Jodoh di tangan Tuhan, tidak semua bernasib baik. Setengah orang dikurniakan pasangan di usia yang begitu muda, namun di pertengahan jalan rumah tangga yang dibina kacau-bilau.
Jika ada di kalangan yang bertuah dan bernasib baik dikurniakan pasangan, bersyukurlah dan hargailah pasangan kurniaan daripada Allah SWT.
Ikuti perkongsian Cikgu Nurul Haslidaini dan hadam baik-baik :
Dalam dunia ini tidak semua orang berpeluang mempunyai pasangan hidup. Kita patut bersyukur kerana dalam ramai-ramai tu kita antara insan yang dipilih untuk mempunyai pasangan hidup.
Walaupun pasangan kita tidak sehebat pasangan orang lain, tidak secantik atau sekacak pasangan orang lain namun bersyukurlah kerana hidup kita tidak keseorangan. Allah hadirkan seseorang untuk menemani hidup kita.
Bersyukurlah juga jika kita mendapat pasangan yang sanggup sama-sama susah dan senang dengan kita. Malah tidak kisah pun macamana keadaan kita, tidak memilih dan cerewet. Jangan lepaskan, kelak kita sukar nak temui lagi insan seperti itu.
Kerana ada juga yang dapat pasangan yang bila mana kita senang dia bersama kita tetapi bila kita susah dia tinggalkan kita.
Ads
Tak Semua Bernasib Baik
Setiap orang rezeki dia berbeza dan pengalaman juga tak sama. Bagi yang mendapat pasangan yang baik, itu adalah satu anugerah yang tidak ternilai.
Cuba kita perhatikan tingkah laku dan gerak geri pasangan kita, mesti kita akan sayu kerana kita tak tahu entah berapa lama Allah pinjamkan dia untuk kita. Dan lagi satu bila kita lihat pasangan kita ketika dia sedang tidur, renunglah mata dia.
Lihatlah keseluruhan anggota badannya betapa dia berusaha keras untuk menjadi yang terbaik buat kita dan keluarga. Walaupun tak sama dengan orang lain namun ia cukup bermakna dalam hidup kita.
Pada sang suami pula, janganlah mudah memaki-hamun isteri anda sesuka hati. Kerana hati dan jiwa wanita ini sangat lembut dan sensitif. Jika ada perkara yang anda tidak suka, tegurlah secara berhemah dan lemah lembut.
Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang kesat dan tidak elok kepada mereka, kelak mereka akan hilang rasa hormat kepada anda. Dan kehidupan rumah tangga kita pun akan suram dan tak seronok. Betul tak?
Walaupun Nasib Berbeza, Jaga Pasangan Sebaiknya
Satu lagi, ini selalu berlaku dalam kehidupan kita. Jika kita diuji dengan menjaga pasangan kita yang sakit. Lebih-lebih lagi sakit yang kronik dan sukar diubati. Maka tenang dan sabarlah.
Ads
Jagalah mereka dengan seikhlas hati anda. Kerana Allah dah pilih kita untuk menjaga mereka. Ada sebab Allah pilih kita. Jangan sesekali kita mengeluh dan memarahi mereka dengan mengatakan mereka menyusahkan hidup kita kerana ayat tersebut boleh membuatkan hati mereka terluka.
Ingatlah satu perkara mungkin masa dia bersama dengan kita sudah tidak lama, jadi manfaatkan masa bersama dengan meninggalkan suatu kenangan yang indah. Bukan untuk dia sahaja bahkan untuk diri kita juga.
Bernasib Baik, Itu Suratan Ilahi
Sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidup kita adalah satu suratan yang telah Allah tetapkan. Ikhlaskanlah hati untuk menerima takdir hidup kita ini. Semua yang diberi dan berlaku ada hikmahnya yang kita tidak tahu dan jangkakan.
Makanya bersangka baiklah. Semoga Kita semua terpilih menjadi salah seorang penghuni syurga yang tertinggi dan kuat serta sabar dalam melalui liku-liku kehidupan kita.
MW: Jika mak,ayah dikurniakan pasangan yang baik, hargailah sebaiknya. Jika tidak, berdoalah selagi mampu. Jika sudah tidak mampu bertahan, pilih langkah terbaik agar kedua-duanya merasa bahagia.
Masih ramai mak ayah yang suka pukul anak disebabkan rasa geram. Tengok anak lambat bertindak, pukul. Hadap anak yang lembap bila terima arahan, pun kita pukul! Allah… betul ke tindakan kita itu? Untuk selamatkan emosi anak-anak daripada jadi bertambah teruk, jom baca perkongsian daripada Nurul Ilyani ini…
Semasa talk minggu lepas (teknik meningkatkan self-esteem kanak-kanak daripada perspektif pendidik), saya mengulang-ngulang yang kata-kata negatif dan kritikan negatif, pukulan dan jeritan hanya menjatuhkan daya percaya diri anak-anak.
Anak lambat bersiap boleh jadi dia ada isu dengan fokus.
Apabila dia buat satu kerja, dia cepat terganggu dengan benda lain. Contoh, masa dia nak pergi mandi, sudah cepat-cepat, tiba-tiba dia teringat belum cari baju, dia cari baju dulu.
Kemudian masa dia nak cari baju, dia teringat, dia belum cerita dekat mama, ada kucing beranak dalam bilik, dia pergi jumpa mama dulu.
Semua jadi lambat, dia susah nak organize kerja dan aktiviti. Semua jadi lambat.
Kadang-kadang end up semua tak siap. Dia cuma duduk termenung, mengelamun.
Kasihani anak begini. Dia perlukan bantuan.
Bukan kritikan.
Bukan bebelan.
Bukan herdikan
dan tolong jangan pukul dia.
(Hati sayu, sambil bayangkan Dhuha Tihani? Semua yang saya tulis di atas, semua ada pada Dhuha. Saya sudah lalui. Saya kasihankan dia setiap hari. Saya juga perlu lebih gigih mendidik dia setiap hari)
Saya terbaca satu status, suaminya pukul anaknya lambat. Semua lambat. Nak bersiap pergi sekolah lambat. Lembab.
Sungguh.
Jiwa kecilnya makin sedih. Makin rendah diri. Makin kurang percaya diri. Dia boleh jadi cepat putus asa.
Semua pengalaman kecilnya boleh mempengaruhi hidupnya bila dewasa.
Dia mungkin cepat putus asa.
Dia tak berani cuba perkara baru.
Dia lebih moody.
Dia boleh mudah stress.
Dia jadi lebih sukar kuasai pembelajaran.
Dan, bukankah dia yang lambat dan lembab itu anak kita? Amanah kita?
Kadang-kadang kita lebih mudah melabel anak itu dan ini. Lembab. Bodoh. Lambat. Degil. Buas. Tanpa kita tahu apa sebenarnya bentuk pendidikan yang diperlukan mereka.
Untuk saya dan suami,
Ummu Ilham dan Abu Ilham.
Dan untuk pembaca yang mahu ambil inspirasi. Didoakan bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jarang anak tak minat air kultur atau probiotik ini melainkan mak ayah langsung tak pernah bagi minum. Sekali rasa, mesti anak pantang tengok!
Tetapi kata Dr Taufiq Razif, bukanlah tak boleh bagi langsung cuma kena berpada-pada. Biar ada limit dan mak ayah patut tahu kandungan gula dalam air kultur.
Jangan Bagi Anak Kita Minum Minuman Probiotik Setiap Hari!
Anak saya sendiri pun, minuman kultur ataupun probiotik ni lah benda pertama yang dia akan terkam kalau ikut saya ke pasaraya.
Kenapa?
Sebab benda ni MANIS! Memang fitrah anak-anak sukakan benda benda manis ni. Ingat ke bila ada tulisan ‘less sugar’ ni boleh la percaya rupanya bila check balik memang kandungan gulanya sangat tinggi.
Kandungan Gula Yang Tinggi
Tak kira apa pun yang mereka tulis, minuman probiotic ni akan tetap ada kandungan gula yang tinggi. Sebab dalam minuman ni ada bakteria yang hidup. Gula dalam tu bukan cuma sebagai perasa tetapi juga sebagai makanan pada bakteria hidup kat dalam tu!
Kalau kita buat perbandingan dengan air coca cola yang super manis sendiri pun kita rasa terkejut dah. Kandungan gula dalam coca cola 10.6g per 100ml. Tetapi dalam minuman probiotik boleh sampai 18.3g per 100ml! Banyak ke sikit tara tu!
“Nak tengok kesihatan anak kita 20 tahun akan datang tengok kandungan gula yang kita duk suap anak kita tiap hari.”
Nota: Air kultur atau Probiotik ni bukan tak boleh minum langsung cuma jangan la jadikan rutin. Sekali sekala tu tak apa lah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ngeri membayangkan keadaan jari jemari anak kecil yang masih halus, pecah bagaikan buah anggur yang dipicit akibat dihempap kerusi. Derita yang terpaksa dihadapi dan melalui pembedahan serta jahitan untuk mencantumkan kembali luka dijari. Pesanan buat mak ayah yang anak gemar main kerusi agar lebih berhati-hati. Jangan ambil mudah bila anak bermain kerusi di rumah.
Nak share kisah sebenar,sangat menakutkan dan bagi pengajaran besar kepada kami, berlaku dalam family last year July.Sekarang baru berani nk share.
Masih ingat lagi masa tu tengah masak kurma.Lepas letak santan kita fokus sebab tak nak pecah minyak.Masa tu dengar dah kerusi bunyi-bunyi..memang Irsa our 3rd baby suka main kerusi. Ok,dalam hati,ok je tu.Sambil kacau kuah kurma dan dengar bunyi kerusi jatuh, kuat sambil Irsa menangis.
Jari Terkulai
Terus pergi tengok. Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..darah..ingat gigi dia atau bibir berdarah.Tengok jari dia terkulai..ya Allah tercabut dah kuku anak aku ya Allah.
Pegang dia sambil pegang pergelangan tangan dia kuat-kuat. Cari kain, balut..sambil mulut menjerit bagi arahan dekat Haqq,anak sulung, amik beg letak barang dekat dalam. Dia ikut semua, time tu rasa syukur sangat boleh harap dah anak aku.
Masa tu dia 4 tahun, Layyina masa tu 3 tahun..dia gelak-gelak sebab tak faham lagi kot. Cari kunci kereta, tak jumpa, call husband tak dapat-dapat..hati Naik geram dah ni, rupanya husband ada operasi.Sarung jubah, pakai tudung terus kunci pintu,turun pergi dekat jiran,cakap dia tolong hantar hospital. Chinese..baik ya Allah..dia hantar Kami dan siap jaga anak-anak saya sementara saya register anak.Lama Jugak tu..
Macam Buah Anggur Yang Dipicit
Irsa dah berhenti nangis.Doktor tengok dan cakap kena operation sebab besar, hampir putus.Macam buah anggur yang dipicit..macam tu lah jari Irsa..nasib baik tulang takde apa-apa.
Masa tu memang blame diri..ambil mudah..tak sangka sampai macam tu jadi.Kena hempap kerusi je.Esoknya doktor operate irsa dan kena bius penuh.Sedihnya masa tu.. tengok dia sejuk nangis dan tidur.Paling sedih doktor suruh cium dulu anak sebelum keluar.
Doktor bagi kata dua,samada jari tu akan bersambung baik atau akan hitam mati dan terputus sendiri.Doa memang tak berhenti lepas tu.
Ya Allah..Dan paling menguji kena buat dressing sendiri dekat rumah.I Jenis masa kejadian memang jangan harap I nak share dekat FB.Memang tengok pun tak sanggup time tu.Lepas balik rumah memang macam crime scene lah. Darah menitik-nitik seluruh rumah, nasib sempat dan ingat tutup api gas.
Memang selepas tu setengah tahun kami makan atas lantai..terus simpan kerusi dalam bilik.Masa malam sebelum operations memang saya nangis je tengok dia.Dia elok ceria..Rasa bersalah sangat-sangat. Malam tu ujian kena puasakan dia.Menangis nak susu, macam-macam cara lah..sepanjang malam memang tak tidur.Kesian sangat dengan dia.
Pengajaran untuk semua,jangan biarkan anak-anak main kerusi sendiri,jangan ambil mudah.Dan support husband jugak penting, apa-apa yang berlaku alhamduliillah husband tenang dan tak pernah salahkan saya. Terima Kasih abang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi buat mak ayah, jangan leka dan pandang ringan bila anak-anak main kerusi. Jadikan kisah ini pengajaran kerana akibatnya anak yang menanggung derita nanti.
Kubur Allahyarham Zara Qairina perlu digali semula bagi tujuan bedah siasat – peguam. Kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir perlu digali semula secepat mungkin bagi membolehkan bedah siasat dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian remaja itu.