
Berita baik buat seisi rumah di Thailand apabila negara tersebut bakal melaksanakan undang-undang larangan merokok di dalam rumah. Ramai mengetahui bahawa kesan asap rokok lebih berbahaya buat perokok pasif sehingga menyebabkan pelbagai penyakit dan mengakibatkan kematian.
Oleh yang demikian, satu undang-undang yang melarang perbuatan merokok di rumah akan dikuatkuasakan di Thailand pada 20 Ogos dalam usaha mengurangkan kes kematian yang diakibatkan oleh kesan perokok pasif.
Golongan perokok diberi peluang selama 90 hari untuk mempertimbang semula tabiat itu (merokok di dalam kediaman), yang membahayakan kesihatan mereka yang berada di bawah satu bumbung.
Portal berita Bangkok Post melaporkan tentang pengumuman tersebut, yang dikuatkuasakan di bawah Akta Pembangunan dan Perlindungan Keluarga. Mereka yang melanggar undang-undang itu boleh didakwa sama ada di mahkamah juvenil atau mahkamah jenayah.
Kursus Berhenti Merokok
Walaupun belum ditetapkan jumlah denda, mahkamah boleh memerintahkan mereka yang melanggar undang-undang itu untuk tidak merokok di dalam rumah dan/atau memasukkan mereka ke dalam kursus berhenti merokok.
Walau bagaimanapun sehingga kini, belum ada penjelasan terperinci tentang kaedah penguatkuasaan yang akan diambil.
Pengumuman itu seiring dengan usaha kempen antitembakau yang memperjuangkan persekitaran kediaman yang bebas asap rokok dan juga asap rokok elektronik.
“Tahun lalu, sejumlah 8,278 orang mait akibat kesan perokok pasif,” ujar Ketia Pusat Penyelidikan dan pengajian Kawalan Tembakau, Ronnachai Khongsakon.

Kajian itu mendapati bahawa hampir 33 peratus perokok merokok di dalam rumah dan hampir 74 peratus merokok setiap hari. Menurut statistik Kementerian Kesihatan Awam negara itu, pada tahun lalu, sejumlah 54,512 orang mati akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
MW: Memang terbaik undang-undang yang bakal diperkenalkan ini. Sebenarnya tak perlu tunggu kuat kuasa daripada kerajaan pun, mak-mak boleh buat peraturan sendiri, larang perokok-perokok baik suami, kawan-kawan mahupun tetamu daripada merokok didalam rumah. Asap rokok ni sangat berbahaya pada kesihatan diri dan anak-anak dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya serta kematian.
Sumber:Astro Awani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zulin Aziz Dikesan Ada Cyst, Harap Ia Mengecut & Tak Perlu Jalani Pembedahan Dalam Masa 6 Bulan

Isi Kandungan
ToggleRamai wanita sebenarnya turut ada cyst atas pelbagai faktor. Cyst ini tidaklah berbahaya seperti kanser, namun jika ia membesar pembedahan perlu dilakukan.
Menerusi perkongsian dilaman instagram Zulin Aziz,28, penyampai radio Suria FM ini, memberitahu dirinya baru dikesan mempunyai cyst.Ia bermula apabila Zulin dimasukkan ke hospital akibat sakit perut kerana cirit birit. Sebaliknya doktor dapat mengesan kehadiran cyst pada tubuh beliau.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Jumpa lagi 6 bulan doctor Shilpa.
Saya harap benda tu hilang tak payah operation.
Boleh keluarkan saya takkk….nak keje.
Ni bukan scan baby yaa..
Ni namanya cyst. Bila masa pulak saya kawen.
Saya masuk hospital sebab cirit birit tapi lepas tu baru saya tahu.
Saya nak explain pun susah.Doakan baik-baik yaa❤.”
Sementara itu, dalam entri terbaru di laman instagram beliau, Zulin menjawab persoalan peminat dan rakan-rakan yang tidak dapat menghubunginya.Dia memberitahu,tidak berapa sihat dan masih sedang berehat.Cyst yang dihadapinya juga masih dalam keadaan tidak berbahaya, serta berharap cyst tersebut akan kecut dalam masa 6 bulan dan tidak perlu membuat pembedahan.
“Tak angkat call,reply whatsapp semua saya minta maaf.
Bagi saya rehat dulu naa?.
Saya pun dah tak sabar nak gelak-gelak guling-guling .Bosan dok lepuuu macam ni..
Terima kasih buat yang dm saya nak bantu saya cari ubat untuk sihat.Allah saja yang dapat membalas.InsyaAllah saya ikhtiar.
Macam saya ada bagitau..cyst saya masih dalam keadaan tidak membahayakan. Tapi dia boleh membesar.Saya harap dia akan kecut supaya lagi 6 bulan saya tak perlu menjalani operation.
Saya masih dalam keadaan tak berapa sihat disebabkan sakit perut.Jadi saya perlu rehat.
Saya agak kecewa yang fitnah-fitnah saya tu.
Apa kejadahnya saya nak mengandung bubuh kat instagram..awak tengok filem pengabdi setan banyak sangat ni tu terpengaruh.
Pada haters tu awak seronok agaknya tengok saya sakit, saya doakan awak bahagia dunia akhirat.❤
Kepada Zulin Aziz, semoga cepat sembuh, jaga kesihatan diri, dapatkan rehat secukupnya dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Info Ekstra!
- Cyst Ovari adalah masalah yang kerap berlaku kepada wanita. Dikatakan 3 dari 10 orang wanita dewasa menghadapi masalah ini. Kebanyakan cyst ovari bukanlah ketumbuhan kanser.
- Berita baiknya hampir semua cyst ovari akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun terdapat cyst yang tidak hilang seperti biasa dan ini memerlukan rawatan.
- Banyak faktor yang menyebabkan terjadinya cyst. Faktor utama sudah tentu pemakanan dan cyst boleh mengganggu dan menjejaskan fungsi kewanitaan. Kebiasaannya cyst yg berukuran 5cm kebawah, doktor tidak akan membuat apa-apa proses rawatan dan hanya memantau secara berkala jikalau tumbesaran cyst bertambah.
Terdapat dua rawatan Cyst iaitu:
1.Laparoskopi
Dilakukan dengan membuat tiga lubang dibahagian pelvik. Satu lubang untuk dimasukkan kamera dan 2 lubang lagi utk peralatan untuk membuang cyst tersebut. Kebiasaannya rawatan ini dilakukan sekiranya cyst berukuran kecil atau lokasi mudah untuk dicapai. Cyst yang berjisim cecair biasanya menggunakan kaedah ini. Kaedah ini juga digunakan untuk mengambil sample (biopsy) untuk ujian kanser.

2.Pembedahan
Pembedahan adalah pilihan terakhir yang diberikan oleh doktor, sekiranya anda disahkan mempunyai cyst yang bersaiz besar, pembedahan diperlukan untuk megeluarkanya. Sesetengah cyst mengakibatkan kerosakan ovari dan terpaksa dibawa keluar sekali bersama sama dengan cyst. Apa-apa pun dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu.
Sumber: Instagram Zulin Aziz & i-cantiksihat
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siapa Pedofilia Di Socmed, Ini Cara Lindungi Anak Perempuan Dari Jadi Mangsa

Isi Kandungan
ToggleTakutnya bila cerita bab pedofilia ini. Lagi-lagi mak ayah yang ada anak perempuan. Sebab wajah pedofilia kita memang susah nak kenal. Pedofilia tak ada ‘muka’ tapi lelaki ini, BroOhsem Akhtar Syamir bantu mak ayah cam ciri-ciri si pedo, lagi-lagi di media sosial (socmed).
Fahamkan Pedofilia Itu Apa
Apakah itu Pedofilia? Ibu-bapa wajib baca dan belajar cara melindungi anak-anak kita.
What is Pedophilia? A must read article for parents and learn how to protect our children.
Pedofilia ini adalah satu gangguan mental di mana seseorang itu mempunyai tarikan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur. Sama ada lelaki atau kanak-kanak perempuan.
Siapa Pedofilia : Kenali Ciri Mereka
Secara telitinya, seorang penghidap Pedofilia mempunyai corak keghairahan seksual dan minat yang berterusan melalui pemikiran seksual. Mereka sering berfantasi dan kanak-kanak boleh menaikkan nafsu mereka. Penghidap Pedofilia selalunya gagal membezakan daya tarikan kanak-kanak belum baligh dan yang sudah baligh. Ia juga sering dikaitkan dengan penderaan seks kanak-kanak.
Penghidap Pedofilia ini tidak terhad kepada lelaki sahaja. Wanita juga ada yang mempunyai masalah mental yang sama tetapi tidak seramai lelaki.
Buat masa ini, tiada penawar untuk Pedofilia, tetapi terdapat terapi yang boleh mengurangkan kebarangkalian seseorang pedofilia itu melakukan penderaan seksual kepada kanak-kanak.
Penghidap Pedofilia seringkali memuaskan nafsunya dengan pornografi dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.
Namun, pada masa kini, mereka juga boleh menjadikan gambar serta video yang dimuat naik oleh ibu-bapa sendiri sebagai bahan pemuas nafsu mereka.
Sebagai contoh, tular baru-baru ini apabila seorang pedofilia yamg menyamar sebagai wanita di Telegram, Whatsapp dan Facebook menawarkan diri untuk bercerita dan berkongsi masalah keputihan kanak-kanak di awal usia bawah 5 tahun.
Nampak pelik bukan? Namun, terlalu ramai ibu-bapa yang lurus bendul terpedaya dan dengan rela hati memberi gambar kemaluan anak kepadanya. Akhirnya, gambar-gambar itu dijadikan pemuas nafsu mereka dan ada kebarangkalian dijual ke laman web pornografi.
Si Pedo Minat Kanak-kanak Pakai Legging
Ada juga kes di mana penghidap Pedofilia meminati kanak-kanak yang memakai legging. Ini dinamakan fetish. Fetish bermaksud, suatu bentuk nafsu seksual di mana kepuasan dikaitkan dengan minat yang tidak normal untuk objek tertentu, barang, pakaian, bahagian tubuh dan lain-lain.
Si penghidap Pedofilia ini akan “request friend” kepada ramai wanita yang mempunyai anak kecil terutamanya yang ada gambar anak memakai legging. Pesakit mental ini kemudiannya akan komen serta tag diri sendiri tepat di bahagian “bawah badan” gambar tersebut untuk dirujuk semula bagi memuaskan nafsunya.
Di Youtube pula sedang kecoh dengan pedofilia muncul di video kanak-kanak penari Balet yang sudah semestinya memakai seluar yang ketat. Mereka dengan beraninya tag masa bila video untuk ternampak bahagian sulit kanak-kanak tersebut di komen untuk memudahkan penghidap pedofilia lain skip ke bahagian yang “utama” sahaja di video tersebut.
Situasi di atas dikaitkan penghidap Pedofilia yang menyendiri dan tidak melibatkan sentuhan fizikal kerana ianya berlaku di alam maya.
Tetapi seperti yang telah dikatakan tadi, penghidap pedofilia juga boleh melakukan penderaan seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak.
Malaysia pernah dikejutkan dengan kes Pedofilia yang besar pada tahun 2018 di mana seorang lelaki berusia 21 tahun didakwa atas 16 pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap 12 kanak-kanak perempuan berusia antara 8 hingga 12 tahun di Kuala Terengganu dan Marang.
“… yang juga penganggur, didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak berkenaan termasuk pornografi, menyentuh buah dada dan kemaluan serta melakukan seks oral terhadap tertuduh.”
Sumber :
https://www.bharian.com.my/…/lelaki-pedofilia-hadapi-16-per…
Dari sini, kita boleh lihat ada dua jenis penghidap Pedofilia yang utama iaitu yang bersendiri dan yang terus tidak boleh mengawal nafsunya dan melakulan penderaan seksual terhadap kanak-kanak secara fizikal terus.
Mak Ayah Lindungi Anak Dengan Cara Ini
Apa yang kita boleh buat sebagai ibu-bapa untuk melindungi anak-anak?
1. Jangan menjadi lurus bendul dan terpedaya dengan pujuk rayu orang yang tidak dikenali.
2. Jangan layan bualan orang yang tidak dikenali walaupun dia seorang wanita kerana jantina di internet ini tidak dapat dipastikan secara 100%. Semua lelaki yang menggunakan gambar profil wanita boleh menjadi wanita.
3. Jangan berkongsi hal peribadi dan sulit anak-anak. Jika ada masalah, terus rujuk Doktor dan bukannya “kawan” di media sosial.
4. Berhati-hati apabila memuat naik gambar atau video anak-anak. Pastikan aurat dan aib anak-anak dijaga. Secara mudahnya, jagalah aurat anak sebagaimana anda menjaga aurat anda sebagai seorang wanita Muslim.
5. Buang mentaliti “bayi tidak apa”. Jangan sekali-kali memuat naik gambar bayi dengan lampin sahaja. Ini antara kegemaran penghidap pedofilia. Mereka akan berfantasi mengenai kulit bayi yang lembut dan lain-lain.
6. Peka dan buka mata mengenai Pedofilia ini. Jika kita peka, kita boleh sedar bila ada sesuatu yang tidak kena. Sebagai contoh, di media sosial, ada orang tawarkan untuk cakap perkara sulit atau ternampak seorang yang sudah dewasa bercakap mengenai betapa cantiknya anak memakai legging. Sepatutnya perkara ini terus mendatangkan syak.
7. Jika terjumpa orang sebegini di media sosial, terus laporkan dan block. Kongsikan juga dengan kawan-kawan supaya anak mereka tidak dijadikan mangsa.

8. Jaga aurat dan aib anak-anak walaupun dengan saudara mara. Ini selalu terjadi apabila berkumpul terutamanya semasa perayaan. Si ibu secara terang-terangan menukar lampin anak di hadapan orang lain. Aurat dan aib anak dipamerkan dan kita tidak boleh tolak kebarangkalian ada mata jahat yang memerhati dan berfantasi mengenai anak kita.
9. Peka dengan perubahan pada anak-anak. Penghidap pedofilia ini boleh berada di mana-mana. Berdekatan sekolah dan di rumah pengasuh atau jiran serta saudara-mara sendiri. Perlu berkomunikasi dengan baik bersama anak supaya mereka sedia berkongsi apabila ada masalah.
Langkah Akhir Ini Juga Sama Pentingnya
Kita tidak mampu untuk merubah penghidap pedofilia ini. Tetapi kita mampu mengawal dan melindungi anak-anak kita. Jangan pula takut untuk berkongsi di media sosial, cuma perlu tahu batas yang sesuai.
Dan akhirnya, belajarlah cara berkomunikasi dengan anak dan didik anak dengan cara mereka boleh berkomunikasi dengan betul.
Saya sarankan anda yang membaca artikel ini belajarlah dari Dr. Taufiq Razif, seorang pakar dalam ilmu keibubapaan. Beliau dan Puan Wawa Shauqi baru sahaja menerbitkan EBook Kit Didik Anak Hebat Komunikasi. Lebih 80 mukasurat yang menerangkan secara terperinci mengenai perbualan, bahasa tubuh, cara berkomunikasi, merapatkan hubungan, cara menangani masalah dan konflik serta cara bersosial anak lelaki dan perempuan.
Semoga kita sebagai ibu-bapa sedar akan masalah Pedofilia ini dan mula melindungi dan mempunyai ilmu untuk lebih bijak berkomunikasi dengan anak-anak.
Perlu ingat, jika anak anda tidak suka berkongsi cerita dengan anda ibu-bapa, ini bermakna anda telah gagal berkomunikasi dengan anak dan ianya bakal mendatangkan masalah di masa hadapan.
Semoga artikel panjang yang ditulis sendiri oleh saya ini dapat memberi ilmu dan mendatangkan manfaat buat semua orang.
Sila semak friend list anda mulai hari ini. Jika terdapat perkara yang meragukan, sila unfriend atau block terus.
Kongsilah penulisan ini supaya lebih ramai orang membuka mata mengenai masalah Pedofilia dan bahaya penghidap Pedofilia terhadap anak-anak kita.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir, yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa dan berkongsi di Supergroup Telegram BroOhsem Fans di http://t.me/broohsemfans
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengiktirafan Buat Siti Nurhaliza, Tahniah! Terpilih Untuk Diabadikan di Walk Of Fame, Adelaide

Isi Kandungan
ToggleDatuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengejutkan peminatnya selepas diumumkan antara tiga selebriti dan pengkarya yang nama mereka bakal diabadikan Walk Of Fame di Sungai Torrens, Adelaide, Australia.
Penyanyi terunggul tanahair ini juga merupakan penggiat seni Malaysia pertama yang mendapat pengiktirafan itu di sana.
Berita gembira itu dimaklumkan penyanyi itu sendiri menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya baru-baru ini.
Siti Nurhaliza Bersyukur Pengiktirafan Pentas Seni Adelaide Festival Centre
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya itu juga, Siti Nurhaliza amat bersyukur ke atas penghargaan tersebut.
“ALHAMDULILLAH, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini.”
“Nanti kalau ke Adelaide lagi, bolehlah saya ambil gambar dengan Walk Of Fame sendiri, tak sangka sebenarnya,” tulis penyanyi disayangi ramai itu.
Pecahkan Rekod Undian Terbuka & Memenangi Kategori Pilihan Ramai
Difahamkan, ibu kepada Siti Aafiyah ini dipilih selepas memecahkan rekod undian terbuka yang dijalankan secara dalam talian dan penyanyi itu berjaya memenangi kategori Pilihan Ramai.
Menyertai Siti untuk diberi pengiktirafan itu adalah dua lagi selebriti dan penggiat seni yang terpilih, iaitu pemuzikterkenal Australia, William Barton yang terpilih menerusi kategori Pilihan AFCT dan Penari Australia, Frances Rings yang dipilih menerusi kategori Pilihan Pengkritik.
Setiap tahun sebanyak tiga bintang antarabangsa akan dipahat di Walk Of Fame berkenaan di mana pengiktirafan tersebut diberikan buat mereka yang pernah melakar sejarah di pentas seni Adelaide Festival Centre sejak ia mula dilancarkan pada tahun 1973.
Siti juga pernah membuat persembahan di ‘Adelaide Festival Centre, OzAsia Festival’ pada tahun 2019.
Meskipun Kondisi Kesihatan Siti Nurhaliza Tidak Baik Namun Tampil Yakin Penuh Amanah – Rozi
Berita gembira tersebut turut dikongsi oleh Pengurus Peribadinya, Rozi atau dipanggil mesra Rozi Sang Dewi.
Katanya, ketika Siti Nurhaliza ke Adelaide mengadakan konsert solo di ‘Adelaide Festival Centre, OzAsia Festival’ pada tahun lalu, meski kondisi kesihatannya tidak begitu baik tetapi tampil yakin penuh amanah hingga ke akhir acara.
Baca Disini Juga:
“Tiada Niat Berdiam Diri..” Siti Nurhaliza ‘Buka Mulut’ Hamil Anak Kedua

Siti Nurhaliza Hamil Anak Lelaki, “Tentulah Seronok Bila Ada Girl & Boy” Datuk K
Siti Nurhaliza Kongsi Kelebihan SELAWAT, Salah Satu Tanda Kecintaan Kepada Nabi SAW
Hadiah Buat Siti Nurhaliza
“Saya kira ini hadiah buat beliau. Penganjur, penonton, peminat adalah saksi hidup akan satu kesungguhan. Terima kasih semua.
“Tak pernah terfikir di Adelaide ada Walk Of Fame Siti Nurhaliza, jauh tetapi itulah perjalanan seseorang.
“Di mana ada rezeki, di situlah bertapaknya prasasti,” katanya.
MW: Tahniah juga diucapkan buat Siti Nurhaliza yang tidak pernah jemu mengharumkan nama negara sejak berada di pentas seni hiburan,
Sumber/Sumber Foto: Instagram Datuk Siti Nurhaliza (CTDK)
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI