
Biasanya kalau setiap kali kita tebuk dinding guna drill (gerudi) akan menyebabkan habuk berterbangan jatuh ke lantai. Habis berhabuk satu rumah. Namun sebenarnya kita boleh kurangkan habuk bertaburan di lantai dengan cara yang dikongsikan oleh Encik Hong Guan ini. Ikut tip ini tak payah nak sapu atau bersihkan lantai selepas drill lagi. Lebih mudah dan jimat masa, sebab habuk semua berkumpul dan tak berterabur.
Berikut perkongsian tersebut;
Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding.Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat-lipat dan masking tape lekat dekat bawah lubang yang nak tebuk untuk kumpul pasir yang keluar masa drill.
Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa-apa je yang boleh kumpul pasir. Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul buang je kat tong sampah.
Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli kat Daiso di tepi cordless drill untuk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga. Harap bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:

Microwave Berasap, Meletup Keluar ‘Spark’, Tukar “MICA SHEET” Modal Tak Sampai RM10!
Kipas Pusing Perlahan, Repair Sendiri Tukar Capacitor Kos RM5 Je!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ikut tip yang dikongsikan ini semoga dapat kurangkan habuk yang jatuh ke lantai. Jadi tak perlu beria kita nak sapu dan bersihkan lantai lagi. Selamat Mencuba!
Sumber: Hong Guan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanam BAWANG PUTIH Pilih Jenis ‘Softneck’, Letak Menegak Sebelum Kambus!

Isi Kandungan
ToggleBawang putih antara ramuan yang selalu kita gunakan dalam masakan dan ia mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Jika mak-mak suka berkebun, boleh cuba tanam bawang putih sendiri di rumah. Ada jenisnya yang sesuai ditanam di negara kita dan caranya menanamnya juga kena betul. Barulah menjadi bawang putih yang ditanam.
Fahamkan perkongsian daripada Mahadzir Hashim ini sebagai panduan jika nak belajar asas tanam bawang putih.
Kaedah Asas Penanaman Bawang Putih;
1. Pemilihan Benih
Terdapat 2 jenis bawang putih yang diimport kita harus kenal;
i) Softneck- kulit bawang berwarna putih cerah keseluruhan. Mempunyai daun yang lembut dan sedikit menjuntai ke bawah. Ia di tanam pd musim panas di China dan Korea.
ii) Hardneck- Kulit bawang berwarna putih dan kemerahan di bahagian atasnya. Mempunyai daun yang agak keras mencacak. Ditanam pada musim sejuk di negara pengekspot.
Di sebabkan cuaca kita yang panasnya,jenis softneck sesuai ditanam di negara kita dan memberi hasil positif.
Pilih bawang yang baik dan segar sahaja untuk benih tanaman. Pecahkan bawang kepada ulas-ulas dan ambil yang matang sahaja.
2. Media tanah sediakan:
2 bahagian tanah pasir
1 bahagian cocopeat
1 bahagian tanah organik
3. Cara Tanaman:
Tanam ulas bawang secara menegak dengan bahagian akarnya ke bawah.Kambus butir bawang dengan tanah sedalam satu inci atau 2cm. Jangan terlalu ke dalam benih mungkin lemas bila proses menumbuh. Proses siraman di perlukan pagi dan petang.
Selepas 5 hari daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Pembajaan organik perlu dilakukan pada peringkat ini.
Selepas 14 hari daun bawang akan meninggi. Daun bawang perlu dipotong sehingga tinggal seinci. Ini untuk menggalakan perkembangan bawang. Daun bawang boleh digunakan untuk masakan.
Proses diulang pada tiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan. Proses ini akan mengambil masa antara 100-120 hari atau 3-4 bulan.
4. Tuaian
Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh dituai dengan cara mengorek tanah dan mencungkil. Jangan mencabut kerana akan menjejaskan bawang.
Bersihkan sisa tanah yang melekat dibawang dengan cara mengetuk perlahan. JANGAN BASUH kerana bawang putih perlu dijemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawangnya kering.
Selepas 5 hari pengeringan bawang sudah boleh di ambil untuk kegunaan atau disimpan.
NOTA:
1. Pokok bawang memerlukan sinar matahari maksima untuk pertumbuhan bawang. Jika anda menggunakan polybag pastikan ia tidak di letakkan di tempat berbumbung atau ternaung.

2. Proses siraman setiap hari dan pembajaan organik setiap minggu akan mempercepatkan proses kematangan bawang.
3. Untuk anda yang tinggal di kawasan tanah tinggi dan sejuk seperti Cameron Highland, Ranau serta Tambunan di Sabah, pilihan bawang putih Hardneck adalah lebih bersesuaian. Rasanya juga lebih enak.
Moga bermanfaat
Info Ekstra!
- Pastikan ulas bawang dalam kedudukan berdiri sebelum dikambus.
- Peringkat daun bawang perlu dipotong hingga tinggal seinci atau 3cm. Daun bawang boleh digunakan untuk masakan.
Baca Lagi Di Sini:
Guna Air BAWANG MERAH Barulah Pokok Kesum Keluarkan AKAR Yang Banyak
Kajian Buktikan 3 Bulan Makan Seulas BAWANG PUTIH, Dapat Turunkan Darah Tinggi
MW: Memandangkan bawang putih boleh tahan juga mahal harganya, boleh cuba tip dan cara betul tanam bawang putih ni.Pastikan pilih jenis bawang putih yang sesuai iya.
Sumber: Mahadzir Hashim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Petai Jeruk, Nak RANGGUP & Sedap, Tapis Semalaman, Guna Garam Kasar

Petai jeruk, baunya saja sudah buat orang yang tidak biasa makan akan pening. Tapi bila makan memang boleh bertambah-tambah nasi. Sedap sangat.
Boleh dikatakan baunya kurang menyenangkan baik petai mentah mahu pun petai jeruk. Lebih-lebih lagi bila tiba musimnya, berlambak-lambak di jual. Kiranya sama naik dengan musim durian.
Beruntungnya kalau dapat beli dengan harga murah atau borong. Bukan setakat boleh di makan mentah, di rebus atau nak tahan lama buat petai jeruk. Nak makan, bubuh dalam pinggan dan cukup dengan satu lauk pun dah menyelerakan.
Kadang-kadang usah juga nak dapatkan petai jeruk. Jadi, apa kata bila dah beli banyak sangat, bolehlah buat sendiri.
Daripada perkongsian ZiLa KJ ini, cara nak buat petai jeruk ini senang sangat, cuba langkah demi langkah tu agak lama. Maklum saja, kena kopek satu persatu petai yang telah dicelur itu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Buat Jeruk MAMAN Kena Pilih Berdaun LIMA, Simpan Dalam Peti, TAHAN LAMA
Buat Sendiri Cili Padi Jeruk. Rendam Air Kapur, Baru Tahan Lama Dan Ranggup
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Petai Jeruk Buat Sendiri
“Sudah hampir 12 tahun kahwin, biasa mak mentua yang buatkan petai jeruk, tinggal nak makan saja. Lagi pun saya pandai makan sejak kahwin dengan suami.
“Sekarang baru tahu cara buat. Nampak macam mudah tapi banyak langka-langkahnya.
Cara-caranya:
1. Bersihkan petai.
2. Didihkan air dan apabila mendidih, masukkan petai dan rebus.
3. Apabila kulit petai bertukar warna, angkat dan toskan airnya.
4. Bila tangkai petai suam-suam, terus keluarkan isi petai. Tak perlu tunggu sejuk sebab masa ini ia senang untuk keluarkan isinya.
5. Rendam petai yang diambil isinyadengan air biasa sajaka.
6. Sudah siap, basuh petai tadi untuk keluarkan lendir atau kulit yang tertinggal. Toskan dengan guna penapis.
7. Biarkan semalaman dalam tapisan untuk pastikan air rebusan itu betul-betul kering. Paling penting nak pastikan petainya ranggup.
8. Akhir sekali, masukkan petai dalam balang, rendam dengan air masak. Pastikan ai lebih dari isi petai. Masukkan garam kasar pada bahagian atas saja. Boleh guna beras kasar untuk rasa lebih sedap atau guna saja garam biasa. Masukkan 5 tangkai cili atau lebih, kalau suka pedas.
9. Selepas 3 hari, boleh cuba sebiji dan kalau kurang masin, bolehlah tambah garam lagi.

10. Cukup seminggu boleh makan dengan nasi panas. Sedapnya.
Mingguan Wanita : Kalau nak buang air kecil, jangan lupa simbah air banyak ye. Mahunya pening siapa yang masuk bilik air lepas itu.
Sumber: ZiLa KJ
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Buat Cili Kisar, Rebus Dengan Bawang Putih, Gerenti Tahan Lama, Tak Berkulat

Cili kisar, salah satu keperluan yang mesti ada dalam peti ais mak-mak. Nak tak nak mesti akan digunakan dalam setiap masakan.
Ada sesetengah mak-mak rasa beli cili kisar kat kedai senang dan cepat. Terus boleh guna. Tak kurang juga mak-mak yang lebih suka buat sendiri cili kisar homemade ini.
Maklum saja, cili kisar yang dijual sesetengahnya pesdas sangat dan tak kurang juga warnanya pun tak semerah yang diinginkan.
Bagi mak-mak yang selesa buat sendiri cili kisar, keberangkalian untuk tahan lama mungkin hanya dua tiga hari. Lepas itu mulalah masam dan berkulat. Tak tahan lama.
Bagaimana nak bagi cili kisar yang mak-mak buat sendiri ini tahan lama. Jangan risau boleh ambil petua daripada Mim Yusof ini dalam membuat cili kisar tahan lama dan tak berkulat.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: PETUA Buat Sambal Belacan Sedap, Wangi Beraroma & Tahan Lebih Lama!
Petua Elak Serangga Tanaman, Sembur Rendaman Kulit Bawang Selama 3 Hari, Selesai Masalah!
Info Lebih Menarik DI SINI
Cili Kisar Homemade, Tahan Lama
“Kali ini nak kongsi petua nak bagi cili kisar tak berkulat dengan cepat. Biasa yang saya buat tahan berbulan-bulan dalam peti ais, tidak berkulat atau pun masam”
Bahan-bahan:
Lada kering
Bawang putih
Air yang ditapis (Boleh guna air coway atau jenama apa sekalipun, asalkan air tapis)
1. Gunting kecil-kecil lada kering, basuh bersih dan buang bijinya. Anggaran lada kering yang biasa guna sebanyak 400 gram.
2. Guna bawang putih sebanyak 3 labu, buang kulit dan basuh bersih.
3. Masukkan dalam kuali atau periuk cili kering tadi bersama bawang putih. Rebus sekali. Pastikan masa merebus gunakan air tapis. Elakkan daripada guna air paip
4. Rebus bahan tadi sehingga cili lembut.
5. Toskan dalam bakul. Tak perlu basuh sebab sudah rebus dalam air tapis. Kalau basuh sekali lagi dengan air paip, ia boleh menyebabkan kulat pada cili kisar tadi. Selepas itu, bolehlah kisar cili tadi bersama bawang putih. Gunakan air tapis juga.
6. Inilah hasilnya. Insya Allah tahan lama. Kalau nak mudahkan mak-mak, boleh simpan dalam bekas kecil-kecil untuk sekali pakai. Boleh buat stok.
Info: Penggunaan bawang putih ini penting sebagai pengawet dan bagi cili tahan lama dan tak berkulat.

Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Kalau sebelum ini tak pernah letak bawang putih, apa kata masukkan sekali bawang putih. Paling penting jangan guna air paip, guna air yang ditapis.
Sumber: Mim Yusof
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI