Bercucuk tanam dan berkebun ni kena ada ilmu, penting tahu teknik dan cara yang betul barulah tanaman itu menjadi.Mungkin ramai yang tak tahu, rupanya pokok limau kasturi dan apa juga jenis pokok limau boleh disemai menggunakan teknik keratan batang, selain biji benih dan anak pokok.

Bukan apa, Buah Limau Kasturi ni memang selalu digunakan di dapur. Baik nak cuci ikan, masukkan dalam masakan, dibuat air dan macam-macam lagi. Biasanya mak-mak nak guna pun sikit je, jadinya eloklah ditanam dan petik sendiri dekat pokok, elak membazir. Malah lebih jimat dan bebas racun serangga.

Boleh cuba belajar teknik semai keratan batang pokok limau kasturi ini seperti yang dikongsikan oleh Tuan Pyan Sempoy ini;

“Hangpa tau dak selain guna biji benih dan tut, kita boleh juga semai pokok limau kasturi guna keratan. Mesti ramai yang tak tau kan? Daripada buang macam tu ja dahan-dahan pokok yang dipangkas, baik hangpa ‘cucuk’ kat tanah..nanti boleh dapat anak pokok limau yang baru.”

Rupanya Pokok Limau Kasturi Boleh Semai Guna Teknik Keratan Batang!
Pokok Induk yang sihat dan tengah rancak berbuah.Induk la sangat tanam dalam pasu ja pon..baru 3 bulan lebih dok dalam pasu ni..sebelum tu dok kat polibag 16×16 ja.

Cara saya semai keratan batang Limau Kasturi :

1. Pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, dah pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut/muda dan tidak terlalu tua.

Rupanya Pokok Limau Kasturi Boleh Semai Guna Teknik Keratan Batang!

2. Potong dan buang pucuk/daun/duri dan sisakan 2-3 daun sahaja. Potong separuh daun-daun tu.

Rupanya Pokok Limau Kasturi Boleh Semai Guna Teknik Keratan Batang!

IKLAN

3. Cucuk ke media yang lembap..saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam..padatkan media di sekeliling keratan tak nak bagi bergoyang..boleh guna penggalak akar jika ada..lagi cepat dia berakar nanti.

Rupanya Pokok Limau Kasturi Boleh Semai Guna Teknik Keratan Batang!

4. Sungkup menggunakan cawan plastik atau apa-apa. Saya guna cup atas bawah letak kat tempat teduh sampai keluar tunas baru dan akar. Siram sikit-sikit jika media nampak dah kering..kena buka sungkup pastu tutup balik.Tujuannya untuk mengurangkan pengewapan tak nak bagi keratan cepat kering lalu mati.

Rupanya Pokok Limau Kasturi Boleh Semai Guna Teknik Keratan Batang!

IKLAN

5. Boleh pindah ke bekas lebih besar jika anak pokok dah stabil boleh guna teknik ni untuk jenis-jenis limau yang lain..selain tu semua jenis pokok jambu air pon boleh guna teknik ni juga.

Rupanya Pokok Limau Kasturi Boleh Semai Guna Teknik Keratan Batang!

Taraaaaaaaaaa !!

Ni dia anak pokok yang berumur 3 bulan lebih hasil semai keratan. Nampak dak ada 2 daun yang dipotong separuh masa semai? masih wujud & sihat daun-daun tu.

IKLAN

Lepas ni nak potong pucuk bagi dia bercabang banyak..ajaq dari kecik baru la nanti pokok jadi rendang macam mak dia bila dah besaq.

Rupanya Pokok Limau Kasturi Boleh Semai Guna Teknik Keratan Batang!

Info Ekstra!

  • Kalau ada hormon penggalak akar boleh guna, lagi cepat dia berakar, kalau takde boleh juga guna bawang merah, tak nak guna apa-apa pon boleh.
  • Semua jenis pokok limau boleh guna teknik ni tapi ada yang senang ada yang susah. Yang senang termasuk limau kasturi, limau nipis dan lemon.

Selamat Mencuba!

Baca Di Sini: Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam dan nak berjimat, boleh tanam sendiri pokok limau di rumah cuba teknik semai keratan batang yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba, semoga berjaya!

Sumber: Pyan Sempoy (Kebun Sayur, Bunga Dan Buah Buahan)

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI