Penyanyi yang berasal dari Indonesia yang kini bergelar isteri dan ibu kepada Asyraf akui bukannya mudah untuk dia membuat keputusan sebelum mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya.
Melengkapkan kebahagiaan Tya bersama Asyraf kini telah dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, 2. Pejam celik rupanya pasangan ini sudah lima tahun melayari bahtera perkahwinan. Malah baru-baru ini mereka telah menyambut ulang tahun perkahwinan.
Tya akui dirinya perlu tinggalkan keluarga dan kerjaya di Indonesia demi cinta hatinya.
“Dalam hidup ini, kita seringkali berdepan dengan pilihan dan pengorbanan. Saya sendiri tidak pernah menyesali takdir berkahwin dengan Asyraf dan berhijrah ke Malaysia saat nama sedang mekar di tanah kelahiran.
Ads
“Bukan keputusan mudah sebenarnya untuk saya meninggalkan keluarga dan kerjaya di Indonesia. Namun saya bulatkan hati dan percaya cinta yang teguh itu menjadi azimat berharga membawa bahagia berterusan,” luah Tya.
Wanita Tidak Kira Status Kena Kuat
Jelas Tya lagi, sebagai wanita hati kena kuat dan cekal serta tidak boleh lemah.
“Ia seperti sebuah kembara seorang wanita yang mencari hala tuju dalam hidupnya. Ia termasuk mencari jati diri. Dalam perjalanan itu, dipertemukan dengan cinta hati.
“Lumrah dalam sebuah bahtera kehidupan itu pasti bersilih ganti suka duka sebelum mencapai kejayaan, matlamat dan impian diidamkan.
“Wanita itu tak kira apa juga statusnya, dia juga kena kuat. Tidak boleh sesekali lemah. Kuat itu juga bukan daripada segi fizikal, namun juga minda dan pembawakan diri.
Ads
“Saya sendiri berubah status dari gadis bertukar sebagai isteri dan ibu. Menjadi ibu kepada dua cahaya mata tidak pernah membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup.
“Saya jadi lebih optimis dan bersemangat apabila perniagaan yang diusahakan dapat membantu mengubah nasib orang lain,” katanya yang mula berhijab sekitar awal tahun ini.
Single Baru Bagaikan Mutiara
Meneliti satu persatu bait lagu Bagaikan Mutiara jelas merangkumkan kembara perjalanan hidup, aturan kerjaya dan kecintaan wanita kelahiran Palembang, Indonesia bernama Tya Arifin.
Lagu nuansa pop ciptaan Ahmad Jeffny dan penyanyi Yuka Kharisma ini menjadi bukti biarpun melakukan banyak pengorbanan dalam hidup, minatnya terhadap dunia seni yang terlebih dahulu diceburi tidak pernah terhakis.
Ads
Lebih istimewa lagu yang dirakamkan 20 Oktober lalu ini turut mendapat sentuhan nukilan lirik suami tercinta, Asyraf Khalid bersama Ahmad Jeffny.
Lagu edaran Universal Music Malaysia ini pendek kata boleh diabadikan sebagai meraikan momen indah usia perkahwinan pemilik nama penuh Nurtria Wulandari Arifin ini yang genap lima tahun pada 1 November lalu.
Menurut Tya yang turut meneroka dunia perniagaan produk suplemen kesihatan, Mutyara, single komersial pertamanya di Malaysia itu bagai sebuah bingkisan bermakna yang menghimpunkan pahit manis dalam paksi hidup.
“Lirik awal lagu ini sendiri bermula dengan kembara saya dari tanah seberang menuju ke Malaysia. Pendek kata lagu ini mengenai perjalanan saya bertemu dengan suami dan seterusnya membuka lembaran baru dalam hidup sekali gus menebarkan impian yang lebih besar,” katanya Tya yang pernah muncul dengan single Bawalah Aku di Indonesia sekitar tahun 2012.
Darah Seni Tidak Pernah Bernoktah
Ditanya apakah percubaannya menghasilkan single berkenaan yaitu untuk merekam memori perjalanan cintanya, Tya meminta bahawa lagu itu menzahirkan darah seni yang mengalir tidak pernah bernoktah.
“Soalnya saya bermula sebagai artis. Pastinya saya mengharapkan pertaruhan ini akan membuahkan hasil.
“Saya juga tidak mengambil mudah dalam soal untuk kembali menyanyi. Pastinya selepas sekian lama tidak menyanyi, banyak hal saya kena asah. Termasuk daripada sudut vokal. Saya sempat berguru menajamkan kembali vokal sebelum proses rakaman bermula,” katanya.
Pesan penyanyi Nora Ariffin yang juga isteri kepada allahyarham komposer Johan Nawawi, ‘isteri carilah kebaikan dari suami. Jangan mencari salah suami semata-mata.
Kerana sewaktu ada di depan mata inilah, isteri hargai kehadiran pasangan. Arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017, sehingga ke hari ini Nora sentiasa mengingati kenangan-kenangan manis bersama suami tercinta.
Luahnya di instagram miliknya,
Dalam kehidupan berumahtangga..
Carilah kebaikan dari suami.
Jauhi mencari keburukan semata- mata.
Tiada manusia yang sempurna.
Terimalah pasangan kita seadanya.
Mungkin asbab pasangan kita ini, adalah jalan untuk kita ke syurga.
Doa dan sentiasa yakin dengan ketentuan & hikmah dari Allah.
Muhasabah diri.
Sabar & redha adalah kunci.
Redha ibu, redha Allah
Redha suami, redha Allah.
Peritnya Hidup Tanpa Orang Yang Kita Sayang
Dan ketika berkongsi catatan ini, Nora sekali lagi menegaskan di ruangan komen sebab musabab dia menitipkan pesan ini untuk para isteri yang masih dianugerahkan suami.
“Alhamdulilah.. Saya dah tak de suami… Itu sebabnya nak sangat, para isteri di luar sana tahu… Betapa perit hidup tanpa orang yang kita sayang.”
Sebelum ini pun, Nora ada berkongsi gambar terakhir kali dia menatap wajah arwah suami tercinta. Pesannya,
Siapapun kita.
Inilah pengakhiran kita.
Kali terakhir melihat wajah & jenazah Johan Nawawi.
Solat lah….
Sebelum kita disolatkan.
Al-fatihah.
#adadalamtiadabynora
Nora Ariffin bersama ibunya.
Jaga Makan Suami, Jangan Bagi Orang Gaji Yang Buat
Walau pun membesarkan anak sendirian, selepas pemergian suami. Nora tetap terlihat kuat. Empat orang anaknya, Mohd Syakir Iman Johan, Mohd Syakir Alif, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah membesar dengan sempurna.
Malah anak sulungnya sudah pun mendirikan rumahtangga awal tahun ini dengan pasangan hidupnya, Eilya Sofea Azman.
Biarpun bergelar ibu tunggal, Nora tak pernah lupa nasihat satu-satunya ibu tercinta.
“Di antara nasihat yang sentiasa dipegang untuk menjadi isteri yang baik. Ma selalu pesan.. nak jadi isteri yang baik. Kena.. jaga makan suami, jangan bagi orang gaji yang buat, taat pada suami, patuhi hak dia dan jangan terlalu control suami.”
Selalu Dibandingkan Sejak Kecil, Pasangan KEMBAR ‘Berhabis’ RM1.2 Juta Untuk Lebih Jelita! Itulah harga yang perlu dibayar bagi pasangan kembar ini dalam ‘mengubah diri’ supaya tampil yakin dan kelihatan ‘jelita’ menerusi pembedahan plastik.
Kembar Chie dan Chika Yoshikawa menjadi terkenal di Jepun selepas melakukan transformasi pada wajah dan tubuh mereka.
Labur RM1.2 Juta Buat Pembedahan Plastik
Wanita berusia 34 tahun itu pada mulanya sama seperti gadis lain yang menjalani proses penuaan semula jadi. Namun keadaan berubah selepas mereka membuat keputusan untuk melabur 40 juta yen (kira-kira RM1.2 juta) untuk menjadi lebih jelita.
Tidak dinafikan solekan membantu mengubah penampilan, namun perubahan ketara boleh dilihat pada struktur wajah, hidung dan mata kembar itu.
Walaupun mengambil masa yang lama untuk mendapatkan wajah dan tubuh idaman namun kedua-dua wanita itu tidak sesekali menyesal dengan keputusan mereka.
Duta Pembedahan Plastik
Kesakitan ketika proses pemulihan selepas prosedur pembedahan tidak mematahkan semangat mereka yang kini dilantik sebagai duta pembedahan plastik.
Chie dan Chika mendakwa obesesi mereka untuk mengubah penampilan bermula selepas sering dibandingkan sejak kanak-kanak lagi.Semua perbandingan itu menyebabkan impak negatif kepada mental mereka.
Sejak itu, kembar berkenaan mula mencari ruang yang boleh untuk menambah baik wajah agar tidak lagi dijadikan bahan perbandingan.
Seiring dengan peningkatan usia, mereka akhirnya membuat keputusan untuk mengubah penampilan menerusi pembedahan plastik.
Kejayaan mengubah wajah itu tidak bermakna mereka sudah puas, bahkan kembar berkenaan memasang impian untuk terus menambah baik apa yang perlu pada wajah mereka di masa akan datang.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Tudung dan selendang dah penuh satu almari tetapi yang pakai cuma satu. Eh, itu biasa sebab selesa dan mudah nak sarung nak keluar ke mana-mana.
Satu perangai lagi pantang nampak tudung dan selendang yang cantik kat kedai atau media sosial, semua nak beli! Sudahnya tak ada tempat nak letak dan yang beli sebelum itu bertindah dan tak jumpa nak pakai.
Mak, beli lagi! Cantik sangat perangai ya…
Tetapi gaya pakai tetap sama sebab tak ada idea macam mana nak menggayakan tudung tersebut?
Haaa.. ini kami bagi inspirasi mana lah tahu kalau mak-mak atau si anak dara nak cuba di rumah. Bila tengok artis Malaysia ni pakai cantik dan kemas je…
Artis Pakai Tudung Dan Selendang
Nealofa
Amy Mastura
Ziana Zain
Diana Amir
Irma Hasmie
Nabila Razali
Elfira Loy
Siti Nordiana
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Norjuma
Hanis Zalikha
Mia Ahmad
Haaa… mana satu yang anda rasa sesuai untuk bentuk muka sendiri? Jangan rasa tak cantik, kena cuba dulu barulah nampak kelainan diri macam kita pergi potong rambut!
Tip Jaga Kain Tudung Dan Selendang
1. Guna Pelembut
Rendamkan tudung seketika dalam air suam yang telah dicampur dengan bahan puncuci berbentuk cecair dan bahan pelembut. Bilaskan dengan air bersih sehingga hilang sisa-sisa sabun.
2. Jangan sental
Ketika mencuci, jangan meramas atau menyental tudung anda dengan kuat. Jika ada kotoran degil, cukuplah sekadar anda mengosoknya dengan tangan.
3. Abaikan mesin basuh
Bagi jenis kain yang lembut, anda tidak digalakkan mencucinya dengan mesin basuh. Walaupun mudah, ia dikhuatiri akan merosakkan kain tudung tersebut. Namun jika anda mahu menggunakan mesin basuh, asingkan tudung daripada bercampur dengan pakaian lain.
4. Cara keringkan
Ketika mengeringkan tudung, pastikan anda menjemur di kawasan yang redup dan tidak terlalu panas. Jangan terus letakkan tudung di bawah matahari terik untuk mengelakkan warna cepat pudar.
5. Suhu rendah
Ketika mengosok tudung, pastikan suhu sentiasa rendah untuk mengelakkan ia terbakar lalu anda pun menangis. Material jenis sifon dan silk perlu sentiasa berjaga-jaga kerana ia lembut.
6. Gantung
Kalau nak simpan tudung, sebaiknya gantung tudung anda. Tak perlu lipat nanti berkedut dan masa nak cari tudung untuk dipakai, tak jumpa!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...