Kredit Foto: Instagram Tomok

Pendamik Covid-19 memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan seharian kita. Kesannya bukan sekadar cara hidup malah ekonomi juga turut terjejas.

Begitu juga dengan penyanyi terkenal Shah Indrawan Ismail, 36 atau Tomok. Baru-baru ini menerusi @tomokofficial bapa kepada tiga orang anak itu telah mengumumkan penutupan perniagaan tudung jenama miliknya Arriandra.

Rezeki Anak-anak Tomok, Dapat Jemputan Ke Istana Negara

Tak Ada Niat Nak Menunjuk, Tomok Dan Ayu Dedah 7 Rahsia Didik Anak Ikut Karektor

Keputusan tersebut terpaksa dilakukan selepas perniagaan yang diusahakan lebih lima tahun lalu itu gagal bertahan.

Bertahan Lima Tahun

Seperti mana yang ditulis:

IKLAN

“Berat untuk saya, tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih kepada anda semua yang pernah sokong Arriandra.

“Pada yang pernah bekerja dengan kami, yang pernah beli tudung dari kami, yang pernah datang booth dan juga beli secara online.

Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini (Khamis). Nanti saya cari tempat untuk habiskan baki tudung yang ada.

“Insya-ALLAH ada yang lebih baik di masa yang akan datang. Amin,” kongsi Tomok di laman Instagramnya.

Cuba Survive, Tapi Bisnes Ada Naik Turun

Menerusi perkongsian tersebut, pelantun lagu Bekas Kekasih itu juga memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan barangan jualan yang masih berbaki.

“Sudah beberapa tahun dah kita cuba untuk survive, tapi bisnes ada naik turun. Hari ini kita terpaksa pindah keluar dari tempat ini.

“Saya akan buat clearance sale nanti. Insya-ALLAH jika ada sesiapa berminat, saya nak jual murah-murah saja.

“Mungkin harga serendah RM5 atau RM10, dah nak tutup kedai ni,” kata Tomok.

Doa Dari Peminat

Berita sedih itu turut mendapat perhatian warganet. Malah ada peminat Tomok yang mendoakan agar penyanyi ini terus dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.

“Semoga abg tomok Sekeluarga rezeki semakin bertambah dalam bentuk apa saja rezeki yg ada. Dan semoga dipermudahkan segala urusan semua. Support!’ aieyra.

“Semoga dipermudahkan dan dilimpahkan rezki yg lebih bnyk lagi buat tomok n family aamiin” syaliza_along.

Kredit Foto: Instagram Tomok
Sila ke pautan untuk info lebih lanjut: https://www.instagram.com/mingguanwanita/