Bawang putih antara ramuan yang selalu kita gunakan dalam masakan dan ia mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Jika mak-mak suka berkebun, boleh cuba tanam bawang putih sendiri di rumah. Ada jenisnya yang sesuai ditanam di negara kita dan caranya menanamnya juga kena betul. Barulah menjadi bawang putih yang ditanam.

Fahamkan perkongsian daripada Mahadzir Hashim ini sebagai panduan jika nak belajar asas tanam bawang putih.

Kaedah Asas Penanaman Bawang Putih;

1. Pemilihan Benih

Terdapat 2 jenis bawang putih yang diimport kita harus kenal;

i) Softneck- kulit bawang berwarna putih cerah keseluruhan. Mempunyai daun yang lembut dan sedikit menjuntai ke bawah. Ia di tanam pd musim panas di China dan Korea.

ii) Hardneck- Kulit bawang berwarna putih dan kemerahan di bahagian atasnya. Mempunyai daun yang agak keras mencacak. Ditanam pada musim sejuk di negara pengekspot.

Di sebabkan cuaca kita yang panasnya,jenis softneck sesuai ditanam di negara kita dan memberi hasil positif.

Pilih bawang yang baik dan segar sahaja untuk benih tanaman. Pecahkan bawang kepada ulas-ulas dan ambil yang matang sahaja.

2. Media tanah sediakan:

2 bahagian tanah pasir
1 bahagian cocopeat
1 bahagian tanah organik

IKLAN

3. Cara Tanaman:

Tanam ulas bawang secara menegak dengan bahagian akarnya ke bawah.Kambus butir bawang dengan tanah sedalam satu inci atau 2cm. Jangan terlalu ke dalam benih mungkin lemas bila proses menumbuh. Proses siraman di perlukan pagi dan petang.

Selepas 5 hari daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Pembajaan organik perlu dilakukan pada peringkat ini.

Selepas 14 hari daun bawang akan meninggi. Daun bawang perlu dipotong sehingga tinggal seinci. Ini untuk menggalakan perkembangan bawang. Daun bawang boleh digunakan untuk masakan.

Proses diulang pada tiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan. Proses ini akan mengambil masa antara 100-120 hari atau 3-4 bulan.

IKLAN

4. Tuaian

Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh dituai dengan cara mengorek tanah dan mencungkil. Jangan mencabut kerana akan menjejaskan bawang.

Bersihkan sisa tanah yang melekat dibawang dengan cara mengetuk perlahan. JANGAN BASUH kerana bawang putih perlu dijemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawangnya kering.

Selepas 5 hari pengeringan bawang sudah boleh di ambil untuk kegunaan atau disimpan.

NOTA:

1. Pokok bawang memerlukan sinar matahari maksima untuk pertumbuhan bawang. Jika anda menggunakan polybag pastikan ia tidak di letakkan di tempat berbumbung atau ternaung.

IKLAN

2. Proses siraman setiap hari dan pembajaan organik setiap minggu akan mempercepatkan proses kematangan bawang.

3. Untuk anda yang tinggal di kawasan tanah tinggi dan sejuk seperti Cameron Highland, Ranau serta Tambunan di Sabah, pilihan bawang putih Hardneck adalah lebih bersesuaian. Rasanya juga lebih enak.

Moga bermanfaat

Info Ekstra!

  • Pastikan ulas bawang dalam kedudukan berdiri sebelum dikambus.
  • Peringkat daun bawang perlu dipotong hingga tinggal seinci atau 3cm. Daun bawang boleh digunakan untuk masakan.

Baca Lagi Di Sini:
Guna Air BAWANG MERAH Barulah Pokok Kesum Keluarkan AKAR Yang Banyak

Kajian Buktikan 3 Bulan Makan Seulas BAWANG PUTIH, Dapat Turunkan Darah Tinggi

MW: Memandangkan bawang putih boleh tahan juga mahal harganya, boleh cuba tip dan cara betul tanam bawang putih ni.Pastikan pilih jenis bawang putih yang sesuai iya.

Sumber: Mahadzir Hashim