Ubai MZ pilih hidup sederhana, sanggup lakukan apa sahaja asalkan Shila Amzah gembira. Malahan pempengaruh media sosial, Ubai MZ, akan buat yang terbaik demi membahagiakan isterinya Shila Amzah dan anak-anak.
Ubai MZ Pilih Hidup Sederhana
Ubai MZ
Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli , 28, berkata kemewahan bukanlah keutamaan utama, sebaliknya mereka lebih selesa hidup dalam kesederhanaan.
“Sebenarnya apa yang saya lakukan ini perkara biasa untuk lelaki atau suami lain kena buat.
“Saya akan lakukan apa saja yang boleh buat Shila gembira sebab bila isteri gembira kita sebagai suami akan turut senang. Maka rumah tangga pun akan lebih harmoni.
Sanggup Lakukan Apa Sahaja Asalkan Shila Amzah Gembira
Ads
Mungkin nampak tidak semewah pasangan artis lain, namun yang jelas pasangan ini cukup bahagia dengan cara sendiri.
“Kami tidak hidup bermewah, sama macam orang biasa saja. Kami belanjakan apa yang perlu dan kalau ada rezeki lebih baru kami beli. Jangan membazir,” kongsinya.
Ubai MZ
Sejak berumah tangga, Ubai hadir bukan sekadar sebagai pasangan, tetapi sebagai sosok yang menerima Shila seadanya. Pasangan ini selamat bernikah pada 5 Ogos 2023 dalam majlis sederhana tetapi penuh emosi. Perkahwinannya turut menjadi simbol ‘peluang kedua’ buat Shila.
Ads
Sekadar info, Ubai MZ atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli ialah pempengaruh media sosial dan usahawan muda. Personalitinya yang santai dan penyayang sering mencuri perhatian netizen sejak hubungannya dengan Shila mula diketahui umum.
Kalau ada anak buah masih kecil tanpa ayah, ambil peduli bukan sekadar wang ringgit tapi termasuk didikan.
Dalam kehidupan semakin mencabar, ada yang kais pagi makan petang. Adakala tidak makan. Ada anak-anak yang tidak sekolah. Ada yang bekerja di bawah umur. Apa tindakan yang sepatutnya? Okay, jemput baca perkongsian daripada saudari Farizal Radzali ini dan kita sama-sama pikul tanggungjawab yang sebaiknya.
Bila ditanya mana ayahnya? Ada yang dah meninggal. Ada yang masuk penjara. Masuk pusat serenti. Ada yang hilang. Ada yang ketagih dadah. Bila ditanya mana keluarga dia. Katanya keluarga dia susah. Bila ditanya mana keluarga suami.
Jawapannya mereka tak ambil tahu. Pernah cuba dihubungi tapi kena marah, kena perli. Contoh ayat,
“Dah tau adik aku tu penagih, kau nak jugak kahwin dengan dia kenapa? Kau la yang cari pasal.”
Pesanan buat para lelaki. Jika anak lelaki atau adik-beradik lelaki kalian:
1. Sakit teruk yang tidak membolehkan dia mencari nafkah untuk keluarganya, atau meninggal dunia.
2. Berada di tempat yang membataskan pergerakannya (contoh masuk penjara), atau tak bertanggungjawab.
3. Dia masih ada atau meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Tanggungjawab menanggung isterinya (sepanjang iddah jika cerai hidup & cerai mati) dan anak-anaknya sehingga habis persekolahan, adalah di bawah tanggungan anda.
Andai anda juga susah dan tak mampu, mohonlah kepada isteri dan anak-anaknya untuk halalkan tanggungjawab yang dilepaskan tersebut.
Jika mampu, tanggunglah anak-anaknya. Jangan duduk diam buat tak tahu. Atas alasan, aku pun susah. Aku pun ada keluarga nak ditanggung. Ehhhhh apasal aku pulak??
Kepada para isteri yang suaminya berada dalam kategori di atas, jangan larang suami bantu menanggung anak-anak saudara mereka, sebab itu tanggungjawab dia selagi dia mampu.
“Awak yang kerja susah siang malam, apasal nak tanggung anak-anak dia pula? Anak-anak kita pun tak tertanggung. Suruhlah adik beradik awak yang lain tu tolong. Eh, apasal awak pulak kena tolong, mak dia kerja biarlah mak dia yang tanggung anak-anak dia.”
Jangan ya.
Suami kita dah salah,
Jangan kita pun ikut salah.
Ada sahaja para balu yang mampu hidup sendiri dengan anak-anaknya, tapi bukan bermaksud mereka perlu terus di’buang’ dari keluarga. Andai tak dihalalkan di dunia, susah nak jawab kat akhirat nanti. Hak anak yatim, jangan nafikan.
Anak yang kematian ibu, belum dipanggil anak yatim. Sebab tanggungannya adalah di bawah bapanya bukan ibunya. Dia masih ada tempat bergantung.
Seorang anak akan menjadi yatim setelah kematian bapanya. Kerana dia hilang tempat bergantung. Maka tanggungannya akan jatuh kepada datuk & adik beradik lelaki sebelah bapa.
Maaf cakap ya. Risau tengok sekarang, bila suami tak mampu (sakit atau tak bertanggungjawab), keluarga sebelah suami menjauhkan diri. Buat tak tahu. Ada isteri yang melarang suami mereka ambil tahu, kononnya jangan campur tangan hal rumahtangga orang lain.
Kebiasaannya, kalau terjadi apa-apa kat keluarga macam ini, keluarga sebelah isteri yang banyak membantu, walau mereka pun susah. Sedang keluarga di sebelah suami hidup senang lenang. Siap canang kat medsoc tentang percutian dan makan mewah.
Lagi satu, jika ada adik beradik perempuan yang belum berkahwin, jangan lepaskan tanggungjawab walau dia dah besar dan ada duit sendiri.
Jangan cakap “Alah, dia dah besar, pandai-pandai dia lah.”
Tanggungjawab itu bukan sekadar wang ringgit, tapi didikan dan sikap ambil tahu. Sekurang-kurangnya tanya khabar. Tak perlu tunggu raya atau kenduri atau berjumpa baru nak tanya ‘kau ok ke’.
Ini hukum agama, bukan hukum suka-suka.
Begitulah sebaiknya kita perlu bertindak dalam hal keluarga, semoga perkongsian ini dapat membuka hati sesetengah pihak yang masih ragu-ragu untuk menolong anak buah sendiri yang perlukan ‘tangan-tangan’ yang sudi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pempengaruh media sosial, Cik Epal, baru-baru ini berkongsi kata-kata nasihat buat wanita yang melalui fasa perceraian, dikhianati pasangan atau bergelar ibu tunggal.
Menerusi perkongsian di platform Thread, beliau mendedahkan sering menerima mesej peribadi daripada wanita yang sedang berdepan ujian rumah tangga dan mencari kata-kata semangat untuk bangkit semula.
Menurut Cik Epal, sebagai manusia, perasaan sedih, kecewa dan terluka adalah sesuatu yang normal.
“Perasaan itu bukan tanda lemah. Itu tanda kita hidup dan punya hati,” tulisnya.
Beliau turut mengingatkan agar wanita yang melalui kehilangan tidak pernah berputus asa dengan Allah, kerana setiap perpisahan dan ujian pasti mempunyai hikmah yang sedang diatur dengan sebaiknya.
Bagi beliau, fokus selepas kehilangan bukan lagi tentang individu yang pergi, tetapi tentang diri sendiri. Apa yang dipelajari, apa yang disedari dan bagaimana mahu menjadi lebih matang serta lebih dekat dengan Allah selepas ujian tersebut.
“Yang pergi bukan rezeki. Yang kekal itu ketentuan.”
Perkongsian seperti ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada wanita untuk melihat ujian hidup dari sudut yang lebih tenang dan membina.
Sumber: Thread Cik Epal
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Doa ibu Syamsul Haris mahukan keadilan susulan kematian anak didengari Allah, 3 jurulatih PALAPES didakwa hari ini. Doa seorang ibu tiada hijabnya. Hari ini, doa Ummu Haiman Bee yang mahukan keadilan susulan kematian anaknya ketika menjalani latihan Pasukan Latihan Pegawai (Palapes), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) didengari Allah.
Hari ini, tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai (Palapes), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyebabkan kematian pelatih Palapes UTM Skudai, Syamsul Haris Shamsudin pada tahun lalu yang pada awalnya dilaporkan kematian biasa sehinggalah dirinya tidak henti-henti berjuang.
Mingguan Wanitan yang pernah menemuramah Ummu Haiman masih teringat akan kata dilontarkannya di mana kata ibu dua anak ini, sebagai ibu dirinya berasa berdosa jika tidak membela kematian anak sulungnya itu kerana dia yakin asbab kematian Syamsul Haris bukan kematian biasa sebaliknya berkait dengan latihan dilalui arwah anaknya itu.
Perjuangan lebih setahun akhirnya berbaloi apabila, tertuduh, Mejar Mohd Azmi Abu Bakar, 40, Kapten Muhamad Bahauddin, 30 dan Pegawai Waran Mohd Norbuangani Mislan, 41 ditahan namun ketiga-tiga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan.
Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian terhadap Syamsul Haris, 22, (ketika kejadian) dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematiannya.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Lapang Sasar Ulu Tiram Utara dalam daerah ini antara pukul 2 hingga 3 petang pada 28 Julai tahun lalu.
Bagi pertuduhan tersebut, ketiga-tiganya didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Ab Latif dan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiqah Musa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pihak pendakwaan mencadangkan kepada mahkamah jaminan sebanyak RM50,000 bagi pertuduhan tersebut dengan seorang penjamin dan passport diserahkan kepada pihak mahkamah.
Mohd Azmi, Muhamad Baharuddin dan Mohd Norbuangani dalam rayuannya memohon supaya wang jaminan dikurangkan kerana terlalu tinggi.
Azmi berkata, ini kerana dia yang berpendapatan RM9,000 sebulan menanggung tiga anak iaitu dua di sekolah menengah dan seorang lagi bayi berusia 23 hari. Sementara Muhamad Bahauddin pula berpendapatan RM4,000 dan menanggung seorang anak dan isteri yang tidak bekerja.
Mohd Norbuangani pula memberi alasan berpendapatan RM3,000 dan mempunyai tanggungan tiga anak iaitu dua di sekolah menengah dan seorang lagi sekolah rendah.
Hakim Hayda Faridzal kemudian menetapkan RM25,000 untuk setiap seorang dengan seorang penjamin dan passport diserahkan kepada pihak mahkamah.
Bagaimanapun Mohd Azmi yang turut mewakili Muhamad Bahauddin dan Mohd Norbuangani sekali lagi merayu supaya wang jaminan dikurangkan kerana mendakwa jumlahnya masih tinggi.
Tertuduh juga memberi alasan mereka sudah lama berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tidak pernah melakukan kesalahan disiplin sepanjang berkhidmat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!