Hanya sepasang baju sekolah. Ada beranggapan mak ayah berkira dan tak kurang juga yang rasa hebat sebab setiap hari kena basuh baju sekolah anak. Rajin sangat maknya.
Bila masuk awal persekolahan, perkara yang selalu difikirkan oleh mak ayah tentulah keperluan persekolahan seperti buku, yuran dan lebih-lebih lagi baju sekolah yang perlu diganti.
Mana yang elok masih boleh diguna pakai dan bagi yang baru anak nak masuk sekolah dah tentu kena ada beberapa pasang. Belum lagi uniform untuk sekolah agama.
Bila dah banyak baju sekolah, tak kira lagi masak untuk menyental baju setiap hujung minggu, masa khas untuk menggosok baju dan sebagainya.
Ada cara dan tip terbaik untuk mak-mak praktikkan dengan hanya sepasang baju sekolah. Kiranya ibu yang hebat kalau sediakan sepasang saja. Boleh ikut cara ini.
Masuk sesi sekolah yg baru tahun 2023, saya ada 2 orang anak yang bersekolah rendah. Baju uniform yang saya sediakan cuma sepasang setiap satu.
Ads
Sepasang baju sekolah daan sepasang baju sukan untuk setiap anak.
Itu pun untuk anak kedua, baju sukan dia saya recycle baju kakak dia yang sudah kecil.
Pakai selagi muat dan Masih elok. Ganti, hanya kalau rosak atau sudah kecil.
Baju sekolah mereka saya cuci setiap hari. Iron pada waktu malam ketika masih lembab dan saya akan gantung. Esokknya, baju itu sudah siap untuk dipakai ke sekolah.
Sebenarnya, kaedah ini saya guna pakai sejak sesi persekolahan tahun lepas lagi. Dah berlatih dan saya rasa tenang, lebih lapang.
Sebab bila kurang harta, kurang juga effort dari segi masa dan tenaga untuk menjaga harta tersebut.
Ads
Antara perkara best bila baju hanya sepasang.
1. Saya tak perlu jahit lencana dan name tag banyak-banyak pada baju anak. 2. Semasa hujung minggu, saya tak perlu berpeluh-peluh gosokkan baju sekolah anak banyak-banyak. Hujung minggu boleh jenjalan.
3. Baju hanya sepasang tu akan dijaga dengan lebih baik. Sebab dia dibasuh setiap hari. Kotoran degil tak melekat lama.
4. Beban laundry berkurang. 5. Tak membazir. Kalau anak dah membesar, baju lama cuma ada satu je yang terbuang. 6. Paling best, stoking dan headscarf (anak tudung) pun turut tak hilang. Sebab bila anak cuci baju sekolah. 2 benda tu anak akan letak juga dalam washer dan boleh diuruskan. Kalau tak, dia akan bersepah-sepah dan bercampur dengan baju-baju basahan yang lain. Alamatnya kalau tak hilang satu, dua-duanya akan hilang tanpa berita.
Ads
Esoknya siaplah. Dia akan selongkar bakul laundry sebab nak cari stoking sebelah lagi tak jumpa.
Sesiapa yang rasa benda ni masuk akal…boleh la cuba buat tahun ni. Tahun depan dah boleh apply. Lagipun baju uniform sekarang ni boleh bikin berdengung juga ya.
Mingguan Wanita: Dengan keadaan sekarang ini, memang bagus mak ayah praktikkan macam ni. Cuma rajin atau tidaklah nak menyental tiap-tiap hari tu.
Tahun baru mesti macam-macam azam yang ditanam dan kalau boleh ingin realisasikan sebaik mungkin. Biasanya azam yang sentiasa tertunda tentulah nak kuruskan badan. Begitulah.
Tak kurang juga azam tahun baru untuk menyimpan duit dan kalau boleh tak nak ‘tarik-tarik’ dalam tabung. Biarkan sehingga setahun. Tunggu dan lihat hasilnya.
Apa kata tahun baru ini, kuatkan azam dengan simpan duit tanpa beban. Praktikkan secara konsisten, mesti jadi.
Ini yang dikongsikan oleh Nur Nilam Sari dalam memberi tip menyimpan duit tanpa beban. Paling penting, sedar tak sedar RM3300 boleh terkumpul untuk tempoh setahun.
Sayuran memang antara barang basah yang sukar disimpan lama, tak kiralah sayuran hijau waima tauge sekali pun. Ada segelintir wanita memang perangainya setiap kali masuk pasaraya atau pasar tani, memang ralit membeli aneka sayur.
Sudahnya pening bila mahu memasak sayur, nak disimpan risau pula hilang kesegarannya. Tauge kalau disimpan lama-lama mulalah hilang segar. Norhaniza Kamaruddin ada caranya untuk menyimpan tauge agar kekal segar walaupun sudah memasuki tiga hari.
Selalunya kalau kita membeli tauge, kemudian disimpan di dalam peti ais lebih daripada dua hari, mesti tauge akan bertukar warna sama ada menjadi warna perang atau kehitam-hitaman kan???
Jadi, saya share petua yang saya amalkan. Caranya cukup mudah iaitu dengan hanya meletakkan sekeping asam keping di dalam bekas tauge yang direndam.
Biarkan dan letak bekas tadi di dalam peti ais. Pastikan tauge dalam keadaan terendam. Insyallah tauge akan nampak segar, seolah-olah baru baru dibeli. Paling penting ia masih rangup.
Hasilnya Menjadi
Mula-mula dahulu memang tak percaya tetapi apabila sudah tengok sendiri hasilnya. Barulah saya berani share… Jika anda semua sudah sedia maklum dengan petua ini, saya minta maaf ya. Bimbang dan mungkin saya ketinggalan.
.
.
MW: Semoga perkongsian ini dapat membantu serta memudahkan tugas mak-mak di dapur. Tauge antara sayuran yang mudah dimasak dan sedap dimakan. Tidak kiralah sama ada dimasak lemak atau digoreng begitu sahaja.
Ketam antara makanan lauk yang disukai ramai. Sedap masak lemak cili padi, goreng cili, kari dan sebagainya. Dengan harganya yang agak mahal, sangatlah rugi jika mak-mak tak pandai pilih ketam yang segar, banyak isi dan telur.
Puan Siti Aminah Yousoffada kongsikan tips memilih ketam agar puas hati bila beli.Ia dipelajari berdasarkan pengalaman ayahnya yang merupakan seorang nelayan.
Berikut perkongsian daripada wanita ini sebagai panduan;
“Ok harini saya nak bagi tips untuk pilih ketam yang isinya padu dan penuh dengan telur.Mungkin ramai yang dah tau, tapi harini saya nak share pada yang belum tau.”
1.Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat, kecik tak pe yang penting berat.
2.Gambar nie saya pinjam, sebab saya nak bagitau perbezaan diantara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecik, ketam betina 3 seginya besar. Jadi kalu nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina. Ketam betina isi lebih manis dan sedap.
3.Lihat tempat bertanda tu, pastikan tempat tu berwarna kuning atau keorenan.Maksudnya dalam tu memang ada telur dan isi memang padu.
4.Saya beli 4 ekor ketam tadi.Nampak tak telur ketam tu. Memang tak mengecewakan. Tak sabar nak masak untuk berbuka nanti.
5.Setelah dicuci dan dibersihkan.Ni la hasil nya.Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak.
6.Ini la hasilnya, ke 4 ketam yang saya pilih memang padu isi nya. Kalau rasa tips saya berguna, boleh la try nanti.Alhamdulillah.#SayaAnakNelayan
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
MW: Jadi buat mak-mak yang suka makan ketam dan selama ini tak tau macam mana nak pilih ketam yang banyak telur serta isinya padu, boleh lah jadikan tips ini sebagai panduan.Memang puas hati bila beli ketam macam ni.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.