Jangan Buat Orang RIMAS, Basuh Kain Di Kedai Dobi Layan Diri

Ada suami tu dia tak berkira pun kena basuh kain dekat kedai dobi layan diri. Asalkan dapat senang dan mudahkan urusan isteri.

Sayangnya waktu mendobi itulah macam-macam hal boleh suami jumpa. Walhal kata Andy Sulaiman, aturan mendobi ni simple je.

Sayangnya ada juga yang langgar sampai boleh jadi rimas dibuatnya.

Jangan Langgar 8 Pantang Basuh Kain Di Kedai Dobi Layan Diri

1. Kalau nak tinggalkan pakaian dalam mesin lepas tu nak datang balik, pastikan kau peka pukul berapa mesin tu dah berhenti. Elok aku tak masukkan dalam plastik hitam je pakaian yang dah siap tu.

2. Ada wanita dan kanak-kanak, tolong jangan tunggu pakaian kau siap sambil merokok.

IKLAN

3. Orang baru datang bawa bakul baju, jangan tengok beriya! Segan aku tadi ada akak tu pandaaaaang je aku. Nak check aku ada bawa boxer ke tak dalam bakul aku lah tu. Please lah.

4. Jaga kebersihan. Makan kuaci, cekedis jangan sepah-sepah atas meja. Ada orang guna meja tu untuk lipat baju terus lepas keluar dryer.

5. Kerusi panjang untuk duduk ramai-ramai. Bukan untuk kau baring atau menjulur kaki dan orang lain berdiri tengok kau main phone.

IKLAN

6. Ada  massage chair, masuk duit kau rest dan relax. Bukan kau buat duduk saja-saja sambil tunggu pakaian kau siap. Naik serak suara amoi massage chair tu suruh kau insert coin.

7. Kalau couple, dobi tempat basuh baju. Bukan tempat kau nak bermesra, peluk, pegang-pegang hidung, cium pipi. Libas pakai jeans lembap, tau lah nasib korang.

IKLAN

8 . Kot ya pun kau nak masukkan baju kau lepas orang tu tarik keluar pakaian dia, rileks je. Tak perlu berdiri belakang orang tu. Tadi aku tengok ada akak tu malu-malu nak tarik baju kelawar dia sebab ada brader tercegat kat belakang dia.

Saja je bercerita hal ni. Tak penting mana pun sebenarnya. Aku rasa banyak masa terluang kat dobi tadi.

Dah hobi menaip kat FB, nak buat macam mana.

Kredit : Andy Sulaiman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI