Mangsa yang terpaksa menanggung kerugian wang simpanan peribadi dan wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kemudian membuat laporan polis. (Gambar sekadar hiasan)
‘Terpedaya komisen lumayan.’ Wanita putih mata, hilang duit simpanan RM37,361 sekelip mata. Menyimpan duit bertahun-tahun lamanya akhirnya lebur di tangan scammer.
Biarpun kes sebegini telah banyak berlaku, namun taktik scammer yang semakin bijak dan tak terfikir dek akal membuatkan ramai yang terpedaya dan tertipu.
Terpedaya Komisen Lumayan
Dek kerana terpedaya dengan imbuhan komisen lumayan, seorang pembantu perawatan kesihatan ‘putih mata’ selepas mengalami kerugian sebanyak apabila tertipu dengan urusan tawaran kerja yang tidak wujud secara dalam talian di sini, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Perlis, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, polis menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang wanita berusia 26 tahun jam 4.56 petang selepas mangsa menyedari dirinya diperdaya dengan tawaran bekerja menerusi laman sosial Facebook pada Sabtu lalu.
“Mangsa mendakwa diperdaya setelah melihat iklan di Facebook yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat dan telah berurusan dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Agnes’ dari Syarikat ‘SP ECommerce’ untuk tawaran kerja secara dalam talian.
“Dia kemudian dimaklumkan dengan kaedah atau cara membeli pelbagai produk bagi tujuan menaikkan ‘rating’ dan dijanjikan imbuhan komisen setelah barangan itu dijual oleh pihak ‘syarikat’ berkenaan.
“Mangsa melakukan lapan transaksi, selama tiga hari sehingga semalam untuk pembelian barangan dengan jumlah yang berbeza seperti dikehendaki sindiket.
‘Transaksi pertama membabitkan pembelian barangan bernilai RM100 dengan dijanjikan pulangan sebanyak RM130,” katanya.
Malah tambahnya, mangsa yang mengejarkan pulangan lumayan terus melakukan transaksi sehinggalah dia menyedari semua barangan dikehendaki untuk dibeli oleh sindiket itu sememangnya tidak wujud.
Ads
Hilang Duit
Jelas Mohd Shokri lagi, sindiket memberikan pelbagai alasan mengenai pulangan yang dijanjikan, sehingga mangsa kehabisan wang dan mula menyedari dirinya sudah tertipu.
Mangsa yang terpaksa menanggung kerugian wang simpanan peribadi dan wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.
Duit Simpanan RM37,361
“Semakan polis mendapati terdapat tiga laporan polis ke atas no akaun ‘syarikat’ itu dan dua laporan polis ke atas nombor talian yang digunakan oleh sindiket sebelum ini ke atas mangsa lain.
“Siasatan kami mendapati modus operandi sindiket ini adalah dengan mengiklankan tawaran kerja yang mudah dan menguntungkan dalam masa singkat secara dalam talian melalui medium media sosial.
“Malah, mangsa pada mulanya akan diberikan pulangan dan setelah mangsa yakin, sindiket akan meningkatkan jumlah pembelian sehingga menyebabkan mangsa terjerat,” katanya.
Ads
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Mingguan Wanita : Semoga kisah ini memberi kesedaran kepada wanita di luar sana agar berhati-hati dengan scammer. Jangan kerana ingin untung cepat, segala duit simpanan tergadai.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April. Berita ini sudah tentu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat. Tetapi percayalah apa yang dilakukan kerajaan buat masa ini adalah untuk mengawal keadaan supaya keadaan bertambah baik.
Setiap kali mak,ayah rasa tertekan dengan situasi sekarang, cuba fikirkan sejenak tentang kesusahan orang lain. Yang terpaksa meninggalkan keluarga demi tugas, yang dipenjarakan lalu terputus langsung hubungan dengan dunia luar dan juga pembantu rumah yang tinggalkan suami, anak dan keluarga semata-mata untuk mencari sesuap nasi.
Tidak ketinggalan seperti artis lain, Ozlynn isteri kepada pelawak, Johan, dan keluarganya menyeru orang ramai untuk tinggal di rumah sepanjang tempoh PKP ini menerusi posting di akaun Instagramnya.
Ikuti perkongsian, Jozlynnhanania :
Sayangi keluarga kita… Jujur sekarang paling terkesan sebab tak dapat jumpa mak, abah, popo adik beradik, anak buah. Sedih sangat… Masa ini barulah rasa pengorbanan maid… Yang merantau jauh tinggal mak, ayah anak-anak selama 2 tahun…
Dirinya terkesan kerana sepanjang tempoh PKP, dia tidak dapat bertemu dengan ahli keluarga. Situasi ini secara tak langsung membuatkan Ozlynn terbayang kesedihan pembantu rumahnya yang telah berjauhan dengan keluarga sejak sekian lama.
Selepas itu mereka pula perintah berkurung dekat umah kita… Apalah perasaan mereka kan… Kita yang baru berapa hari duduk di rumah sudah macam cacing kepanasan sibuk nak keluar… Mereka bertahan sebab untuk family… So sekarang aku mula rasa, jujur Dorthy adalah family aku… Walaupun dia pernah cakap dia lebih rapat dengan aku daripada family dia…
Teruskan Bertahan
Selain itu, setelah meninggalkan keluarga, pembantu rumahnya berbakti pula pada keluarga Ozlynn dan dalam masa yang sama isteri Johan turut berkongsi dia pernah berjanji dengan pembantu rumahnya, yang dia akan membawa Dorthy (pembantu rumah) untuk berjumpa keluarga. Tetapi tidak kesampaian kerana patuh kepada seruan kerajaan.
Aku selalu pesan jangan lupa doa untuk family you tau… Dan aku akan jaga dia… Baru saja niat bulan Januari hari itu… Beritahu dia hujung bulan tiga, saya free… Kita balik kampung you tau Dorthy… Sekarang tak dapat… dia cakap tak apa… Kita doa untuk mereka ok maam.. 😢
Guys!! Please bertahan ok.. Kalau Dorthy boleh, aku percaya kita juga boleh…
MW: Jika mak,ayah tidak mahu tempoh PKP dilanjutkan lagi, silalah duduk rumah diam-diam. Lakukan aktiviti di dalam rumah dan hargai masa yang ada untuk mengeratkan hubungan keluarga. Semoga kita semua dilindungi Allah sentiasa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Syatilla & Sam Timang anak ketiga, anak-anak seronok dapat adik perempuan. Gembira bukan kepalang apabila mendengar perkhabaran pasangan selebriti popular Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah menimang cahaya mata ketiga.
Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 3.
Warganet terutama peminat pasangan selebriti itu juga berasa cukup teruja untuk menatap kecomelan bayi yang baru dilahirkan. Namun Sam belum berkongsi wajah bayi mereka.
Syatilla & Sam Timang Anak Ketiga
Seperti mana yang dikongsi oleh Sam menerusi akaun rasmi Instagramnya, pelakon itu menyatakan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga yang juga bayi perempuan secara pembebedahan di salah sebuah pusat perubatan di Ampang pada 9 Mei.
Paling menggembirakan, isterinya dan anak yang baru dilahirkan kini berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan.
“Terima kasih atas doa-doa semua,” kongsinya.
Tilla Bersalin Menerusi Kaedah Pembedahan
Seperti mana yang dilaporkan portal Harian Metro, adik Tilla, Syifa menyatakan kakaknya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3 kilogram menerusi kaedah pembedahan.
“Alhamdulillah bayi dan juga Tilla berada dalam keadaan baik. Tilla selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 10.30 pagi tadi menerusi kaedah pembedahan.
“Proses melahirkan juga tidak memakan masa yang lama. Tilla masuk sekitar 9.45 pagi dan hampir sejam dia selamat melahirkan bayi perempuan.
“Tidak banyak beza dengan kelahiran sebelum ini, cuma Syerif dan Sarima yang paling teruja. Keluarga juga turut hadir menemani Tilla dan saya juga baru saja keluar daripada hospital,” kongsi Syifa.
“Alhamdulillah, Syukur” Rakan Selebriti
Menerusi ruangan komen rakan-rakan selebriti meluahkan rasa kesyukuran dan mengucapkan tahniah buat Shaheizy Sam dan Tilla.
Sekarang ini rata-rata pelajar sekolah baik rendah mahupun menengah menggunakan platform Google Meet untuk kelas online masing-masing. Dan, ini panduan untuk anda tukar latar belakang atau background dalam Google Meet agar tak nampak suasana rumah.
Ini kerana, sesetengah daripada ibu bapa berasa segan dengan suasana kediaman mereka jika anak-anak mahu berGoogle Meet. Perkongsian daripada Mastura Misnan ini membantu ibu bapa untuk settingkan di komputer mahupun komputer riba di rumah.
Kata Mastura dalam statusnya di facebook, “Ada di kalangan ibu bapa risaukan suasana di rumah dengan pelbagai hiasan kreatif anak-anak sehingga segan nak berGOOGLE MEET…. Jangan risau, ubah sahaja background google meet.
Tapi kena guna PC/LAPTOP baru ada setting CHANGE BACKGROUND.”
Iya.. tetapan yang dikongsikan ini hanya untuk komputer mahupun komputer riba. Bagi pengguna telefon pintar, tablet mahupun ipad, tetapan sebegini tiada disediakan.
Dan mereka perlu menggunakan cara lain untuk mendapatkannya.
Ini Cara Tukar Background Dalam Google Meet
Langkah pertama :
Seterusnya langkah kedua :
Jika masih belum berjaya :
Bagi anda yang masih gagal untuk membuat tetapan di komputer, anda perlu memenuhi keperluan ini bagi mengubah latar belakang Google Meet.
Antaranya :
Komputer/komputer riba anda perlu di mempunyai :
-Perisian Chrome version M84 dan ke atas sama ada di Windows, Mac atau Linux.
-Bagi Chrome OS versi M86 diperlukan.
-Tiada sokongan untuk Windows dengan perisian Google Chrome versi 32-bit
Perlu mengaktifkan ‘hardware acceleration.
Mempunyai penyemak imbas (browser) dengan sokongan WebGL 2.0.
Setelah berjaya menukar tetapan ini, mudahlah anak-anak nanti. Macam-macam latar belakang boleh anak-anak pilih. Kawan-kawan lain yang tengok pun jadi seronok.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...