomema.

Cucuk sekali, gagal.

Sipayung dah menggetap bibir menahan sakit + perasaan takut.

IKLAN

Cucuk kali kedua, Alhamdullilah.

Meluncur laju darah disedut masuk menerusi jarum.

Aku minta maaf pada Sipayung sebab kena cucuk dia 2 kali. Tangan perempuan, biasalah. Lainlah pekerja asing lelaki. Saluran darah kat lengan macam akar kayu melintang. Tutup mata pun boleh sedut darah. Ok aku tipu, belum pernah cuba ambik darah blindfolded

Usai proses ambik darah, Sipayung cakap :
" Fuhhh…lega doctor. Dua kali aja. Tahun lepas saya dicucuk 5 kali di sini (tunjuk lengan kanan) dan 5 kali di sini ( tunjuk lengan kiri ). Baru dapat diambil darahnya ".

IKLAN

Tip Supaya Sejarah Tak Berulang

Ini tip untuk korang yang salur darah halus, banyak lelemak di lengan atau ada history payah nak diambil darah:

1. Relaks
Ini paling penting. Jangan gelabah tak tentu hala. Perasaan tak relaks atau gelabah anda akan mengecutkan lagi saluran darah. Dah la susah nak cari salur darah, korang pula bergoyang goyang, segala doa jampi serapah baca kuat-kuat. Doktor atau nurse yang mencucuk pun boleh stres tau . Bila stres, faham2 je la… makin susah nak perform.

IKLAN

2. Minum air secukupnya
Dehydrated boleh menyukarkan proses ambik darah. Saluran darah akan lebih relax / mudah mengembang jika cukup air.

3. Panaskan badan
Jalan-jalan laju / lompat katak or whatever short exercise, before prosedur ambik darah untuk panaskan suhu badan. Bila body panas, aliran darah bertambah & saluran darah akan mengembang. Ini memudahkan proses cari saluran darah. Ataupun tip termudah ialah golekkan botol panas / kain panas dekat lengan ( area nak ambik darah ).

4. Gunakan kuasa graviti
Baring dan juntaikan lengan yg nak diambik darah. Buat senaman genggam tangan, buka tangan berulang ulang untuk "pam" darah ke kawasan lengan yang terjuntai tu.

Ataupun, korang putar / pusingkan lengan buat putaran 360 darjah, secara berulang ulang utk memaksa darah masuk ke lengan dan mengembangkan saluran darah di situ.

MW: Semoga perkongsian ini dapat mengatasi masalah anda yang buatkan anda trauma selama ini untuk diambil darah. Apatah lagi mak-mak yang mengandung, hampir setiap bulan diambil darah sepanjang mengandung, mesti trauma kan???

Sumber: Khairul Faizie

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI