Traveller Ke Jepun.. Ingat! Virus Bertahan 9 Hari Pada Tempat Disentuh Pembawa

Baru-baru ini syarikat penerbangan AirAsia buat tawaran harga tak masuk akal tiket penerbangan ke Korea dan Jepun. Walau bagaimanapun, dua negara berkenaan mencatat jumlah kes COVID-19 yang tinggi.

Ibu ini, Rosmarlina Binti Abd Ghani menetap lama di Jepun. Dan beliau tetap meletakkan kebimbangan pada traveller yang berhajat ke negara tempatnya menetap, Jepun.

Sungguhpun demikian, beliau berkongsi panduan selamat untuk traveller yang meneruskan perjalanan ke Jepun.

 

 

Katanya, “US letakkan Jepun Level 2, bg amaran pada traveller ke Jepun.”

Pada yang cancel ke Jepun sebab bawa anak kecil dan warga tua… Anda memang sangat berfikiran jauh dan satu keputusan yang tepat walaupun berat.”

Pada yang meneruskan perjalanan… ke Jepun dalam masa terdekat, tawakal dan berusaha sehabis baik untuk jaga kesihatan anda dan semua ahli rambongan.”

Jangan ambil ringan dan sentiasa beringat, ketahuilah virus ini boleh bertahan selama 9 hari di tempat-tempat yang disentuh oleh pembawanya.”

 

 

Panduan Untuk Traveller Jepun

  • Kalau boleh jangan skip pakai mask bila di luar, elak pegang tepi eskulator tu, tekan butang lif pun kalau boleh berlapik.
  • Dalam train pun kalau boleh elak lah pegang ring pemegang tangan tu,
    nampak orang batuk batuk dalam train jangan dok dekat.
  • Nampak ja ada kat mana-mana hand sanitizer tu guna, selalu ada kat pintu depan supermarket besar-besar. Free ja pun.
  • Gi public toilet nampak ada sabun buih untuk basuh tangan tu, apa lagi basuh tangan dengan kerap ya. Pastu lap betul-betul tangan tu sampai kering.
  • Balik dari jalan-jalan tu sila kumur mulut anda paling kurang 3 kali.
  • Kalau rasa tak perlu bersesak-sesak ke tempat ramai orang, sila elakkan ya.
  • Kalau rasa tak sihat tu jangan gagahkan diri keluar hotel/ apartment, rehat ja dalam rumah, takut lagi senang dapat kuman bila badan tak sihat tu.
  • Group yang senang dijangkiti virus adalah, warga tua, anak-anak kecil dan wanita hamil.

 

IKLAN

 

Updated Kes Untuk Hari Ini

25 Feb 2020
Updated…
Tokyo 33 kes
Hokkaido 30
Kanagawa 17
Aichi ( Nagoya) 17
Wakayama 12
Chiba 10
Ishikawa 4
Okinawa 3
Kumamoto 3
Kyoto 2
Fukouka 2
Nara 1
Mie 1


Dan

Osaka masih 1
Namun di tempat tinggal saya di Osaka Bay, kami sudah dapat surat dari sekolah dan tempat jagaan kanak-kanak supaya memantau suhu anak-anak setiap hari dan jika suhu 37.5c tidak dibenarkan ke sekolah.

Info tambahan kes
South Korea 833 kes
Jepun 138 kes

Saya doakan semoga semua rakyat Malaysia yang melancong dan yang bermastautin di Jepun, selamat dari dijangkiti Virus ini, amin.

Doakan kami di Osaka ni ya.

Baca sini : Ibu ini kongsi panduan jaga anak terkena demam Influenza sehingga sembuh.

IKLAN

Cara Pakai Mask Untuk Wanita Berhijab

Saya sertakan juga gambar bagaimana pada wanita berhijab untuk pakai Mask. Harap membantu.

Traveller Ke Jepun.. Ingat! Virus Bertahan 9 Hari Pada Tempat Disentuh Pembawa

 

Traveller Ke Jepun.. Ingat! Virus Bertahan 9 Hari Pada Tempat Disentuh Pembawa

 

Traveller Ke Jepun.. Ingat! Virus Bertahan 9 Hari Pada Tempat Disentuh Pembawa

 

Traveller Ke Jepun.. Ingat! Virus Bertahan 9 Hari Pada Tempat Disentuh Pembawa

IKLAN

 

Traveller Ke Jepun.. Ingat! Virus Bertahan 9 Hari Pada Tempat Disentuh Pembawa

 

Traveller Ke Jepun.. Ingat! Virus Bertahan 9 Hari Pada Tempat Disentuh Pembawa

 

Traveller Ke Jepun.. Ingat! Virus Bertahan 9 Hari Pada Tempat Disentuh Pembawa

 

Traveller Ke Jepun.. Ingat! Virus Bertahan 9 Hari Pada Tempat Disentuh Pembawa

Salam dari Malaysian di Osaka, Ros

MW : Di mana pun berada, sentiasalah berjaga-jaga dan lindungi diri dan keluarga.

Sumber/Foto : Rosmarlina Binti Abd Ghani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI