Daun sup sering ditambah dalam masakan sebagai penambah aroma menyedapkan makanan.Boleh dikatakan salah satu kemestianlah bagi mak-mak setiap kali beli bahan basah di pasar. Namun, seikat kecil daun sup boleh tahan juga harganya, nak digunakan sedikit sahaja. Daripada beli, lebih baik tanam sendiri daun sup ini di rumah.Lebih jimat dan bebas racun serangga.
Namun buat mak-mak yang dah cuba tanam daun sup namun sering tak berjaya sebab pokoknya mudah mati, boleh cuba antara tiga kaedah sebenar untuk semai daun sup ini.
Berikut perkongsian daripada Pyan Sempoi sebagai panduan;
“Ada lagi ka yang belum berjaya tanam pokok daun sup ni? Ok nak habaq mai ada 3 kaedah untuk tanam pokok daun sup ni..hangpa dah pernah cuba ka tiga-tiga cara ni? jom kongsikan pengalaman dan pendapat masing-masing.”
Kaedah Pertama : Semai Biji Benih
Anak pokok sup umur 1 bulan lebih hasil semai biji benih. Seminggu 2 lagi dah boleh asing-asingkan dan pindah ke bekas lebih besar.
Cara saya semai:
1. Siapkan media tanaman. Saya guna *campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam. Lepas dah isi ke bekas (cup) saya siram siap-siap.
2. Tabur biji benih sikit je. Jangan banyak-banyak. Cukup secubit jer tau, tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ni halus. Lepas spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah-celah media banyak yang gagal sebab ni lah, benih yang bercambah tak dapat tembus tanah untuk dapat cahaya.
3. Spray dengan air, cukup 1-2 kali tembak je.
4. Letak tempat teduh..nak tutup boleh tak nak tutup pon boleh. Dalam kes saya, dibiar jer tak tutup pun.
5. Spray 2x sehari pagi dan petang. InsyaAllah tumbuh selepas 7-10 hari.Kalau 2 minggu tak tumbuh-tumbuh jugak bererti gagal..kena cuba lagi.
*Cocoapeat saya campur sendiri dengan nisbah 1:1:1, boleh juga beli yang dah siap contoh 6in1 dan lain-lain. Lebih bagus lagi jika guna peatmoss. Kebanyakan peladang-peladang komersial guna peatmoss untuk semai benih.
Kaedah Kedua: Tanam Semula Akar Pokok Matang
Hasil semai akar pokok sup yang dibeli dari pasar. Umur dah tak ingat sebab dah banyak kali pindah anak dari induk asal.
Cara saya semai :
1. Pilih pokok sup yang masih segar + ada banyak akar yang masih warna putih + ada anak / tunas kecil..3 syarat WAJIB !!
2. Potong semua batang kecuali tunas-tunas kecil.
3. Rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari.
4. Dah boleh tanam jika nampak akar makin sihat + tunas makin segar & membesar.
5. Siram sikit-sikit je jangan terlebih air, yang ni pon jadi penyebab ramai yang gagal sebab media terlalu becek.
6. Letak tempat teduh dulu 1-2 minggu.
Kaedah Ketiga: Tanam semula anak-anak pokok yang tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2.
Pindah anak pokok dari pokok guna kaedah no 2. Pokok sup umur 1 bulan lepas pindah dari induk gambar sebelum ni.
Cara saya semai :
1. Pokok induk mesti sihat + subur + ada banyak anak-anak pokok yang baru keluar. Pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas jer tau.
2. Korek atau cabut perlahan-lahan.Syarat kena ada akar bersama anak pokok tu..kalau cabut pastu takde akar baik campur dalam sup ja. Kena hati-hati cabut.
3. Tanam dan letak dekat tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil.
4. Siram sikit-sikit ja, sama macam kaedah 1 atau 2. Jangan terlebih air.
So boleh pilih nak guna cara mana sekali tanam ja pokok sup ni. Insya Allah boleh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah nombor 3.
Selamat mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh tanam sendiri daun sup di rumah cuba kaedah-kaedah dan tip yang dikongsikan ini.
Selalunya kalau masak nasi guna beras biasa mesti tak cantik berderai. Ada masanya terlebih lembik atau keras sebab sukatan air tak berapa nak betul. Tapi, kalau beras basmathi, elok je kejadiannya.
Jangan risau, mak-mak boleh saja nak pastikan nasi cantik berderai dan sihat dengan guna beras biasa. Rasanya lagi cepat masak kalau ikut perkongsian Kuih Noni Talam ini.
Biasannya bila kita selalu masak, periuk belanga yang digunakan akan berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Lebih-lebih lagi jika jenis periuk yang sering digunakan dan bertahun-tahun lama usianya.
Sebenarnya ada petua mudah dan berkesan untuk pastikan periuk yang digunakan tetap cun melecun dan bersih berkilat. Iaitu menggunakan lebihan sabun mandi (buku/ketul) dan sental dengan berus dawai besi keluli halus.
Petua berkesan ini dikongsikan oleh Puan Zainun Mamat sebagai rujukan.Periuknya yang telah berusia 22 tahun masih kelihatan cun melecun, tahan lama dan bersih berkilat macam baru.
Berikut perkongsian tersebut.
Tiap-tiap hari kita masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar juga nak cuci dan sental.
Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang.
Caranya mudah je:
1.Rendam besi keluli dengan sabun mandi Dan sedikit air. Tekan-tekan sikit. Biar jadi berbuih.
2.Selepas itu boleh lah sental periuk Kita. Bilas Dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
3.Besi keluli juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.
Periuk Saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, hangus dan berkerak tebal. Kalau payah nak bersihkan dan nak jadi berkilat tu boleh cuba petua sabun mandi yang dikongsikan ini.
Ada banyak rahsia masak nasi arab ayam mandy di laman media sosial, tetapi kali ini lebih istimewa sebab cara masak jimat dengan menggunakan periuk Noxxa.
Haaa… yang ada periuk ajaib ni, bolehlah cuba godek resepi ini ya!
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam. Belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron
Cara-cara penyediaan ayam:
Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah.
Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.
Bahan-bahan Nasi:
4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Ana lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan nasi:
1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis.
2. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit.
3. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON.
4. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan.
5. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi.
6. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.
Bahan-bahan sos:
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
Cara-cara penyediaan sos:
(Semua bahan ini dimesin halus)
Betul Ke Guna Noxxa Masak Sedap Dan Cepat?
Teruja atau tidak betapa pantasnya memasak menggunakan periuk Noxxa ini? Jom semak masanya…
Rebus telur = 1 minit
Masak popcorn = 2 minit
Masak nasi dagang = 7 minit
Masak nasi tomato = 7 minit
Masak nasi minyak = 7 minit
Rebus laksa = 8 minit
Rebus nasi impit = 20 minit
Masak sup tulang = 30 minit
Masak dodol = 30 minit
Masak gulai ayam pencen = 45 minit
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.