“Tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai,” Noor Nabila sahkan bakal berpisah.
Ajal dah jodoh ketentuan tuhan. 2 tahun mendirikan rumahtangga buat kali ketiga, kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila akhirnya memaklumkan dia dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Dalam Proses Perceraian
Nabila berkata, keputusan itu dibuat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.
“Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.
“Alhamdulillah ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka.
“Jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan,” katanya.
Ads
Enggan Kongsi Masalah Rumahtangga
Menurut Nabila, dia enggan berkongsi masalah rumah tangga yang dihadapi kepada khalayak, sebaliknya biarlah perkara itu diketahui antara mereka serta dijadikan pengajaran buat dirinya.
“Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.
Ads
“Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.
“Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui,” katanya.
Terdahulu rumah tangga pasangan ini didakwa ibarat sudah retak menanti belah.
Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.
Ads
Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terbaru pelawak terkenal Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah masuk ICU atau Unit Rawatan Rapi. Keadaan ini disebabkan oksigen Siti Sarah yang tidak berapa stabil dan keadaannya juga yang tak berapa baik.
Sejak semalam, Siti Sarah Raisuddin yang hamil tujuh bulan masih bergantung pada alat bantuan pernafasan. Turut dimaklumkan oksigennya masih belum stabil.
Sebelumnya Siti Sarah dimasukkan ke hospital disebabkan batuk dan sesak nafas.
Shuib dan isteri serta anak-anak menjalani ujian saringan Covid-19 pada 25hb yang lalu dan disahkan positif seluruh ahli keluarga. Rentetan pembantu rumahnya yang positif Covid-19.
Menerusi laman instagramnya, Shuib memohon sempena hari baik, hari Jumaat ini agar mendoakan isterinya dan anak dalam kandungan dalam keadaan selamat.
“Assalammualaikum Salam Jumaat semua,pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.
SAYA MOHON DIHARI BAIK, HARI JUMAAT, DOAKAN SARAH DAN ANAK DALAM KANDUNGAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UNTUK MEREKA. SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA, AMIN.”
Hebat ujian buat keluarga Shuib ini, namun percayalah Allah menguji hambanya mengikut apa yang hambanya termampu. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Siti Sarah dan bayi dalam perutnya. Serta memberikan ketenangan hati dan kemudahan juga kepada Shuib dan anak-anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011.
Mingguan Wanita :Semoga Siti Sarah dan bayi dalam kandungan terus kuat.
Tiada perkara yang lebih membahagiakan hati mak ayah apabila anak-anak berjaya cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan masing-masing. Lebih-lebih lagi peranan mak, hasil usaha gigih memberi sokongan, memantau pelajaran dan sebagainya, terbalas dengan kejayaan anak-anak.
Pelakon yang juga merupakan seorang arkitek sepenuh masa, Azhar Sulaiman mendirikan rumahtangga dengan Chempaka Emalin Pahamin,49 dan mendapat 3 orang anak iaitu Kasih Leia Ixora, dan pasangan kembar Andika Rees Pahamin & Kasih Iris Leona,18.
Keputusan SPM
Sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 pada hari ini, dalam posting terbaru di Instagram, selebriti ini berkongsi cerita gembira, kejayaan anak-anak kembarnya yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan ini. Malah dengan keputusan cemerlang tersebut, anak-anaknya dikatakan akan menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang.
Istimewanya, Azhar turut mengucapkan rasa terima kasih dan penghargaan buat isteri tersayang yang rajin serta bertungkus lumus menjaga anak-anak dan keluarga dengan baik. Ternyata kejayaan anak-anak, juga adalah daripada hasil usaha dan pengorbanan isteri tersayang.
“Syukur Alhamdullilah My Twins Rees & Leona Telah Berjaya Dalam Results SPM Mereka.”
“Dua dua pun sudah setuju untuk ambik jurusan Undang Undang.”
“Thanks A Zillion To My Wife Chempaka Yang Sentiasa Work Hard For The Kids & Telah Menjaga Family Kita Dengan Baik.”
MW: Tahniah buat Azhar Sulaiman dan isteri. Semoga anak-anak terus cemerlang dan berjaya dalam jurusan yang menjadi pilihan. Kejayaan anak-anak bukan hasil usaha semata-mata, tapi juga berkat doa, usaha gigih dan pengorbanan daripada seorang mak.
Patutlah orang kata guna tisu ni tak elok sangat! Kelam kabut tengok sesuatu yang tertumpah atau barang kotor, mesti anda terus tarik tisu. Lagi pun tisu sangat mudah di bawa ke mana-mana berbanding guna kain.
Tetapi anda perlu tahu, tidak semua benda boleh dibersihkan menggunakan tisu sebab hasilnya boleh merosakkan dan membuat barang yang disapu jadi lebih kotor. Jadi apa lima barang yang tidak boleh dicuci guna tisu? Jom, semak!
1. Cermin mata
Mahal macam mana pun harga cermin mata, kalau sekali anda bersihkan habuk guna tisu memang boleh calar. Tambah pula, lensa cermin mata zaman sekarang mempunyai lapisan yang cepat tergores jika di lap dengan tisu. Nak selamat, lap saja guna kain yang disediakan khusus untuk cermin mata anda.
2. Perabot Kayu
Debu dan tisu sama-sama memiliki tekstur kasar. Kalau anda guna tisu buat lap perabot kayu, risiko besar lapisan kayu cepat tercalar. Lebih selamat anda buang habuk dengan cara lap guna kain basah (cairan pembersih kayu) atau paling senang guna saja bulu ayam, khas untuk bersihkan debu.
3. Skrin Televisyen, Komputer & Telefon
Tekstur tisu yang kasar akan calarkan permukaan skrin dengan mudah kalau anda guna tisu untuk sapu habuk. Sebenarnya anda boleh gunakan kain microfiber jika skrin kotor dan tambahkan sedikit alkohol agar lebih bersih.
4. Karpet
Selalu kalau air tumpah atas karpet, laju tangan capai tisu yang ada dalam poket atau atas meja semata nak lap. Tapi adakah anda kesannya karpet anda bertambah kotor dan nampak buruk. Menggunakan tisu untuk membersihkan noda pada karpet. Mestilah tisu yang diguna untuk sapu akan hancur sebab permukaan karpet sangat kasar.
5. Baju Hitam
Kalau pakaian kotor sekali pun jangan cuba lap guna tisu. Jika anda menggunakan tisu untuk membersihkan kotoran yang tertumpah pada pakaian dengan warna gelap, terutama hitam dan biru gelap, serpihan tisu akan tertinggal pada pakaian. Pernah terbasuh baju sekali dengan tisu dalam mesin basuh? Nampak tak kesan pada pakaian, satu baju akan dipenuhi tisu yang hancur. Jadi, cuba elakkan guna tisu untuk lap pada pakaian warna gelap, ya!
Sekarang anda sudah tahu keburukan menggunakan tisu untuk membersihkan beberapa barang tidak boleh dipandang remeh. Selepas ini, jangan fikir nak cepat ya. Kena jaga betul-betul barang yang berharga yang dimiliki, bukan senang nak dapat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...