Kalau cerita pasal kain, setiap hari tak akan pernah habis. Dah siap sidai kain, berlipat pula belum selesai. Sudahnya kain berlonggok dalam bakul macam bukit!
Itu adalah situasi yang selalu berlaku di rumah bila mak-mak sekarang buat banyak kerja, walau pun dia seorang suri rumah.
Dan bukan orang yang sudah berkahwin sahaja, yang bujang pun sama. Bila ada tetamu datang, tergocoh-gocoh sembunyikan bakul-bakul dalam bilik tidur.
Haa… untuk mudahkan kerja rumah tangga, mak-mak boleh ikut cara Puan Ilidayana Sudirman ini.
Ok, mesin basuh ili 7kg je. Kalau korang punya lebih banyak, sila gandakan ikut nisbah la…
Simple je, syaratnya…
Ads
1. Strategi
Serang pakaian kecik-kecik dulu, macam cik sotong, stokin, sapu tangan. Masa keluarkan dari mesin basuh lagi kita dah sorting. Cara ili, sangkut di tangan. Rujuk gambar. Tu semua suar kecik dak sarah, stok 3 hari je tu. Sampai kat ampai, yang ni ili settle sepit dulu.
2. Set masa
ili selalu gunakan cerita kat tv yang best, masa iklan berdesup ili siapkan sidai. Iklan kat TV3 dalam 7-8 minit, pastu sarah akan tolong jerit : ibu, cerita dah start!! Jadi ili pun cam exercise gak la kan sebab pegi balik 2 kali.
3. Guna hanger
Bab ni ili paling suka sebab dari hanger di ampaian, baju dah kering dan sejuk terus je masuk almari, so tak payah melipat dan kurang keje menggosok.
Ads
Haaa.. cubalah nanti tau.
Buat lelaju ni best, kira macam buat Tabata, intense in short periods.
Tip Lipat Kain:
1. Buat bakul masing-masing, contoh kalau ada anak 5… maka sila sediakan 5 buah bakul untuk diorang.
3. Mulakan lipat kain yang besar dulu, barulah nampak kain bertimbun tu mula sikit.
4. Kena biasakan anak melipat baju sendiri walau baru sekolah rendah.
Apa pun semuanya dari belah pihak mak ayah ya, kalau anda sendiri pun suka longgokkan baju dalam bakul maka jangan pelik anak pun jenis tak suka lipat baju!
NOTA:
Gambar sidai kain di pagar itu sekadar hiasan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak siapa boleh baca selama mana Allah bagi ‘pinjam’ seseorang dalam hidup tetapi kalau pernah merasa ayah pergi waktu umur masih kecil, anda akan selami hati anak kecil ini. Sebak.
Tahu pula pemergiaan ayahnya selepas hantar dia menuntut ilmu. Allah… cukup besar ujian buat anak kecil ini, namun nak tak nak kena telan dan meneruskan hidup dengan tabah.
Apa yang dilaluinya mungkin tak mudah, jadi jika ada yang sudi membantu boleh ikuti perkongsian Puan Jamilah Hawa Sapai ini…
Seorang Pelajar Darjah Dua SK Jalan 6 bandar baru bangi kehilangan bapanya awal pagi tadi.
Bapanya meninggal selepas serangan jantung semasa memandu selepas menghantar anak ini ke sekolah. Bapanya meninggal di tempat kejadian pada usia 37 tahun.
Apa yang buat saya sebak ialah ibunya baru 5 hari berpantang dan baru sahaja suaminya hantar pulang ke kampung di kelantan.
Isteri beliau seorang yang kurang upaya penglihatan (buta) dan bekerja di jabatan kebajikan masyarakat.
Anak ini sangat tabah. Mengalir air mata dan sangat sayu apabila melihat jenazah bapanya yang dia kasihi.
Dia cukup disiplin dan ini diakui oleh guru sekolah dan pihak transit di sini.
Jika ada yang ingin menyumbang, bolehlah dapatkan maklumat pelajar tersebut di SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi.
Moga sumbangan Tuan-puan boleh meringankan dan membantu serba sedikit anak ini dan keluarga beliau.
Moga Anak ini menjadi anak yang soleh dan cemerlang.
Tabahlah wahai anak muda, kamu bakal menjadi manusia yang berbakti. Aamiin.
Jika ada yang berminat untuk membuat sumbangan. Boleh bank in ke akaun isteri arwah.
MAS SUNI MAT HUSIN
CIMB:7617029176
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Terlebih berjaga pada waktu malam, selalu membuatkan wanita kerap lapar dan suka makan lewat malam. Kadang nak paksa tidur pun tak selesa bila perut kosong, akhirnya pilihan yang ada anda terpaksa sumbat makanan walau lewat malam. Tapi mungkin juga beberapa faktor ini berkait…
Ketika kepala penuh masalah, alternatif dicari untuk menimbulkan rasa gembira. Makanan akan membuatkan seseorang berasa kenyang dan puas hati. Lama-kelamaan makan menjadi tabiat dan akan menyebabkan kenaikan berat badan yang banyak.
Otak tak dapat membezakan rasa haus dengan lapar. Jadi sebelum mencari makanan pada waktu malam, minumlah air kosong dahulu. Jika masih juga lapar, barulah mencari makanan yang sesuai pula.
Makan tidak tetap atau makanan yang diambil pada waktu siang tidak memuaskan kehendak diri. Ya, inilah jadi dorongan buat anda rasa lapar pada waktu malam. Cara atasi, anda perlu sediakan makanan dari rumah atau beli makanan yang disukai dan bawa sebagai bekalan di pejabat. Aturkan juga untuk makan lima kali sehari dengan jumlah kalori sebanyak 400 kalori sahaja setiap kali makan.
Jika anda suka makanan manis pada waktu pagi, tengah hari dan petang, badan anda pasti akan ketagih gula. Akibatnya pada waktu malam, ibu hamil teringin makanan manis atau berkarbohidrat. Gantikan gula dalam makanan dengan buah-buahan dan mengunyah gula-gula getah ataupun mendisiplinkan diri untuk elak makan makanan yang bergula.
Amalkan makanan berserat tinggi, minum air kosong secukupnya dan lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari. Percayalah amalan ini boleh melawan rasa lapar pada waktu malam hari.
Haaa… tetapi kalau anda kerap sangat tidak dapat melawan rasa lapar, anda boleh consult dengan doktor sebab risau pula jika ada masalah lain.
Ramai yang diet dengan cara elak sarapan, sudahnya makan waktu malam berlebihan sebab pagi dah kelaparan. Salah tu, cara terbaik adalah jangan skip sarapan pagi, tengah hari dan elak makan malam!
Seeloknya ambil makanan sumber protein pada waktu malam supaya tengah malam anda tak masuk dapur cari makanan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sayu hati tatkala melihat ketabahan seorang wanita menguruskan ibu bapanya yang juga orang kurang upaya fizikal dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.Ketika sebahagian daripada anak-anak di negara ini mengambil jalan mudah dengan menghantar mak ayah ke rumah kebajikan, pujian harus diberikan kepada ibu tunggal, Intan Zulina Osman, 32, yang tetap cekal menguruskan kedua-dua orang tuanya yang uzur biar pun mereka hanya mampu mengesot dan terlantar di dalam bilik.
Bertubuh kecil selain kudrat wanita yang tidak seberapa, Intan Zulina tidak pernah mengeluh apabila menguruskan kedua-dua orang tuanya, Osman Jusoh, 78, dan Siti Zabedah Saidin, 70, termasuk perlu mengangkat bapanya yang semakin uzur setiap hari untuk ke bilik air.
Dengan pendapatan hanya RM600 sebulan selaku peniaga nasi lemak selain bantuan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Intan Zulina tidak sesekali sanggup menyerahkan mak dan ayahnya itu ke tangan orang lain biar pun dia perlu menanggung tiga anak berusia antara 8 hingga 13 tahun.
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kodiang Lama Luar, di sini, Intan Zulina yang juga ibu tunggal kepada tiga cahaya mata mengakui bakti dicurahkan itu tidak seberapa dibandingkan dengan pengorbanan ibu bapa membesarkannya dengan sempurna.
“Selagi mereka hidup dan kudrat saya kuat, saya akan menjalankan tanggungjawab diamanahkan demi menjaga ayah dan emak tanpa pernah sekelumit ada perasaan mengeluh kerana mereka yang melahirkan saya ke dunia ini,” katanya.
Menurutnya, cabaran memang ada apatah lagi dia perlu membesarkan tiga anaknya, Muhammad Akif Aidil Fikri, lapan, Muhammad Afiq Irfan, 11, dan Aiman Haikal, 13.
Katanya, kisah ibu bapanya pernah tular di media sosial hingga turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang meluangkan masa melawat pasangan itu 19 Jun tahun lalu.
“Sejak itu kehidupan kami bertambah selesa, namun kini ayah semakin uzur apabila tidak mampu bergerak dan perlu dibantu mengurus keperluan harian,” katanya.
Intan Zulina berkata, sebelum ini, dia berniaga nasi lemak di kampung itu dengan pendapatan RM50 hingga RM80, namun sejak empat bulan lalu terpaksa berhenti berniaga kerana perlu memberi sepenuh tumpuan menjaga bapanya.
“Sebelum ini ayah boleh mengurus dirinya sendiri walaupun OKU dan turut menjaga emak, namun sejak empat bulan lalu kesihatannya semakin teruk apabila kedua-dua tangannya tidak kuat dan sering kebas.
“Ayah kini hanya terlantar dan saya menguruskan semuanya termasuk menyuap makan, memandikannya dan perlu mengangkatnya tiga kali sehari ke bilik mandi.
“Namun, selagi mereka hidup saya akan menjalankan tanggungjawab diamanahkan demi menjaga ayah dan emak,” katanya.
Katanya, itu rutin hariannya kini dan mencari alternatif lain dengan berniaga dalam talian menjual kek, roti dan tudung kerana tidak boleh meninggalkan orang tuanya terlalu lama.
“Hasil pemberian bantuan dan sumbangan orang ramai itu saya membeli ketuhar untuk memulakan perniagaan menjual kek dan roti.
“Walaupun pendapatannya tidak seberapa, namun cukup untuk saya sekeluarga meneruskan kehidupan kami,” katanya.
Selain itu, katanya, dia turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 dan zakat RM450 sebulan yang meringankan beban mereka sekeluarga.
“Emak dan ayah adalah anugerah Allah dan selagi saya kuat dan sihat tidak sesekali akan mensia-siakan mereka kerana ini tugas sebagai anak membalas jasa mereka.
“Cuma saya bimbang apabila mereka kurang berselera makan akibat faktor usia. Emak masih boleh dikatakan sihat namun ayah yang nampak perubahannya,” katanya.
Menurutnya, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya selepas kisah mereka tular tahun lalu dan menjadi kenangan terindah dilawati Perdana Menteri.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kodiang Lama Luar, Ku Azlan Ku Mat berkata, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan keluarga terbabit, malah menjadi keluarga angkat JKKK.
“Pelbagai bantuan dihulurkan bagi meringankan beban keluarga ini termasuk membaik pulih rumah mereka melalui sumbangan Pejabat Daerah Kubang Pasu.
“Pelajaran anak Intan juga akan dibantu dan menyalurkan sumbangan melalui kelengkapan sekolah dan sebagainya,” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat wanita ini kerana pengorbanannya yang cekal menjaga kedua orang tua yang uzur tanpa sedikit pun rasa mengeluh. Semoga ramai lagi anak-anak yang mencontohi cara wanita ini dalam membalas jasa kedua mak dan ayah.