Tahniah diucapkan buat Siti Elizad kerana bakal mengacarakan rancangan bual bicara Mingguan Wanita musim kedua.
Menurut Siti Elizad, ditawarkan menjadi pengacara program bual bicara Mingguan Wanita ini membuatkan dirinya sangat teruja.
“ Bila saya dapat tawaran untuk mengacara sesuatu rancangan, saya akan tanya adakah ia formal atau lebih kepada santai. Saya orangnya loud. Saya tidak pandai hidup dalam keadaan formal. Apabila mengetahui ia dalam keadaan santai dan bertenaga, saya terima dengan hati terbuka. Sudah pastilah saya terima dengan hati excited.”
Pada episod pertama pada Hari Isnin 8 Julai 2019 nanti, Siti Elizad akan digandingkan bersama Erra Fazira. Mereka akan mengendalikan segmen Kesihatan dan Kecantikan. Apakah persediaan Elizad apabila digandingkan dengan Erra Fazira?
“ Sebenarnya kita ada kelebihan sebab saya kenal kak Erra. Kami rapat. Maksud saya, apa yang kami rancang nanti adalah kami akan bercakap cara seperti kakak dan adik berborak setiap hari.
” Perbezaannya mungkin apa yang kami bawa adalah penonton akan nampak bonding kami berdua masa itu. Setiap soalan daripada penonton yang menelefon atau live akan kami jawab cara kami sendiri.”
Ads
Apa yang pasti, rancangan selama 5 hari seminggu ini setiap hari akan menampilkan wajah Siti Elizad sebagai pengacara dan setiap episod dia akan bergilir-gilir bersama selebriti dan personaliti yang telah dipilih.
Berehat Daripada Menunggang Motosikal Berkuasa Besar
Sejak mendirikan rumahtangga pada tahun 2015, Siti Elizad sering menerima pertanyaan bilakah dia dan suaminya akan menimang cahaya mata. Akui Elizad beliau masih lagi boleh terima apabila orang tanya bila hendak ada anak.
“ Saya akan jawab, doakan saya. Tetapi bila ada orang pegang perut saya dan tanya bila hendak ada anak sebab you dah ada semua tetapi tidak ada anak? Itu yang buat saya naik hantu. Mungkin Allah tidak bagi rezeki anak lagi. Allah bagi rezeki lain seperti rezeki kerja, kawan-kawan dan happiness.”
Dalam memastikan usahanya untuk mendapatkan anak berhasil, pada tahun ini Elizad dan suaminya mengambil keputusan berehat seketika menunggang motosikal berkuasa besar.
“ Pada tahun lepas saya telah melakukan pembedahan membuang cyst sebanyak dua kali. Doktor menasihatkan saya agar berehat daripada menunggang motosikal kerana gegaran daripada motosikal tidak berapa bagus untuk rahim.”
Ads
Bergilir-gilir Dengan Selebriti Dan Personaliti Terkenal
Selama 1 jam bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 12 tengah hari, Elizad akan bergandingan dengan empat selebriti popular sebagai hos utama di samping tiga personaliti terkenal setiap hari.
Musim terbaru program bual bicara Mingguan Wanita ini akan menjadi #temansetiapwanita secara eksklusif di saluaran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Tema Berbeza Setiap Hari
ISNIN : Kesihatan & Kecantikan (Siti Elizad dan Erra Fazira)
SELASA: Makanan & Travelog (Siti Elizad dan Radin Amir)
Ads
RABU : Kisah Masyarakat & Gaya Hidup (Siti Elizad dan Sherry Alhadad)
KHAMIS : Cerita Dalam Kain (Siti Elizad, Erra Fazira & Norman Hakim)
JUMAAT: Motivasi, Inspirasi & Kerohanian (Siti Elizad & Dato’ Fadzilah Kamsah / Prof. Dr Muhaya / Imam Muda Asyraf).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukti kekuasaan Allah, seluruh rumah musnah tetapi senaskah al-Quran selamat dan masih berada dalam keadaan yang baik dalam sebuah rumah yang musnah dijilat api. Inilah bukti kekuasaan Tuhan dan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku.
Al-Quran yang tidak hangus dijilat api itu menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian penduduk sekitar Surabaya, Indonesia. Dalam masa yang sama ramai yang mengambil peluang untuk menetap kitab suci Al-Quran secara dekat.
Surabaya- Senaskah al-Quran ditemui masih dalam keadaan baik di sebuah rumah yang terbakar di Surabaya, Indonesia hingga menyebabkan lokasi itu menjadi tumpuan ramai.
Menurut ahli keluarga terdekat mereka, penduduk setempat di Jalan Dapuan Tegal IX terkejut apabila mereka melihat al-Quran terbabit tidak hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada Ahad lalu.
“Ramai orang datang ke sini untuk mengambil gambar al-Quran tersebut. Buku Yasin juga tidak terjejas dalam kejadian itu,” kata Agung.
Selepas Tular, Ramai Datang Lihat Keajaiban
Jelasnya, penduduk luar juga sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan sendiri keajaiban itu.
“Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri al-Quran tersebut selepas ia menjadi tular di media sosial,” ujarnya lagi. Difahamkan, al-Quran tersebut kini disimpan oleh keluarga pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Suwardji. – Agensi.
MW: Ternyata apa yang Berlaku ini menunjukkan bahawasanya tingginya nilai kitab suci Al-Quran di sisi Allah. Banyakkanlah membaca Al-Quran, hayati keindahannya dan fahami maksudnya.
Biasanya setiap kali ada majlis harijadi, anak-anak lah yang paling seronok dan teruja nak tiup lilin yang ada pada kek. Baru-baru ini, viral video menunjukkan dua beradik di Brazil yang bergaduh sampai tarik rambut ketika majlis hari jadi kerana berebut mahu meniup sebatang lilin yang ada pada kek tersebut. Momen tersebut sempat dirakam dan mendapat perhatian dunia.
Video berkenaan menunjukkan kakak, Maria Antonia, meniup lilin pada kek hari jadi adiknya, Angered, hingga mencetuskan perbalahan sesama mereka.
Selepas video mereka menjadi viral, mereka telah dijemput oleh sebuah program televisyen, dimana pihak produksi telah menyediakan 500 batang lilin pada kek untuk ditiup dua beradik itu sepuas hati.
Ibu dan bapa kepada dua beradik itu bagaimanapun menyatakan bahawa ia adalah satu perkara normal untuk adik beradik bergaduh sesama sendiri, sambil dikongsikan foto mereka sedang berpelukkan.
MW: Adik beradik bergaduh lumrah semasa anak masih kecil. Menjadi tanggungjawab mak ayah, menyemai rasa sayang dalam diri mereka, agar hubungan menjadi rapat bila dah besar nanti.
Sungguh malang tidak berbau apabila seorang isteri yang memandikan bayinya menggunakan alat pemanas air, menyebabkan tragedi menyayat hati satu keluarga terkena renjatan elektrik.
Satu keluarga termasuk pembantu rumah maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Pulogadung, Jakarta Timur kelmarin. Lapor Kompas.com, mangsa terdiri daripada sepasang suami isteri masing-masing berusia 37 dan 29 tahun, bayi mereka berusia 11 bulan dan pembantu rumah berumur 59 tahun.
Ketua Polis Pulogadung, David Richardo berkata, kejadian itu bermula ketika si isteri memandikan bayi mereka di dalam bilik air menggunakan alat pemanas air.
“Dipercayai ketika memandikan anaknya, berlaku aliran elektrik mengenai ibu dan anak tersebut.
“Si isteri menjerit menyebabkan suaminya bergegas ke bilik air namun dia juga terkena renjatan elektrik.
“Kemudian, pembantu rumah yang terdengar jeritan itu juga pergi bilik air untuk melihat apa yang berlaku sebelum dia turut terkena renjatan,” katanya.
Sekadar Gambar Hiasan
Insiden itu menyebabkan keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan disedari oleh seorang lagi pembantu rumah keluarga tersebut.
Pembantu rumah itu kemudiannya menghubungi ambulans dan polis sebelum kesemuanya disahkan sudah meninggal dunia.
Dalam pada itu, David memaklumkan siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian sekeluarga tersebut.
Katanya, polis akan menyiasat jika benar berlaku renjatan elektrik yang menyebabkan kematian mereka.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi menyayat hati ini. Sebagai pangajaran, pastikan selalu menyelenggara perkakasan, peralatan dan pendawaian elektrik secara berkala bagi mengelakkan kejadian ini berlaku.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...